RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Puding. Show all posts
Showing posts with label Resepi Puding. Show all posts

Monday, February 28, 2022

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-bahan
  • Gula karamel
  • 1/4 sudu besar gula (Aznie bubuh 1 sudu besar)
  • 3 sudu besar air
  • Puding
  • 1 paket agar2 tali 10gram (Aznie guna serbuk agar-agar)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula -boleh kurangkan
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
Langkah penyediaan
  1. Masakkan gula sampai perang. Selepas dah perang.. masukkan air sikit2..kacau hingga larut. kemudian masukkan kedalam acuan/ loyang.
  2. Rebus 1 cwan air bersama agar2 tali hingga mendidih dengan api perlahan.
  3. Campurkan kesemua bahan puding. Gaul sebati. Dan masukkan kedalam periuk. kacau hingga mendidih dan sampai tepung masak.
  4. Tuang ke dalam acuan gula tadi. biarkan ia sejuk selama 3-4 jam.siap

Monday, August 23, 2021

Resepi Lengkong Sirap, Terasa Sejuk Ditekak


Resepi Lengkong Sirap

Bahan-Bahan Kering:
  • 10 g serbuk agar agar
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sdb sirap
Cara Buat:
1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk. Air kakchik bubuh 5 cawan. Kakchik suka lengkong yang gedik gedik manja gitu. Bila masuk mulut elok je hancur. Ishhh sedap sungguh. Kalau suka lengkong yang agak keras bubuh 4 cawan air saja tau.

2. Biarkan semua bahan merenih dalam 20 minit sampai serbuk agar-agar hancur. Kacau-kacaukan ya. Matikan api bubuh dalam bekas yang sesuai.

3. Kakchik bubuh dalam loyang, tunggu suam baru masukkam dalam peti sejuk. Buat awal, petang macam gini dah boleh makan. Bila agar-agar keras, potongkan ikut saiz yang kita suka.

4. Kemudian, bubuh dalam bekas kegemaran. Tuangkan susu cair, kalau suka susu full cream pun boleh. Ikut suka ya. Lagi satu, kalau suka guna santan pun boleh. Semua kakchik dah cuba, semua sedap.

5. Dah siap, hidangkan pada anak dan suami. Mesti pakat teruja ja. Biasa lengkong ni makan masa kenduri je kan? Lama dah pergi kenduri. Selamat mencuba gais.

Kakchik suka makan dengan susu cair. Rasa lemak susu tu, kena pula dengan lengkong sirap yang manis tu. Peeghhhhh. Layan wei.

Resepi Oleh: Umi Watie

Resepi Puding Roti Milo

Resepi Puding Roti Milo
Resepi Puding Roti Milo

Bahan bahan Resepi Puding Roti Milo:
  • 10 gram agar agar serbuk
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan gula kaster
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/4 cawan serbuk milo – bancuh dengan sedikit air panas
Bahan kisar :
  • 1/2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 4 keping roti
  • 3/4 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
Cara memasak :
  1. Masak tepung untuk menyimpannya bersama air dan gula coklat untuk dididihkan.
  2. Kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan air. Kemudian tuangkan ke dalam periuk agar ia mendidih.
  3. Masukkan mentega dan kacau rata untuk mendidih semula. Letakkan api. Bahagi ke 2. satu stroke biarkan warna asal dan satu pesanan memasukkan milo yang dibancuh dengan 1 bilah air panas agar tidak benih.
  4. Ambil 1 sudu warna asli dan tuangkan di tengah kuali. Kemudian ambil 1 sendok millo dan tuangkannya ke atas warna lapisan asal. Buat seli sekejap supaya ia habis. Cepat dipukul sebelum dibekukan.
  5. Setelah siap, letakkan di dalam kes yang sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Nota :
Boleh menggantikan Milo dengan koko atau nescafe, ambil suka.

Tuesday, August 17, 2021

Resepi Puding Laici Segar

Resepi Puding Laici Segar
Resepi Puding Laici Segar

Bahan-bahan Resepi Puding Laici Segar :
  • 10 gram agar-agar serbuk,
  • 2 liter air,
  • 2 cawan gula,
  • 1 tin susu cair.
Cara-cara penyediaan:
  1. Masak air dan gula sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar bersama laici sedikit dalam ¼ cup atau ½ cup.
  3. Masukkan susu cair, kacau-kacau, tutup api.
  4. Tinggalkan lebihan air laici untuk letak di atas puding nanti.
  5. Basahkan acuan kalau pakai acuan.
  6. Jika sudah sederhana sejuk agak-agak keras baru tuang sedikit air laici ke atas puding tadi.
  7. Taburkan laici.
  8. Sejukkan dan siap.

Saturday, July 31, 2021

RESEPI AISKRIM CHOKI CHOKI MUDAH DAN SEDAP

RESEPI AISKRIM CHOKI CHOKI
RESEPI AISKRIM CHOKI CHOKI

RESEPI AISKRIM CHOKI CHOKI

Bahan- bahan 
RESEPI AISKRIM CHOKI CHOKI MUDAH DAN SEDAP:
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 3 tin air (guna tin susu untuk sukat)
  • 2 sudu tepung jagung - bancuh dengan air terlebih dahulu
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Campurkan susu-susu berserta air dan panaskan. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan garam.
  2. Biarkan sejuk seketika.
  3. Sementara itu, boleh kerat choki-choki kepada dua bahagian. Masukkan choki-choki dalam plastik aiskrim. Dan ratakan.
  4. Bila susu dah sejuk, masukkan dalam plastik aiskrim. Ikat dan sejukkan dalam peti ais.
  5. Tadaa, dah siap pun.
  6. Sejukkan sebentar. Bila dah beku, bolehlah makan.

Saturday, May 29, 2021

Resepi Puding Tiramisu

Resepi Puding Tiramisu
Resepi Puding Tiramisu

Bahan – bahan Resepi Puding Tiramisu:
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu sejat/cair
  • 10 tin air (guna bekas tin susu tadi utk sukat air)
  • 1 paket tepung kastad 300gram
  • 4-6 sudu gula
  • Biskut marie perisa kopi
  • Milo
Cara – cara memasak:
  1. Masukkan susu sejat, susu pekat, air dan tepung kastad kedalam periuk.
  2. Kacau sehingga sebati dan buka api sederhana.
  3. Kacau sampai pekat dan bekilat, kemudian tutup api.
  4. Masukkan kedalam loyang secara berlapis dimulai dengan kastad, biskut dan tabur milo.
  5. Kemudian ulang lagi kastad, biskut dan milo sehingga akhir sekali, tinggal kastad sahaja.
  6. Kemudian kisar kasar sedikit biskut bersama milo dan tabur untuk lapisan paling atas.
  7. Siap! Masukkan kedalam peti ais bawah. Apabila sudah sejuk, bolehlah dihidangkan!

Wednesday, April 28, 2021

Resepi Puding Roti Zebra

Resepi Puding Roti Zebra
Resepi Puding Roti Zebra

Ramuan Resepi Puding Roti Zebra

Bahan A

  • 100 ml air
  • 150 ml susu sejat
  • 50 ml susu pekat
  • 5 keping roti gardenia
  • Sedikit esen vanila
  • 2 biji telur
Bahan B
  • 1 bngks Agar-agar tali
  • 200 gram gula pasir
  • 200 ml air
  • 2 sudu makan planta
Bahan C
  • Serbuk koko
  • Air panas
Langkah Penyediaan
  1. Kisar semua bahan A. Pastikan roti gardenia dipotong 4 dan ambil bahagian yang berwarna putih sahaja. Setelah dikisar halus, biarkan seketika
  2. Panaskan api, masukkan semua bahan B dalam kuali dan gaulkan sehingga agar-agar tali dan gula cair. Masukkan sedikit planta. Gaul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan A tadi ke dalam bahan B. Gaul sehingga nampak pekat sedikit. Tutup api
  4. Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian A biarkan putih, manakala bahagian B campurkan dengan serbuk koko yg telah dicairkan dengan air panas. Gaul sampai sebati
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang secara bergilir-gilir sehingga membentuk seperti lingkaran
  6. Setelah siap, masukkan dalam peti air dan biarkan sehingga puding zebra mengeras
  7. Bolehlah potong dan makan. Selamat mencuba
Resepi : @RASA _KITCHEN COOKPAD

Monday, April 26, 2021

RESEPI PUDING OREO MILO

RESEPI PUDING OREO MILO
RESEPI PUDING OREO MILO

BAHAN - BAHAN RESEPI PUDING OREO MILO
  • 10 gram serbuk agar - agar
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • Satu bungkus oreo *Biskut oreo tadi korang ( patah 2 atau 4 )
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 3/4 cawan milo
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Ikut sukatan air.
2. Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga larut dengan api sederhana.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati hingga mendidih.
4. Bila dah sebatikan semua bahan-bahan tadi, pisahkan menjadi 2 bahagian (adunan milo dan adunan putih)
5. Bahagian pertama, kita campurkan dengan milo dan kacau perlahan hingga sebati, jangan ada yang berketul-ketul. Kemudian pisahkan dua bahagian milo, satu bahagian untuk lapisan bawah, satu lagi untuk lapisan atas sekali.
6. Tuangkan perlahan bahagian pertama milo, kemudian tunggu keras sikit.
7. Kemudian tuang perlahan adunan putih pula (yang tiada campuran milo).
8. Sekarang taburkan oreo ikut kretiviti, pastikan tenggelam kebawah dalam adunan putih. lagi banyak lagi bagus.
9. Bila adunan putih dah keras sedikit, tuang bahagian milo yang kedua.
10. Sejukkan kejap dengan suhu bilik, kemudia boleh masuk peti sejuk bahagian bawah,
11. Boleh dimakan setelah puding cukup keras atau lebih kurang dalam setengah jam.

Kredit resepi : Rahimah Ahmad Akhirudin

Friday, April 23, 2021

Resepi Puding Roti Marble

Resepi Puding Roti Marble
Resepi Puding Roti Marble

Bahan-bahan Resepi Puding Roti Marble
  • 10 gm agar-agar
  • 3 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 biji telur
  • 4 keping roti dibuang kulit tepi
  • 2 biji telur gred B
  • 1 cawan air
  • 1 tudung esen vanila
  • 1 sudu makan marjerin
Cara-cara
  1. Sediakan bahannya dahulu.
  2. Masuk 1 tin susu cair➡️1/2 cawan susu pekat manis➡️air 1 cawan➡️roti 4 keping carik siap➡️telur 2 biji dalam blender kisar halus semuanya.
  3. Masak agar-agar dengan 3 cawan air, sudah cair masukkan 1/2 cawan gula. Masak hingga mendidih semuanya. Masukkan bahan kisar tadi masak hingga mendidih lagi.
  4. Masuk 1 tudung esen vanila dan 2 sudu makan marjerin. Kacau rata biar mendidih semula. Tutup api.
  5. Bahagikan 3 bahagian. Masuk warna kesukaan. Basahkan loyang, tuang adunan berselang seli ikut sukahati. Biar sejuk, baru simpan dalam petiais.
  6. Bila sudah keras, keluarkan dan potong ikut suka. Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.
Kredit Leesa Alif

Saturday, April 17, 2021

Resepi Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard

Resepi Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard
 Resepi Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard

Bahan-Bahan: (Anggaran untuk 3 orang)
  • 5 keping Roti Gardenia
  • 1 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit butter
  • Sedikit kismis
Bahan-Bahan Untuk Sos Kastard:
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/4 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara Penyediaan Puding Roti Kukus:
1. Sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang. Saya guna acuan puding atau Agar-agar yang paling kecil.

2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.

3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.

4. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.

5. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan telah mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Sejukkan.

Cara Penyediaan Sos Kastard:


Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih. Letak sedikit pewarna kuning jika suka. Sejukkan.

Cara Menghidangkan:


Potong Puding Roti ikut suka. Curah Sos Kastard di atasnya. Lepas tu boleh la dimakan. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Nota Kaki: Kalau nak buat banyak, gandakan sukatan dan tempoh masa mengukus juga perlu ditambah.

Resepi Oleh: Hamidah HA

Friday, April 16, 2021

Resepi Puding Buah Naga

Resepi Puding Buah Naga
Resepi Puding Buah Naga

Bahan-bahan Resepi Puding Buah Naga
  • Agar -agar
  • 100 ml air
  • Whipping cream
  • Buah naga
  • 100 gram gula
Langkah penyediaan
  1. Masak agar-agar,air dan gula
  2. Masukkan whiping cream..Tutup Bila gula sudah cair
  3. Sejukkan dan tambah buah naga potong..
  4. Simpan dalam peti ais 4 jam dan hidangan

Thursday, April 15, 2021

Resepi Puding Cocktail Honey Dew

Resepi Puding Cocktail Honey Dew
Resepi Puding Cocktail Honey Dew

Ramuan Resepi Puding Cocktail Honey Dew

Kuah
  • 2 kotak x 200 ml whipping cream
  • 2 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sudu teh garam
  • Susu segar/full cream secukupnya (untuk adjust kepekatan dan kemanisan mengikut selera)
  • Perasa honey dew/pandan
  • Pewarna hijau apple
Cocktails
  • Agar-agar perisa honey dew (lihat resipi
  • 2 tin buah kabung/kelapa laut (ambil buah sahaja)
  • 1 tin longan (ambil buah sahaja)
  • 3 sudu besar biji selasih
Langkah penyediaan
  1. Campurkan semua bahan kuah. Panaskan sehingga mula mendidih sahaja.
  2. Rendam biji selasih dalam air panas sehingga kembang.
  3. Campurkan biji selasih, buah longan, buah kabung dan agar-agar honey dew ke dalam kuah yang telah suam.
  4. Sejukkan dalam peti sejuk. Enak dihidang sejuk tanpa perlu tambah ais.
Resepi : COOKPAD Sesimple Loralin

RESEPI PUDING TEMBIKAI

RESEPI PUDING TEMBIKAI
 RESEPI PUDING TEMBIKAI

RESEPI PUDING TEMBIKAI 

BAHAN A
  • 1paket agar2 tali
  • 200gm gula
  • 30gm gula batu
  • 1800ml air
  • Sedikit garam
BAHAN B
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 keping roti gardenia
  • 2 biji telor
  • 2sudu makan tepung kastad
*blend semua shingga hancur*

CARA CARA MEMBUATNYA
  1. Masak bahan A hingga agar2 hancur..
  2. Kemudian masuk bahan B yg telah diblend..
CARA MELAPIS
  1. 600gm puding-hijau
  2. 500gm puding-warna asal
  3. Selebih puding-merah+sedikit bijan hitam
*pastikan lapisan bawah keras sedikit sebelum letak lapisan setrusnya*

Kredit Resepi : 
Fb G yuzi gee via mahn

Thursday, April 8, 2021

Resepi Buko Pandan Simple!

Resepi Buko Pandan Simple
Resepi Buko Pandan Simple

Bahan-bahan Resepi Buko Pandan Simple!
  • Agar-agar
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan
  • Gula
  • Air kelapa
  • Susu pekat
  • Susu cair
  • Nana de coco
  • Isi kelapa muda
  • Sagu putih
Cara penyediaan
1) Masak agar agar bersama air+2 helai daun pandan+sedikit pewarna hijau+sedikit gula. Biarkan sejuk dalam peti.
2)Masak sagu putih. Yang ni biar sagu tu bersinar elok😂
3) Masukkan air kelapa+susu pekat+susu cair. Kacau sebati.
4) Masukkan agar-agar hijau+sagu+isi kelapa muda+nata de coco.
5) Boleh ngap. Time nak ngap tu masuk ketulan ais. Sedap gilosss. Lemak berkrim gittuw❤️

Kredit : hazwani siha

Wednesday, February 10, 2021

Resepi Puding Gula Hangus

Resepi Puding Gula Hangus
Resepi Puding Gula Hangus

Bahan-Bahan Resepi Puding Gula Hangus:
  • 1 Tin Susu Cair 390 g
  • 200 ml Air
  • 60 g Gula Pasir
  • 1 Sdk Vanilla essence
  • 1/8 Sdk Garam bukit
  • 4 Biji Telur
👉 Caramel
  • 80 g Gula Pasir
  • 45 ml Air
Cara-Cara:
  1. Panaskan gula pasir hingga mencair dan berwarna Caramel, Tuangkan air,kacau hingga sebati dan mendidih. Tuangkan Caramel Kedalam remekin. Ketepikan
  2. Rebus Susu cair dan air,tak perlu mendidih,asal suam saja. Pukul perlahan telur Gula Kaster, garam dan vanilla essence, hingga tercampur rata.
  3. Tuangkan Susu, kacau perlahan dan tapis.
  4. Tuangkan kedalam remekin, Letakan remekin di atas bekas tahan panas, tuangkan air panas, dan bakar selama 45 Minit. Dengan suhu 150 darjah Celcius.(bakar dengan kaedah Water bath)
  5. Angkat dan biarkan sejuk. Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam /semalaman, sebelum di hidangkan.
Credit : @Jeehan_ Kitchen

Saturday, February 6, 2021

Resepi Puding Roti Gardenia

Resepi Puding Roti Gardenia
Resepi Puding Roti Gardenia

Bahan-Bahan Resepi Puding Roti Gardenia:
  • 10 grm agar-agar bertali
  • 1 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 keping roti gardenia buang yang tepi tu
  • 1 sudu besar marjerin
  • Pewarna ikut suka
Cara-Cara:
  1. Basuh agar-agar kemudian masak bersama 3 cawan air hgga agar2 larut. Kemudian masukkan gula biar seketika hingga gula larut.
  2. Sementara itu blend roti dengan susu cair hingga halus kemudian tuang dalam agar-agar tadi sambil kacau perlahan.
  3. Masukkan 1 sudu marjerin kacau lagi bagi sebati dan biar mendidih terus padam api.
  4. Tapiskan adunan dalam bekas kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. 1 letak pewarna 1 lagi biar warna asal.
  5. Basahkan loyang amik 3 sudu besar adunan warna asal letak ditengah loyang kemudian ambil 3 sudu lagi yang berwarna pula letak atas adunan asal tadi. Ulang proses ini hingga habis.
  6. Kena pantas buat sebab adunan cepat mengeras. Bila sudah selesai biarkan sejuk dulu baru masukkan dalam peti ais. Makan ketika sejuk lebih sedap.

Friday, January 22, 2021

Resepi Puding Santan Buah Naga

Resepi Puding Santan Buah Naga
Resepi Puding Santan Buah Naga

Bahan-bahan Resepi Puding Santan Buah Naga :-
  • 1 paket serbuk agar-agar
  • 800 ml air
  • 200 ml santan
  • 150 g gula
  • 1 biji buah naga (potong dadu)
Cara penyediaan :
  1. Satukan air, gula dan serbuk agar. Kacau sehingga gula dan agar-agar hancur.
  2. Masukkan santan. Kacau sehingga mendidih.
  3. Matikan api dan masukkan buah naga. Masukkan dalam acuan dan sejukkan. Siap!

Wednesday, January 13, 2021

Resepi Puding Jagung Cincau

Resepi Puding Jagung Cincau
Resepi Puding Jagung Cincau

Bahan-Bahan Resepi Puding Jagung Cincau:
  • 12 gram agar-agar tali
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar bes berperisa jagung
  • Sedikit cincau
  • Sedikit gula batu (kalau tak letak pun boleh)
  • Secubit garam

Cara Menyediakannya:

1. Blender jagung krim dengan 1/2 cawan air. Ketepikan. Potong cincau kecil-kecil. Ketepikan.

2. Bersihkan agar-agar tali. Masak agar-agar dengan 3 cawan air hingga semua agar-agar larut.

3. Masukkan gula pasir & gula batu. Kacau hingga gula pasir & gula batu larut.

4. Masukkan susu cair, susu pekat, bes perisa jagung, jagung krim yang telah diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.

5. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar-agar ke dalam loyang/acuan tadi.

6. Agak-agak dalam 10-15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan-tekan sedikit cincau ke dalam agar-agar. Agak-agak 10-15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar-agar sehingga habis.

7. Tekan-tekan sikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar-agar. Sejukkan. Apabila Puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.

Resepi menarik: Resepi Puding Roti Pelangi

8. Keluarkan loyang/acuan tadi dari peti sejuk. Cuba-cuba keluarkan Puding dari loyang/acuan. Potong ikut suka. Sedia untuk dihidangkan.

Catatan:
+ Sukatan bahan-bahan bergantung kepada selera atau citarasa masing-masing.
+ Kalau tak suka jagung, boleh tukar kepada sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.
+ Fungsi gula batu ialah untuk Puding kelihatan berkilat dan tidak berair.

Resepi Oleh: Hamidah HA

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Puding Kastard Berkuah

Resepi Puding Kastard Berkuah
Resepi Puding Kastard Berkuah

Bahan Resepi Puding Kastard Berkuah:
  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
Bahan Untuk Kuah:
  1. 1 tin susu cair
  2. 1 tin besar mix fruits cocktail
  3. 1 1/2 tin air masak
  4. 4 sudu besar gula pasir
  5. 1 sudu teh esen vanila (optional)
Cara-cara membuat pudingnya:
  1. Larutkan gula pasir bersama air dalam periuk dan kembudian masukkan tepung kastard.
  2. Masak di atas api yang sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat.
  3. Tuang ke dalam bekas acuan atau pun loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu (supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti).
  4. Biarkan sejuk sedikit dan masukkan dalam peti sejuk.

Cara-cara membuat kuahnya:

  • Campurkan semua bahan kedalam periuk.
  • Dengan api yang kecil kacau sebentar untuk melarutkan gula (tak perlu hingga mendidih).
  • Tutup api dan setelah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
  • Hidangkan puding dalam keadaan sejuk.

Wednesday, December 9, 2020

Resepi Puding Kastard Marble

Resepi Puding Kastard Marble
Resepi Puding Kastard Marble

Bahan-bahan Resepi Puding Kastard Marble :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 2 cwn air
  • 2 cwn susu segar
  • 3/4 cwn gula *kurangkan 3 sb
  • 4 sb tepung kastard
  • 1 biji telur dipukul sedikit
  • 3 sb mentega
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sk vanilla essence
  • 2 sk serbuk koko + 1/2 sk nescafe
Caranya:
1.Masak air bersama serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.
2.Bancuh tepung kastard dengan susu segar. Kemudian tuang ke dalam agar2 mendidih
3.Masak hingga berbuih, masukkan pula telur dan mentega.
4.Masukkan garam dan esence vanilla.
5.Bila semuanya masak , tutup api. Bahagi dua adunan agar2.
6.Satu adunan bancuhkan dengan serbuk koko dan nescafe.
7.Tuang berselang-selang dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble dan corak yang disukai.
8.Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes