RESEPI HOT!

Tuesday, October 23, 2018

Resepi Kuey Teow Kung Fu Sedap!

Resepi Kuey Teow Kung Fu Sedap
Resepi Kuey Teow Kung Fu Sedap

Bahan-Bahan Resepi Kuey Teow Kung Fu:

  • 1 paket kuey teow, 500g
  • 1-2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Bahan-bahan untuk kuah:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk fishball atau fishcake
  • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
  • 5 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • air, anggaran 3 cawan
  • sayur karot, hiris halus memanjang
  • bunga kobis
  • 3 batang jagung muda
  • sayur sawi
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 6 biji cili padi, belah dua
  • 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • hirisan daun bawang
  • bawang goreng


Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuey teow:

  1. Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak.
  3. Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.
  4. Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.


Cara-cara untuk kuah:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kacau seketika.
  3. Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih kemudian msukkan sotong dan udang.
  4. Masukkan karot, jagung muda, bunga kobis dan sawi.
  5. Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
  6. Masukkan tomato dan cili padi, dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.
  7. Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.


Tips:
Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

Credit : IRESEPI

Share this:

1 comment :

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes