RESEPI HOT!

Wednesday, January 27, 2021

Resepi Sizzling Yee Mee

Resepi Sizzling Yee Mee

Bahan-bahan Resepi Sizzling Yee Mee:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos black pepper
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 10 kuntum cendawan shiitake
  • 5 pokok sawi
  • 5 cawan air
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sepeket Yee Mee
Langkah Penyediaan
  1. Sediakan bahan-bahan
  2. Tumis bawang putih,halia dan cili kering.Masukkan ayam...tunggu ayam masak sekejap.
  3. Masukkan sos tiram,sos black pepper,kicap cair,kicap pekat,serbuk lada hitam dan kacau sebati...
  4. Masukkan 4 cawan air,tunggu mendidih...masukkan cendawan...kacau seketika...masukkan sawi.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang ke dalam kuah sizzling untuk memekatkannya.Kacau sebati dan tutup api.
  5. Kuah ni banyak...kalau nak mkn dlm portion seorang boleh panaskan kuah dalam pan lain..masukkan yee mee kering...pecahkan telur...tunggu telur separuh masak...dah siap...kalau nak mkn ramai2 blh je masukkan semua yee mee dalam kuali tadi...
  6. Selamat Mencuba...sedap di makan dengan cili potong...😋
Credit - Mamamikael Oven COOKPAD

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes