RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Bergoreng. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bergoreng. Show all posts

Sunday, June 30, 2024

Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng


Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng

Cara Buat Nasi Kandaq

Bahan-bahan:
  • Beras
  • Daun Pandan
  • Serbuk Kunyit
  • Rempah 3 sekawan
  • Pewarna kuning
  • Mentega



Cara membuat:

  1. Basuh beras dan ketepikan.
  2. Tumis daun pandan, 3sekawan dan serbuk kunyit menggunakan butter. Masukkan garam dan sedikit gula.
  3. Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit untuk naikkan warna.
  4. Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur.
  5. Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker. Masak macam biasa.

Cara Buat Ayam Goreng

  • Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari
  • Sedikit tepung beras
  • Serbuk Cili Kering
  • Serbuk Kari Daging
  • Sedikit Garam

Adun dengan air bahan bancuhan di atas sampai kelikatan yang kita nak, dan boleh salut ayam menyeluruh, then goreng ayam smpai masak.



Kuah Kari Kicap
  • Bawang Besar hiris
  • Bawang Putih hiris
  • Rempah 3 sekawan
  • Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit)
  • Sos cili – 3 sudu

  1. Tumis semua sampai garing dan naik bau. Kemudian bubuh serbuk cili kering, serbuk kari daging.
  2. Kemudian masukkan kentang, tomato, terung dan air. Biarkan sampai mengelegak.
  3. Kemudian masukkan kicap manis (sampai jadi warna kehitaman yang kita nak).
  4. Masukkan juga, gula, garam, sos cili. Sesuaikan rasa sampai dapat rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan pada pendapat saya, kuah untuk Nasi Kandaq kelikatannya janganlah terlalu pekat atau terlalu cair.

Lauk lain
  • Bendi – dicelur sehingga separa layu
  • Telur Masin – direbus sempurna
 
Siap dah Nasi Kandaq

Selamat mencuba!

perkongsian Nur Hidayah.

Sunday, August 1, 2021

Resepi Ayam Goreng Mamak

Resepi Ayam Goreng Mamak
Resepi Ayam Goreng Mamak

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Mamak:
  • 1 ekor ayam.
  • 6 sudu makan tepung jagung.
  • 6 sudu makan tepung beras.
  • 3 tangkai daun kari.
Bahan untuk dikisar :
  • 6 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • 5 tangkai cili kering.
  • 2 sudu makan rempah kari.
  • 1 biji telur.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah.
Cara Memasak :

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak.

Sangat senang kan. Hanya dengan dua step anda dapat menikmati ayam goreng mamak kesukaan anda.

Friday, July 30, 2021

Resepi Ikan Keli Goreng Berempah

Resepi Ikan Keli Goreng Berempah
Resepi Ikan Keli Goreng Berempah

Bahan-bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berempah:
  • 5 ekor ikan keli (dibasuh dengan cuka, limau nipis atau air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan. Toskan)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh membukit garam(boleh tambah jika kurang)
  • 2 cubit gula
  • 1 sudu teh serbuk cili *optional
  • 2 sudu besar tepung beras atau tepung jagung
Bahan kisar:
  • 1½ sudu besar jintan manis
  • 1½ sudu besar biji ketumbar
  • 2 batang serai (setiap batang dipotong tiga)
Cara-cara:
  1. Kisar sekejap sahaja bahan kisar.
  2. Lumurkan ikan keli dengan bahan kisar, serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk cili. Gaul rata.
  3. Perapkan selama 1 jam supaya bahan kisar meresap elok.
  4. Panaskan minyak dan lumurkan ikan keli yang diperap dengan tepung beras. Gaul rata.
  5. Setelah minyak panas, goreng ikan sehingga garing.
  6. Sedia untuk dihidang.

Sunday, June 27, 2021

Resepi Daging Black Pepper

Resepi Daging Black Pepper
Resepi Daging Black Pepper

Bahan Resepi Daging Black Pepper : 
  • Daging - Direbus dan hiris nipis
  • ½ cawan kicap pekat
  • ¼ cawan sos tiram
  • 3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 sudu besar gula 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang
  • 1 batang salary - potong memanjang
  • 1 labu bawang besar - potong kiub
Cara-cara penyediaan
  1. Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan kicap pekat dan lada hitam.
  3. Masukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih.
  4. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum.
  5. Biarkan mendidih dan pekat.

Sunday, June 6, 2021

Resepi Ayam Goreng Serai ala Thai

Resepi Ayam Goreng Serai ala Thai
Resepi Ayam Goreng Serai ala Thai

Bahan-Bahan Resepi Ayam Goreng Serai ala Thai:
  • 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana kecil
  • 3 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 akar ketumbar
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar telung jagung
  • Daun limau purut – dihiris halus
  • Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:

1. Potong serai panjang lebih kurang 4 cm. Ini supaya bila serai ditumbuk. Seratnya jadi cantik panjang-panjang. Bila goreng nanti jadi rangup. Tumbuk-tumbuk kasar ajer.

2. Ini bahan tumbuk bagi perapan, bawang putih, akar daun ketumbar, dan lada hitam. Tumbuk bahan perapan, tak perlu terlalu hancur. Kasar sedikit tak pe.

3. Masukkan semua bahan kecuali daun limau purut bersama ayam ke dalam mangkuk. Daun limau purut untuk ditaburkan last skali. Sambil tu carik-carikkan serai supaya tak bergumpal. Nanti bila goreng jadi tak cantik.

4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga nampak agak garing. Angkat dan toskan. Sambil-sambil goreng ni baunya harum sungguh, sabar la ye.

5. Tadaa.. dah siap. Nak bagi cantik dan nak tambah kesedapannya, taburkan daun limau purut. Cicahkan dengan sos cili thai, rasanya memang padu. Bagai pinang dibelah dua gitew, selamat mencuba.

Resepi Oleh: Khadijah Jaafar

Monday, April 19, 2021

Resepi Nasi Goreng Seafood

Resepi Nasi Goreng Seafood
Resepi Nasi Goreng Seafood

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Seafood:
  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)
Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.

4. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.

5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Thursday, April 15, 2021

RESEPI MAGGI GORENG MAMAK

RESEPI MAGGI GORENG MAMAK


Bahan-bahan RESEPI MAGGI GORENG MAMAK:
  • 1 paket maggie kari
  • 2 telur
Untuk membuat kuah:
  • Sos cili life secukupnya
  • Sos tomato secukupnya
  • Kicap pekat secukupnya
Untuk membuat perencah:
  • Sedikit tauhu goreng
  • Sedikit daun sawi
  • Sedikit tomato yang dipotong 4
  • Maggi cukup rasa secukupnya
  • 5 ekor udang
Cara-cara membuat:
1.Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
2.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
3.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
4.Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
5.Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
6.Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
7.Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
8.Jika sudah rasa okay boleh dihidangkan.

P/s : Resepi Maggi Goreng Mamak akan menjadi lebih sedap jika anda perahkan sedikit limau dan jika ingin cantik lagi susunkan cili besar yang telah di potong di tepi pinggan.

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH
RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

BAHAN BAHAN RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH
  • 1 Bungkus Kueytiaw
  • Udang/ Kerang / Ayam
  • 1 Biji Telur
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 Cawan Air
  • Segenggam Taugeh
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Garam / pati ayam.
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili
2. Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh,Tumiskan Seketika,
3. Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis
4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)
5. Masukkan 2 cawan air
6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
7. Masukkan 1 bungkus kuey teow,Segenggam taugeh dan Sedikit hirisan daun kucai
8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa
9. Kacau rata, siap!

Saturday, February 6, 2021

Resepi Kuehteow Goreng

Resepi Kuehteow Goreng

Bahan-Bahan Resepi Kuehteow Goreng:
  • 200 gm kueh teow
  • 40 gm taugeh
  • 20 gm daun kucai
  • 1/2 biji tauhu
  • 1 keping fishball
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu cili kisar
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
Bahan sos
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 3 sudu kicap cair
Cara-Cara:
  1. Sediakan bahan. Telur dibuat telur hancur. Tauhu digoreng. Bawang dimayang halus.
  2. Tumis bawang merah dan Putih. Kemudian masukkan fishball. masukkan cili kisar.Kemudian masukkan bahan sos. Tidak Perlu masukkan air. Kacau sebati. Perasakan dengan garam.
  3. Kemudian masukkan kuehteow dan daun kucai. Akhir sekali masukkan taugeh. Kacau sebentar sahaja.
  4. Siap.

Thursday, February 4, 2021

Resepi Cempedak Goreng

Resepi Cempedak Goreng
Resepi Cempedak Goreng

Bahan-bahan Resepi Cempedak Goreng
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar butter
  • 1 biji telur
  • Sedikit air
Langkah penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan bersama sedikit air.
  2. Adunan tidak lah pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Masukkan cempedak dan gaul rata. Goreng pada minyak masak yang panas. Goreng sehingga garing dan kekuningan emas. Siap untuk di hidang.
Credit : Nur Dhunaa AB Maleq COOKPAD

Wednesday, February 3, 2021

Resepi Maggie Goreng Kicap

Resepi Maggie Goreng Kicap
Resepi Maggie Goreng Kicap

Bahan-bahan Resepi Maggie Goreng Kicap
  • 1 pek maggie
  • 2 biji telur
  • 2-3 sudu kicap manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 biji cili untuk hiasan
Langkah penyediaan
  1. Pecahkan telur dan buat scramble egg.
  2. Ketepikan telur scramble tadi,
  3. Masukkan maggie yang telah di rendam dan di toskan.gaul sebati
  4. Tambahkan kicap dan gaul rata. Jika suka manis masin blh lebihkan kicapnya.
  5. Gaul sebati sehingga semua sempurna.
  6. Tambahkan serbuk lada hitam utk bagi sedikit aroma dan sedikit rasa pedas.
  7. Siap untuk di makan dan di hidang! Mudah kan? Jom cuba
Credit : Nur Dhunaa AB Maleq COOKPAD

Resepi Bihun Goreng Putih Mudah

Resepi Bihun Goreng Putih Mudah
Resepi Bihun Goreng Putih Mudah

Bahan-bahan Resepi Bihun Goreng Putih Mudah
  • 1 paket bihun Cap Burung Kenari (rendam dgn air suam2 kuku hingga lembut)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 labu bawang merah bombay (dihiris)
  • 1 cawan isi ayam (potong kiub)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil Nazri ajinomoto
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan kubis (hiris halus)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris halus)
  • 1 biji lemon (blh guna limau kasturi)
  • 2 biji cili padi (hiris kecil)
  • 1 helai daun bawang (hiris kecil)
Langkah penyediaan
  1. Toskan bihun. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan chilli flakes hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau 1-2 minit. Pecahkan telur dan kacau.
  2. Masukkan bihun, garam, ajinomoto dan gula, gaul rata. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau lagi hingga rata dalam 5-7 minit. Tutupkan api, sedia dihidangkan tabur cili padi dan daun bawang, perahkan limau.
Credit : Dapur Yusfarisyia COOKPAD

Saturday, January 30, 2021

Resepi Spaghetti Tom Yam Simple

Resepi Spaghetti Tom Yam Simple
Resepi Spaghetti Tom Yam Simple

Bahan-bahan Resepi Spaghetti Tom Yam Simple
  • 1 paket spaghetti siap direbus
  • 3 ulas bawang putih didadu halus
  • 200 gram isi ayam / takde pun takpe, nak letak seafood pun can loh
  • 1 batang serai dititik
  • 3 cili padi merah diketuk
  • 1 batang daun ketumbar
  • 2 ketul kiub tomyam / 2 sudu besar pes tomyam
  • Minyak menumis
  • Brokoli / carrot / optional
Langkah penyediaan
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Campak serai sekali.
  2. Masukkan pes tomyam dan isi ayam. Masak sebentar. Masukkan air sikit agak - agak bagi basah sikit ayam tu.🤣
  3. Masukkan spaghetti, kacau rata, masukkan sayur dan cili.
  4. Perasakan dan siappp dihidang
Credit : Nurul Kefftya COOKPAD

Saturday, January 23, 2021

Resepi Paru Belado

Resepi Paru Belado
Resepi Paru Belado

Bahan-bahan Resepi Paru Belado
  • Paru rebus
  • Setangkai Serai
  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Dlm 10 tangkai lada padi merah
  • 5 tangkai lada merah
  • Daun limau purut
  • Belacan sikit
  • Santan sikit
  • Garam,Gula and perasa
Langkah penyediaan
  1. Paru direbus dahulu dan digoreng dengan kunyit
  2. Kemudian blend kan bawang,belacan,lada.
  3. Panaskan minyak dan tumis Bahan yang telah dikisar kasar.
  4. letakkan Serai dan daun limau. tumis hingga garing.
  5. Masukkan paru,Gula,garam,perasa.
  6. Last sekali letak santan sikit je.....kacau dan siap!
Credit : Shila Osman COOKPAD

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering
Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering


Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering
  • Ikan bilis
  • Cili kering potong kecil dalam 8 keping
  • 1 sudu besar cili padi blend
  • 1 sudu besar Bawang besar blend
  • 1 sudu besar Bawang putih blend
  • 1 sudu besar Cili kering blend
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • Cendawan shitake hiris nipis
  • Kobis hiris nipis
  • Carrot hiris nipis
  • Daun bawang potong memanjang
Langkah penyediaan
  1. Goreng ikan bilis dan cili kering sekali. Masukkan 1 sudu kecil gula, 1 sudu bawang besar blend dgn 1 sudu cili padi blend.
  2. Gaul semua sampai kering then tapis dan letak dekat pinggan asing.
  3. Dengan minyak sama yg goreng ikan bilis tadi, tumis daun bawang, 1 sudu besar bawang besar blend, 1 sudu besar bawang putih blend & 1 sudu besar cili kering
  4. Bila dah hampir kering masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar sesame oil. Gaul bg rata
  5. Bila dh rata, boleh masukkan cendawan shitake, carrot hiris nipis dan kobis hiris nipis dengan suku cawan air. Gaul sekejap
  6. Terus masukkan nasi dan gaul rata
  7. Last step macam biasa dah boleh perasakan ikut suka. Bila rasa dah ok, tutup api dan gaulkan ikan bilis goreng tadi dalam nasi
Credit : Wanie COOKPAD

Friday, January 22, 2021

Resepi Ayam Goreng Krup Krap

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Krup Krap :-
  • 500 g Ayam, dipotong-potong
  • Ulas Bawang putih di tumbuk halus
  • 1/2 Sdk Garam bukit
  • 1 Sdk Serbuk Pati Ayam
  • 100 g Tepung Gandum
  • 50 g Tepung Jagung
  • 100 g Tepung Bistari
  • 1/2 Sdk Garam bukit
  • 1/2 Sdk Black pepper
  • 1/2 Sdk Serbuk Lada Putih
  • 1/2 Sdk Cili Flakes
  • 1 SdkSerbuk Pati Ayam
  • 2 Sdk Serbuk Bawang putih
  • 100 ml Air sejuk
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara penyediaan :
  1. Perap ayam dengan garam, serbuk Pati Ayam dan bawang putih yang telah di haluskan,simpan dalam peti sejuk selama 30 Minit. Satukan Semua Tepung dan semua bahan kering, gaulkan sebati.
  2. Ambil 4.Sdb campuran tepung dan bancuh dengan air sejuk, gaulkan sebati
  3. Masukan potongan ayam yang telah di perap,kedalam bancuhan tepung, angkat dan gaulkan kedalam campuran tepung yang kering,kemudian cubit cubit permukaan ayam angkat dan tepuk-tepuk
  4. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam Periuk,goreng ayam hingga tenggelam dengan minyak panas. Goreng ayam hingga masak dan berwarna keemasan angkat dan Toskan. Hidang Ayam goreng krup-krap bersama Cili sos kegemaran anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya 😘😘😘

Resepi Ikan Keli Berlada

Resepi Ikan Keli Berlada
Resepi Ikan Keli Berlada

Bahan Resepi Ikan Keli Berlada:
  • Halia*
  • Kunyit*
  • Serai*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lada besar*
  • Lada kecik*
  • Gula
  • Garam
( bahan yang bertanda * tumbuk atau blender kering )

Cara penyediaan :

👉panaskan minyak
👉tumis bahan yang di tumbuk / diblnder
👉dah masukkan garam & gula
👉gaul sampai agak kering / pecah minyak masukkan ikan yg digoreng tadi
👉gaul rata tutup api dah pun siap

( boleh tukar kepada ayam / ikan patin pun sedap)

Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Goreng Kampung

Ramuan Resepi Nasi Goreng Kampung
  • 2-4 orang
  • 2 biji bawang kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili padi*
  • 2 batang cili hijau*
  • 1 sdb belacan*
  • Sedikit ikan bilis*
  • 1 mangkuk kecil isi ayam (potong kecil)
  • 3 mangkuk kecil nasi
  • 1 ikat kangkung
  • Sedikit sos ikan
  • Ikan bilis goreng
Langkah
  1. Tumbuk kasar bahan-bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga keperangan.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Biarkan sedikit garing.
  4. Masukkan nasi & sayur kangkung. Kacau rata.
  5. Masukkan pula sos ikan sebagai perasa. Kacau rata.
  6. Tutup api. Taburkan dengan ikan bilis goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Thursday, January 21, 2021

Resepi Udang Butter Nestum

Resepi Udang Butter Nestum
Resepi Udang Butter Nestum

Ramuan Resepi Udang Butter Nestum
  • 30 ekor udang
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar butter
  • 3 ulas bawang putih-di cincang
  • 2-3 biji cili api
  • 2 tangkai daun kari
  • 3/4 cawan nestum
Langkah penyediaan
  1. Gaul udang dengan garam & tepung jagung
  2. Goreng di dlm minyak yg panas hingga masak & garing. Angkat & toskan
  3. Cairkan butter. Tumis bawang putih, cili api & daun kari sampai naik bau.
  4. Masukkan udang & nestum. Gaul hingga nestum menjadi sedikit garing & bersalut dengan udang

Wednesday, January 13, 2021

Resepi Ikan Cencaru Bakar

Resepi Ikan Cencaru Bakar
Resepi Ikan Cencaru Bakar

Bahan-bahan Resepi Ikan Cencaru Bakar:

Bahan ikan cencaru:
  • Ikan cencaru
  • 7 biji cili merah besar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu gula
  • ½ sudu garam
  • 1 sudu penyedap rasa maggie
Bahan air asam:
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ruas belacan bakar
(kisar bahan di atas dan ketepikan)
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 tangkai cili merah besar
(bahan di atas dihiris)
  • 4 biji limau kasturi (ambil air)
  • 4 sudu asam jawa
  • 3 sudu gula
  • Secubit garam
  • Air
Cara-cara:
  1. Kisar bahan ikan cencaru kecuali ikan hingga lembut.
  2. Perahkan sebiji limau kasturi.
  3. Lumur bahan kisar dalam ikan dan bakar atas kuali.
  4. Untuk air asam, gaul kesemua bahan. Air ditambah mengikut kepekatan
  5. Sedia untuk dihidangkan.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes