RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Berkuah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Berkuah. Show all posts

Wednesday, July 13, 2022

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

BAHAN-BAHAN RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN:
  • 1 keping daging – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 inci lengkuas – hiris
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil
  • 1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.

2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.

3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.

4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie

Monday, February 28, 2022

Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang

 

Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang
Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang

Ramuan Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang
  • 1 tin sardin (size besar,425g,brand Botam)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 10-12 biji cili api (hijau+merah)*
Bahan bertanda* dikisar kasar tanpa air/ditumbuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk secukup rasa (Maggie)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu makan pes asam jawa (Adabi)
  • 1/4 cawan air biasa
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 2 biji kentang (potong wedges)

Langkah

  1. Ikan sardin dengan sosnya di asingkan
  2. Kemudian gorengkan sekejap bagi sedikit garing..api perlahan je ye..
  3. Ketepikan..
  4. Dalam minyak yang sama gorengkan pula kentang..Sampai masak..ketepikan juga..
  5. Kisar kasar bahan bertanda..kemudian tumiskan bahan tersebut di dalam minyak lebihan menggoreng tadi..
  6. Tumis sampai pecah minyak..letakkan sos sardin yang telah di asingkan tadi.. kemudian masukkan sos cili..kacau sekejap..
  7. Masukkan air..kacau lagi..
  8. Kemudian masukkan secukup rasa..garam dan pes asam jawa..kacau sampai lagi sekejap
  9. Kemudian masukkan kentang dan sardin yang telah di goreng tadi..
  10. Gaul perlahan..tutup api siap..
  11. Boleh tambahkan tomato akhir skli jika suka..

Resepi Daging kari hijau thai

Resepi Daging kari hijau thai
Resepi Daging kari hijau thai

Ramuan Resepi Daging kari hijau thai
  • 400 g daging
  • Sebiji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 batang cili padi
  • Sebatang serai
  • Seinci lengkuas
  • Sedikit belacan
  • Secekak daun selasih
  • Beberapa keping daun limau purut
  • 3 sudu makan sos ikan
  • Beberapa pokok daun ketumbar beserta akar
  • Sedikit gula
  • Sekotak santan
  • Garam jika perlu
  • Air secukupnya
Langkah penyediaan
  1. Kisarkan sehingga halus bawang merah, bawang putih, belacan, lengkuas, cili padi, serai, daun ketumbar serta akarnya dan separuh daun selasih.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging dan air secukupnya. Biarkan daging masak sehingga empuk. Jikalau air kurang, tambahkan lagi.
  4. Setelah daging empuk, masukkan santan dan sos ikan. Biarkan mereneh seketika.
  5. Akhir sekali, masukan baki daun selasih dan daun limau purut. Biarkan mendidih sekejap dan boleh tutup api. Hidangkan.

Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu

Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu
Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu

Ramuan Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu
  • 1/4 labu dipotong dadu
  • 1 ikat bayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bahan perisa (pilihan)
  • 1 kotak santan
  • 1 biji cili merah
  • Tumbuk / Kisar
  • 1 cubit lada hitam (ikut kepedasan)
  • 5 ulas bawang merah
Langkah penyediaan
  1. Tumbuk atau kisar bawang dan lada hitam
  2. Panaskan periuk dan masukkan santan bersama bahan tumbuk/kisar tadi sehingga masak bawang tadi.
  3. Masukkan labu kedalam periuk dan biarkan sehingga lembut
  4. Masukkan bayam dan cili dan jangan dibiarkan lama di atas dapur supaya bayam kekal segar. Masukkan garam dan secukup rasa. Sedia utk dihidang.

Thursday, December 23, 2021

Resepi Laksa Johor

Resepi Laksa Johor
Resepi Laksa Johor

Bahan bahan Resepi Laksa Johor :
  • 1 paket spaghetti atau mee laksa.
  • 1kg ikan kembung/ikan tengiri. (Saya guna ikan kembung. Ikan ni tengok korang nak hidangkan utk berapa ramai ok. Macam saya 3 orang je. Tapi buat untuk sarapan, lunch dan dinner)
  • 3/4 cawan rempah kari (tak kisah lah kari ikan ke ayam. Asalkan kari).
  • 1/2 cawan lada boh
  • 3/4 cawan udang kering (cuci dan blender)
  • 2 cawan santan pekat (saya guna santan Kara).
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
Bahan kisar :
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar
Cara cara :

1. Ikan macam biasa bersihkan dahulu, kemudian kukus. Lebih senang kukus berbanding rebus, sebab nak asingkan tulang dengan isi. Air kukus ikan tadi simpan. Kemudian blender ikan dengan air kukusan ikan. Ketepikan dahulu.

2. Tumiskan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam 1 minit. (Masa ni memang akan kering sikit). Cepat-cepat masukkan 1/2 cawan air dan masak dalam 5 minit.

3. Lepas tu masukkan cili boh sampai naik minyak. Kalau kering sangat boleh tambahkan air sikit je. Bila naik minyak, masukkan ikan kisar tadi. Kacau sebati. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Ulam ulam :
  • Timun
  • Taugeh
  • Daun kesum/daun selasih
  • Kacang panjang
  • Limau kasturi (diperah atas laksa, bukan makan dengan kulit limau). 🤭
Lepas tu buatlah sambal belacan :
  • 5 biji lada merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci belacan dibakar dulu
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit gula dan garam
  • Semua ni tumbuk atau blender. Ok siap. Dah boleh makan!
Cara saya makan siap letak ikan masin. Uishh power padu..

Kredit Resepi : Yatti Omar

Wednesday, December 22, 2021

Resepi Ayam Kam Heong

Resepi Ayam Kam Heong
Resepi Ayam Kam Heong

BAHAN A:
  • 1/2 ekor ayam (paha & isi dada) – cuci bersih & toskan
  • Garam
  • Serbuk kunyit 
  • Minyak masak secukupnya
BAHAN B:
  • 6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar – hiris halus 
  • 5 ulas bawang putih – ketuk / cincang kasar
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • Cili padi secukupnya
  • Sedikit udang kering – jika suka ( empunya resipi tak letak)
  • Sedikit halia – ditumbuk lumat
  • Daun kari
  • Sos tiram
  • Kicap manis 
  • Sedikit garam dan gula
CARA MEMASAK:
1. Buang tulang ayam bahagian paha, hiris isinya jadi ketulan kecil.
2. Perap ayam bersama sedikit garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
4. Untuk menyediakan sos, ambil 3-4 sudu makan minyak gorengan ayam dan masukkan dalam kuali.
5. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia dan udang kering sampai naik bau dan sedikit keperangan.
6. Masukkan serbuk kari dan sedikit sahaja air. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis. Nak tambah kicap pekat pun boleh.
8. Jika suka, boleh tambahkan 1 sudu makan sos cili. Kacau sebati. Kalau sos kering sangat, tambah 2-3 sudu makan air.
9. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
10. Rasa sos. Jika kurang rasa baru tambahkan garam dan sedikit gula.
11. Kacau sekata sehingga ayam cukup masak dan sempurna rasa masin, manis dan pedas.
12. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Monday, December 13, 2021

Resepi Nasi Tomato Hidangan Aildilfitri

Resepi Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato

1) Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan 
Resepi Nasi Tomato
:
  • 3 cawan beras basmathi
  • Air secukupnya – anggaran air 1 cawan beras basmathi ( 1.5 cwn air)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sdb tomato puri
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Sedikit minyak/marjerin
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato

Cara-cara:

  1. Beras direndam dalam 30 minit, basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia.
  3. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. Bila dah layu, masukkan tomato puri.
  4. Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam.
  5. Transferkan dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak
  6. Bila dah kering, kacau sebentar menggunakan garfu.
  7. Taburkan kismis dan bawang goreng.
2) Resepi Ayam Masak Merah Mudah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 sekawan
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • Air anggaran 1 cawan (kalau nak berluah letak lebih)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji bawang besar hiris (hiasan)
  • Daun bawang
  • Kacang peas dalam tin
Resepi Nasi Tomato

Cara-cara:

  1. Ayam digoreng dengan garam kunyit.
  2. Blendkan bahan yang bertanda (*)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik minyak
  4. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
  5. Masukkn sos cili dan sos tiram.
  6. Masukkn air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris
  7. Boleh masukkan kacang peas jika suka
  8. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
3) Resepi Acar Nenas Dan Timun Bersunquick

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji nenas
  • 1 batang timun
  • 2 biji cili merah
  • 2sdb oren sunquick
  • Garam dan gula

Cara-cara:
Potong nenas dan timun.
Hiris cili.
Gaulkan semua bahan dan siap.

Resepi Nasi Tomato

Mudah sahaja kan nak buat nasi tomato bersama ayam masak merah ini? Hidangan ini sangat sesuai dibuat dan dimakan pada waktu tengahari. Jadi tunggu apa lagi tu? Ayuh kita cuba sekarang!

Kredit: Hidayati.Hana

Friday, October 29, 2021

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Api

Resepi Nangka Masak Lemak Cili Api
Resepi Nangka Masak Lemak Cili Api

Bahan – Bahan Resepi Nangka Masak Lemak Cili Api:
  • 1 mangkuk nangka muda (direbus sehingga empuk)
  • 150ml santan pekat
  • 1 genggam ikan bilis
  • 2 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 asam keping
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • 5 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
Cara Penyediaan :

  1. Mula – mula masukkan bawang besar, cili merah, kunyit hidup dan 1/2 cawan air kedalam blender. Kisar hingga hancur.
  2. Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk. Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.
  3. Sementara itu masukkan bahan2 kisar kedalam periuk. Kemudian, masukkan serai, santan cair dan biarkan mendidih.Selepas itu, barulah masukkan 1 cawan air.
  4. Pada masa yang sama masukkan nangka yang telah direbus tadi dan masukkan ikan bilis, cili api, serai, daun kunyit, asam keping, garam dan gula. Gaul rata.
  5. Masak hingga mendidih guna api sederhana. Rasakan, kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.

Wednesday, October 27, 2021

Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai

Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai
Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai

BAHAN-BAHAN Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai:

Bahan Kisar:
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Serai 3 btg
  • Bawang putih 6 ulas
*Kisar jangan sampai hancur sangat

Bahan Lain:
Sos ikan
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Gula
Air secukupnya

Cara penyediaan:-
  1. Ikan kembung dicuci bersih dan di sapu dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng ikan tersebut sehingga masak.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan sos-sos dan gula secukupnya. Gaul rata.
  6. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuahnya. Agak-agak je.
  7. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng tadi.
  8. Gaul sehingga rata dan tutup api.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai ini? Sekali buat pasti lepas ni nak buat lagi. Kalau tak berselera, masak je lauk macam ini. Confirm licin nasi seperiuk!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Muza Muzawati Via MAHN

Resepi Asam Pedas Ayam

Cara Membuat Asam Pedas Ayam

Bahan A:
  • Ayam
  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Garam, perasa, sedikit gula
  • Tomato
  • Bendi
  • Air
  • Air asam jawa
Bahan B (dikisar):
  • Cili kering
  • Halia
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan
Bahan C (tumis):
  • 2 batang serai diketuk
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan serai, tumis sehingga wangi.
  2. Bila dah wangi, masukkan bahan kisar. Tunggu sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak sambil kacau. Jangan masukkan air lagi.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan sedikit air dan semua bahan A kecuali bendi dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam, perasa dan gula secukup rasa. Bila rasa masam pedas dah cukup, baru masukkan tomato dan bendi.
  6. Selamat mencuba!
Kredit: Arieza Rieza

Resepi Maggi Bandung Pedas

Resepi Maggi Bandung Pedas
Resepi Maggi Bandung Pedas

Bahan-bahan Resepi Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je:
  • Maggi Bandung Pedas
  • Maggi Kari 2 Bungkus
  • CUKA (kalau sos tomato xde)
  • Sos Cili
  • Sos Tomato (kalau ada)
  • Telur 2 Biji
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Tomato
  • Udang
  • Cili Blend
  • Serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Sayuran – Taugeh, Sawi, Tomato, Cili Padi, Cili Merah, kaseh sayam sekati
Cara-cara:
  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama udang.
  2. Masukkan cili blend. Kemudian masukkan serbuk maggi kari.
  3. Masukkan sos cili & sos tomato (kalau tiada, masukkan cuka selepas masukkan air) dan kacau sebati. Masukkan sedikit air.
  4. Perasakan dengan serbuk maggi cukup rasa.
  5. Masukkan maggi, sayuran dan telur. Biarkan sehingga maggi lembut.
  6. Siap untuk dihidang.
Tips:
  • Letak cuka much better dari sos tomato.
  • Kalau ada udang kering tumbuk, tambah sedap.
  • Biasanya untuk hilangkan/matikan perasa maggi serbuk tu, kita tumis.
  • Jangan rebus. Anyway maggi bandung ni takde rasa macam maggi sup pun sebab guna cili blend dan sos cili.
Kredit: نورازيندا بهارودين

Thursday, August 26, 2021

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan
Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Bahan-Bahan Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan:
  • Telur rebus dulu jangan lama-lama sangat rebus, nanti telurnya keras
  • Cili kering dalam segenggam lebih, ni tak pedas sangat, budak-budak pun leh makan. Tapi bergantung jugak jenis cili yang diguna
  • Bawang besar 3 biji, sambal tumis sedap bawang lebih
  • Bawang putih 5 ulas
  • Belacan lebih kurang besar setengah sudu makan tu, akak paling suka guna belacan kampung, gambar beca jenama Adad
  • Asam keping atau air asam jawa pekat
  • Gula ni wajib, nak guna gula merah boleh kalo memang ada kat rumah, kalo tak de boleh je guna gula pasir. Akak ni pun guna gula pasir je, yang penting tumisan kita tu kena betul-betul garing.
  • Garam dan perisa macam biasa
Cara Masak:
1. Telur yang siap rebus tu, kopek cantik-catik. Cara nak dapat kulit telur cantik tak melekat, kopek bawah air paip mengalir. In shaa Allah, tak lekat.

2. Dah siap kopek, panaskan minyak untuk goreng telur tu kejap. Minyak kena betul-betul panas, masuk telur tu sekejap je 1-2 min bila warna dah perang terus angkat.

3. Kalo minyak tak panas betul, telur akan serap minyak tu nanti. Tujuan goreng telur tu untuk sambal nanti cantik bersalut kat telur dan sambal telur pun tak mudah basi.

4. Ok, dah siap goreng semua ketepikan dulu. Sediakan blender, blend cili kering, bawang putih, belacan dan sebiji bawang besar. Yang lagi dua biji tu hiris-hiris je ye, tak yah masuk blender. Air jangan banyak-banyak, cili kering dah lembut pun.

5. Siap blend, panaskan minyak untuk menumis sambal. Minyak goreng telur tadi cedok je, minyak kena lebih, ni penting untuk lada betul-betul garing dan tak mudah hangus. Takpe, nanti minyak yang timbul boleh keluarkan balik.

6. Tumis dulu bawang hiris tu, bila dah layu je bawang tu terus masuk bahan blender. Goreng sampai lada garing, api sederhana, tutup lah kuali tu, kalo tak habis mercik kena muka nanti.

7. Godak-godak selalu sampai lada tu jadi merah merun garing. Bila dah garing masukkan asam keping atau air asam tadi. Kemudian gula, kuantiti ikut selera masing-masing. Kalo akak memang manis sikit sambalnya.

8. Kacau sampai gula tu melting atau cair dalam sambal tu. Nanti warna akan bertukar terus jadi kegelapan, bukan gelap sebab hangus ye.

9. Time ni minyak akan timbul semua, jadi kalo nampak macam terover banyak, guna senduk kluarkan, minyak tu boleh guna balik untuk goreng nasi ke, tumis-tumis sayur ke.

10. Tambah garam dan perisa secukupnya, bila sambal dah cukup sedap, masukkan telur. Gaul ratakan sambal dengan telur, biarkan 2-3 minit, siap dah! boleh hidangkan. Cara ni boleh je nak buat sambal ikan, sambal udang, sotong, atau sambal ikan bilis untuk nasi lemak, sama je caranya.

Resepi Oleh: Nor Haidah Md Said

Tuesday, August 17, 2021

Resepi Kari Kambing

Bahan Utama
  • 1kg kuib daging kambing (beku)
Bahan Kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Bahan-Bahan Lain:
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk garam
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak
Bahan pes rempah
  • 3 pek kecil rempah kari daging (gaul dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
Kaedah penyediaan
  1. Perap kambing dengan garam dan sedikit pes kari, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis kayu manis, bunga lawang,buah pelaga,bunga lawang
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  5. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  6. Kacau seketika dan masukkan tomato.
  7. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah diperap tadi.
  8. Kacau bersama ubi kentang.
  9. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  10. Kacau sebati,tutup periuk dan biarkan mendidih.
  11. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  12. Siap!

Resepi Singgang Pedas Ikan Patin

Resepi Singgang Pedas Ikan Patin
Resepi Singgang Pedas Ikan Patin

Bahan-bahan Resepi Singgang Pedas Ikan Patin
4-5 orang
  • Seekor ikan patin saiz sederhana yang telah dibersihkan lalu direndam dengan air asam jawa seketika untuk hilangkan hanyirnya
  • 5 biji ciliapi(boleh guna cili merah jika mahu kurang pedas)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 3 cawan air
  • 5 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • 3 kuntum bunga kantan dibelah dua
  • Seikat daun kesum(7-10 tangkai)
Langkah penyediaan
  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
  2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan secawan air ke dalam pengisar. Kisar biar halus.
  3. Masukkan bahan kisar, asam keping,2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
  5. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.Setelah siap masak boleh dihidangkan.

Saturday, July 31, 2021

Resepi Kuey Teow Sup Thailand

Resepi Kuey Teow Sup Thailand
Resepi Kuey Teow Sup Thailand

Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Sup Thailand:

Bahan kuah:

  • 1 ekor ayam
  • Kicap sotong
  • Kicap cair
  • Lada hitam (ditumbuk halus)
  • Lada sulah
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • Akar ketumbar
  • 1 ketul kiub ayam
  • garam
  • perencah
  • gula
Bahan hiasan:
  • Kuey teow
  • Taugeh (dicelur)
  • Kangkung/sawi celur
  • Kacang tumbuk *optional
  • Lobak masin (dicelur)
  • Ayam/daging/perut (diracik halus)
  • Serbuk cili kisar
  • Cili jeruk
  • Daun ketumbar
Cara-cara:
  1. Didih kan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam,lada sulah dan lada hitam
  2. Sementara menunggu ia untuk mendidih, tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi.
  3. Perasakan bersama garam, gula dan perencah.
  4. Tunggu ayam lembut sedikit.
  5. Kemudian, keluarkan ayam untuk diracik isinya.
  6. Boleh hidangkan bersama bahan hiasan.

Resepi Masak Lemak Cendawan Kukur

Resepi Masak Lemak Cendawan Kukur
Resepi Masak Lemak Cendawan Kukur

Bahan-bahan Resepi Masak Lemak Cendawan Kukur:
  • 2 cawan kulat sisir / kulat kukur kering (dibersihkan dan direndam)
  • 15 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • Sejemput ikan bilis (direndam sekejap)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 900 ml santan sederhana pekat atau 200 ml santan kotak + 700 ml air
  • Garam & serbuk perasa secukupnya
Cara-cara:
  1. Tumbuk kulat yang dibersihkan dan direndam menggunakan lesung batu dengan lembut (jangan sampai hancur).
  2. Tumbuk pula ramuan seperti cili padi, ikan bilis, bawang merah & bawang putih hingga lumat.
  3. Masukkan santan, bahan tumbuk, serai, kulat yang ditumbuk, garam dan serbuk perasa.
  4. Menggunakan api sederhana, masak, bahan tersebut sambil mengacaunya sentiasa.
  5. Jika boleh, masukkan sekeping asam gelugur.
  6. Matikan api setelah ianya sudah secukup rasa.
  7. Sedia untuk dihidang.

Resepi Chili Crab Singapore

Resepi Chili Crab Singapore
Resepi Chili Crab Singapore

Bahan-bahan Resepi Chili Crab Singapore:
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
(Kisar dan asingkan)

Bahan cili kisar:
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 tangkai cili api merah
  • Sedikit belacan
(Kisar dan asingkan)

Bahan lain:
  • 2sudu sos cili
  • ketam
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos seafood
  • 1 biji telur
  • lada hitam
  • lada sulah
  • tepung jagung
Cara-cara:
  1. Tumis bawang merah, bawang putih and halia yang telah dikisar.
  2. Bila naik bau, masukkan cili kisar.
  3. Tumis hingga cili masak dan masukkan sos.
  4. Tambahkan lada hitam dan lada sulah.
  5. Masukkan air mengikut kepekatan kuah yang diingini. Kemudian, masukkan ketam.
  6. Tutup kuali dan besarkan api. Masak dlm 5-7 minit untuk memastikan ketam masak sepenuhnya.
  7. Setelah ketam masak, masukkan telur yang dipukul.
  8. Kacau supaya ia sebati. Pastikan angkah 7 & 8 dilakukan secara cepat.

Friday, July 30, 2021

RESEPI BIHUN REBUS MUDAH DAN SEDAP

RESEPI BIHUN REBUS MUDAH DAN SEDAP
RESEPI BIHUN REBUS MUDAH DAN SEDAP

Bahan kisar
  • *2 biji Bawang besar
  • *5 biji Bawang putih
  • *Halia sikit
Bahan-bahan lain
  • Isi ayam
  • Sayuran ikut suka
  • Lada hitam (tumbuk kasar @ serbuk)
  • Cili padi
  • Telur
  • Garam
  • Bihun / mee (nak celur dan letak asing pun boleh, atau nak masakkan skali dalam kuah terus pun boleh
CARA-CARA
1. Kisar & Tumis

Mula-mula, kisarkan bawang dan halia. Kalau nak lagi sedap boleh lebihkan sikit. Baru kuah tu rasa manis-manis dari bawang.

Inilah rahsia yang jadikan mee atau bihun rebus lebih sedap. Sebelum ni saya dah cuba tumbuk dan ternyata kalau kisar memang lagi sedap.

Ok seterusnya bila dah kisar, sediakan periuk dan tumiskan bahan kisar tadi.

2. Masukkan Air

Kemudian masukkan air ikut lebih kurang banyak mana kita nak kuah.

3. Bubuh Isi Ayam & Bahan Lain

Seterusnya masukkan isi ayam.

Lepas tu, masukkan serbuk lada hitam.

Biarkan sekejap dan bila dah mendidih masukkan sayur-sayur, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.

4. Celur Bihun


Saya celur bihun asing daripada kuah. Sebabnya ada yang nak makan lambat.

Kalau nak masukkan siap-siap mee @ bihun masa masak tu pun boleh.

Mudah Tapi Sedap & Berkhasiat

Wah, mudah kan? Kejap je dah siap.

Sesuai buat untuk makan sarapan, makan tengah hari atau makan malam jugak. Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan berkuah sup macam ni.

Kalau nak lagi best, boleh tambah pedas atau makan dengan cili kicap atau sambal. Power!

Selamat mencuba.

Wednesday, July 7, 2021

Resepi Ayam Masak Tomato

Resepi Ayam Masak Tomato
Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Tomato :
  • 1 biji bawang besar dibelah 6*goreng
  • 1 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1/2 inci halia,
  • 10 tangkai cili kering yang direbus dulu dikisar
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato & 2 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • Daun sup di racik
  • Garam, gula & perasa
Cara-caranya:
  1. Goreng ayam (muda-separuh garing).angkat, tos & asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.
  2. Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.
  4. Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng td. Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.
  5. Siap dan hidangkan bersama nasi.
Kredit Resepi #amirahinthekitchen / The Makan

Resepi Yee Mee Sizzling

Resepi Yee Mee Sizzling
Resepi Yee Mee Sizzling

Bahan-bahan Resepi Yee Mee Sizzling:
  • 3 gulung Yee Mee
  • 5 ulas bawang putih - dicincang halus
  • ½ inci halia - dicincang halus
  • Isi Ayam - dipotong dadu/kecil
  • 6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
  • 4 biji cili kering - dipotong-potong
  • 4 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu makan tepung jagung/kentang + secawan air
  • Minyak secukupnya
  • 4 cawan air
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik wangi.
  2. Seterusnya, masukkan ayam, digoreng seketika sehingga ayamnya masak dan empuk.
  3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
  4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
  6. Tuangkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
  7. Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
  8. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah.
  9. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan hidangkan.
Resepi Kredit Nor Azlindawati Baharudin dan Puan Eika
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes