RESEPI HOT!

Wednesday, October 24, 2018

Resepi Kerabu Maggi Siam Sedap!

Resepi Kerabu Maggi Siam
Resepi Kerabu Maggi Siam
Bahan-Bahan
  • 3 plastik maggi siam
  • 5 biji cili padi - hiris
  • 2 biji cili merah - hiris
  • 2 peket rempah maggi (yang didalam bungkus maggi dan 1 lagi tak dipakai)
  • 1 biji buah tomato - hiris
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • sedikit daun sup dan daun bawang
  • 1 biji carot - hiris nipis
  • 2 serbuk perasa maggi (ada didalam peket maggi)
Bahan Lauk (opsyenal)
  • udang secukupnya
  • 10 batang crabstick
  • sotong

Cara Membuat Kerabu Maggi
#1. panaskan air dalam periuk untuk merebus maggi kemudian masukkan 1 serbuk perasa maggi kedalam air rebusan.

#2. rebus udang apabila sudah mengerokot angkat selanjutnya rebus crabstick tunggu hingga masak dan angkat, rebus sotong tunggu higga masak dan angkat. jadi cara rebusnya mesti sejenis-sejenis kerana kadar masak dia berbeza.


Bahan-bahan Resepi Kerabu Maggi Siam
Bahan-bahan Resepi Kerabu Maggi Siam
#3. selepas itu rebus mee segera dan apabila sudah lembut angkat dan masukkan kedalam bekas atau mangkuk besar (air rebusan janga dibuang). masukkan bahan lauk juga yang sudah direbus tadi. kemudian campurkan semua bahan tersebut dengan hirisan sayuran tadi.

#4. sementara itu masukkan 2 perasa maggi kedalam bekas berasingan kemudian tuangkan air rebusan maggi tadi (anggaran 8 sudu besar) kacau sekejap dan campurkan kedalam mangkuk berisi maggi dan sayuran tadi.

#5. akhir sekali, gaul hingga sebati dan siap untuk dihidangkan.

Tuesday, October 23, 2018

Resepi Ketupat Sotong Sedap!

Resipi Ketupat Sotong
Resepi Ketupat Sotong 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kilo sotong saiz sederhana yang segar
  • 1 kilo santan pekat
  • 3 ketul gula melaka (nise)
  • Pencungkil gigi
  • 1 cawan beras pulut
  • 10 helai daun pandan
  • Garam dan gula

Cara Penyediaan:
1. Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan sotong tersebut.
2. Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)
4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
5. Cucukkan pencungkil gigi depan dan belakang kepala.
6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka.
9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak.

Selesai semua step diatas, Ketupat Sotong tersebut dah sedia untuk dihidang.

Resepi Popia Vietnam Dengan Sos Pedas

Resepi Popia Vietnam Dengan Sos Pedas
Resepi Popia Vietnam Dengan Sos Pedas

Bahan-Bahan:
1 pek kertas popia

A: (Sos Pedas)

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 rumpun akar ketumbar
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu kecil MAGGI CukupRasa
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 sudu besar madu/gula perang

B:

  • 200 gram lobak, dihiris nipis
  • 200 gram timun, dihiris nipis
  • 300 gram kobis, dihiris nipis
  • 1 cawan emping jagung, dihancurkan
  • 100 gram udang, dibersih dan dikupas
  • ½ cawan daun ketumbar, dihiris kasar

Cara Penyediaan:
1. Tumbuk bawang putih, cili padi, akar ketumbar dalam lesung batu sehingga lumat. Tuangkan sos ikan, jus limau nipis dan kacau. Taburkan MAGGI CukupRasa. Akhir sekali, tuangkan jus limau nipis untuk rasa sos lebih segar.
2. Sediakan 1 mangkuk air suam, papan pemotong dan kain bersih.
3. Ambil dan rendamkan kertas popia ke dalam air suam selama 2-3 saat.
4. Letak di atas kain kering dan mula cipta popia anda
5. Susun kesemua sayur, udang dan emping jagung.
6. Cecah popia dengan sos pedas anda.

Resepi Nasi Goreng Cina 20 Minit

Resepi Nasi Goreng Cina
Resepi Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Cina 20 Minit:

  • 600 g nasi sejuk
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telur
  • 4 ulas bawang putih, cincang halus
  • 100 g isi udang
  • 100 ml sayur campur beku
  • 2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
  • ½ sudu kecil minyak bijan
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih

Cara Penyediaan:
1. Mula-mula, panaskan minyak memasak di dalam kuali.
2. Kemudian, masukkan bawang putih dan isi udang. Tumis sehingga isi udang benar-benar masak.
3. Selepas itu, pecahkan sebiji telur di atas kuali dan gaul sekata dan biarkan ia masak bersama bahan-bahan tadi.
4. Kemudian barulah masukkan nasi dan digaul bersama-sama dengan bahan-bahan tadi hingga sekata.
5. Akhir sekali, masukkan MAGGI® CukupRasa™, sayur campur beku, minyak bijan dan serbuk lada putih dan goreng kesemua bahan lebih kurang 2 minit.
6. Dihidang serta-merta sementara masih panas dan dinikmati sepenuhnya.

Resepi Kuey Teow Kung Fu Sedap!

Resepi Kuey Teow Kung Fu Sedap
Resepi Kuey Teow Kung Fu Sedap

Bahan-Bahan Resepi Kuey Teow Kung Fu:

  • 1 paket kuey teow, 500g
  • 1-2 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • Bahan-bahan untuk kuah:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk fishball atau fishcake
  • 1 mangkuk kecil hirisan isi ayam
  • 5 ekor udang
  • 3 ekor sotong
  • air, anggaran 3 cawan
  • sayur karot, hiris halus memanjang
  • bunga kobis
  • 3 batang jagung muda
  • sayur sawi
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • garam secukup rasa
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 6 biji cili padi, belah dua
  • 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • hirisan daun bawang
  • bawang goreng


Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kuey teow:

  1. Bersihkan kuey teow dan toskan airnya. Bancuh telur dengan lada sulah dan kacau sebati.
  2. Panaskan sedikit minyak.
  3. Ambil kuey teow anggaran seorang makan dan masukkan dalam mangkuk.
  4. Tuang sedikit telur, kacau dan goreng di dalam kuali. Goreng kedua-dua belah kuey teow. Angkat dan ketepikan.


Cara-cara untuk kuah:

  1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan.
  2. Masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kacau seketika.
  3. Masukkan air dan tunggu hingga kuah mendidih kemudian msukkan sotong dan udang.
  4. Masukkan karot, jagung muda, bunga kobis dan sawi.
  5. Masukkan serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
  6. Masukkan tomato dan cili padi, dan diikuti dengan air bancuhan tepung jagung. Kalau kurang pekat boleh tambah lagi tepung jagung.
  7. Tuang kuah di atas kuey teow dan tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.


Tips:
Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

Credit : IRESEPI

Wednesday, October 3, 2018

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Resepi Kerabu Sotong Ala Thai
Resepi Kerabu Sotong Ala Thai

Bahan-Bahan

  • 500 gm sotong - potong dan cuci bersih
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 biji cili merah - tumbuk kasar
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis - perah dan ambil airnya, kulit limau jangan dibuang
  • daun ketumbar - hiris kasar
  • 2-3 biji kacang panjang - potong suka hati
  • 2 biji tomato - hiris nipis
  • secubit gula dan garam - sebab sos ikan dah masin


Cara Membuat Kerabu Sotong
#1. celur sotong sekejap kemudian masukkan kedalam air berais supaya sotong segar dan apabila sotong sudah agak-agak gebu boleh angkat ( jangan telur terlalu lama suaya mengelakkan sotong liat)
#2. satukan semua bahan dalam bekas yang sesuai dan gaul hingga rata, perasakan dengan secubit gula dan garam, tapi ingat jangan bubuh garam berlebih sebab sos ikan dah masin. pandai-pandai seimbang rasa.
#3. gaul sekejap kemudian hidangkan.. 

Resepi Agar-agar Roti Gardenia

Resepi Agar-agar Roti Gardenia

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar tali
  • 3 cawan air

BAHAN KISAR:

  • 4 keping roti | dicarik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan marjerin
  • Beberapa pewarna pilihan

 CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.


Resepi Pengat Pisang

Resepi Pengat Pisang

Bahan-Bahan:

  • 3-4 biji pisang tanduk
  • 2 mangkuk santan pekat
  • 2 mangkuk santan cair
  • (ATAU boleh gantikan dengan 2 santan kotak dan 2 cawan air)
  • 1/2 cawan sagu, bersihkan
  • 2-3 keping nisan/gula melaka
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Buang kulit pisang tanduk dan hiris setebal 1-2 cm.
  2. Rendam dalam air kapur selama 1/2 jam (optional).
  3. Bilas pisang dan masukkan ke dalam periuk. Masak pisang bersama santan cair, sagu, gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam secukup rasa di atas api yang perlahan. Kacau dengan kerap dan perlahan supaya santan tidak berketul.
  4. Masukkan pula santan pekat dan kacau seketika. Apabila kuah mula mendidih, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Tips:

  • Pisang boleh direndam dengan air kapur seketika supaya isi menjadi kenyal dan tidak hancur.
  • Kuah santan harus dikacau dengan kerap di atas api perlahan supaya kuah tidak berketul.

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-Bahan:




  • 300g ayam, bahagian dada
  • 4 batang kacang panjang, potong 2 inci
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 senduk minyak masak
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Penyediaan:

  1. Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
  2. Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
  3. Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.


Tips:
Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.

Saturday, September 8, 2018

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak





BAHAN-BAHAN Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak :

  • seekor ikan patin. 
  • segenggam cili padi (kalau tak suka pedas berasap, kurangkan) 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 4 sudu besar tempoyak 
  • 1 bunga kantan -dibelah 4 
  • Segengam daun kesum 
  • 1 asam keping 
  • Garam 

1.Tumbuk cili padi dan kunyit. Masukkan air secukupnya dan masak bersama tempoyak, cili padi dan kunyit yang ditumbuk tadi.
2. Masukkan bunga kantan.
3.Bila mendidih pekat, baru masuk ikan. Jangan lama sangat sebab ikan lembut.
4. Masukkan daun kesum.
5. tunggu lama sedikit, baru masukkan asam keping dan garam secukup rasa.

Nota:
Petua menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin ialah dengan melumur ikan patin dgn tepung gandum. Lagi mujarab daripada menggunakan air asam jawa/asam limau.

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes