RESEPI HOT!
Showing posts sorted by date for query NASI AYAM. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query NASI AYAM. Sort by relevance Show all posts

Sunday, June 30, 2024

Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng


Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng

Cara Buat Nasi Kandaq

Bahan-bahan:
  • Beras
  • Daun Pandan
  • Serbuk Kunyit
  • Rempah 3 sekawan
  • Pewarna kuning
  • Mentega



Cara membuat:

  1. Basuh beras dan ketepikan.
  2. Tumis daun pandan, 3sekawan dan serbuk kunyit menggunakan butter. Masukkan garam dan sedikit gula.
  3. Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit untuk naikkan warna.
  4. Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur.
  5. Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker. Masak macam biasa.

Cara Buat Ayam Goreng

  • Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari
  • Sedikit tepung beras
  • Serbuk Cili Kering
  • Serbuk Kari Daging
  • Sedikit Garam

Adun dengan air bahan bancuhan di atas sampai kelikatan yang kita nak, dan boleh salut ayam menyeluruh, then goreng ayam smpai masak.



Kuah Kari Kicap
  • Bawang Besar hiris
  • Bawang Putih hiris
  • Rempah 3 sekawan
  • Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit)
  • Sos cili – 3 sudu

  1. Tumis semua sampai garing dan naik bau. Kemudian bubuh serbuk cili kering, serbuk kari daging.
  2. Kemudian masukkan kentang, tomato, terung dan air. Biarkan sampai mengelegak.
  3. Kemudian masukkan kicap manis (sampai jadi warna kehitaman yang kita nak).
  4. Masukkan juga, gula, garam, sos cili. Sesuaikan rasa sampai dapat rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan pada pendapat saya, kuah untuk Nasi Kandaq kelikatannya janganlah terlalu pekat atau terlalu cair.

Lauk lain
  • Bendi – dicelur sehingga separa layu
  • Telur Masin – direbus sempurna
 
Siap dah Nasi Kandaq

Selamat mencuba!

perkongsian Nur Hidayah.

Thursday, January 5, 2023

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY
RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

BAHAN UNTUK AYAM:
  • 1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Sedikit air untuk mengisar
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk mengoreng

BAHAN SANGAI TANPA MINYAK:
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar

BAHAN SAMPINGAN LAIN:
  • Tauhu
  • Tempe
CARA MEMASAK:
  1. Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman.
  3. Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  4. Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
  5. Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  6. Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
BAHAN SUP AYAM:
  • Baki air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 inci halia – dihiris
  • Daun sup dan daun bawang – dihiris
  • Bawang goreng
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.
  2. Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.
  3. Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka.
RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

BAHAN SAMBAL PENYET
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah | belah 4
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 5 biji tomato | belah 4
  • 5cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan gula merah
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Limau nipis atau limau kasturi

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
  3. Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.
  4. Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hingga
  5. Perasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.
  6. Perah limau kasturi jika suka.
  7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup.

Kredit resipi & foto: Zira Tag

Monday, December 13, 2021

Resepi Nasi Tomato Hidangan Aildilfitri

Resepi Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato

1) Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan 
Resepi Nasi Tomato
:
  • 3 cawan beras basmathi
  • Air secukupnya – anggaran air 1 cawan beras basmathi ( 1.5 cwn air)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sdb tomato puri
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Sedikit minyak/marjerin
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato

Cara-cara:

  1. Beras direndam dalam 30 minit, basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia.
  3. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. Bila dah layu, masukkan tomato puri.
  4. Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam.
  5. Transferkan dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak
  6. Bila dah kering, kacau sebentar menggunakan garfu.
  7. Taburkan kismis dan bawang goreng.
2) Resepi Ayam Masak Merah Mudah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 sekawan
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • Air anggaran 1 cawan (kalau nak berluah letak lebih)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji bawang besar hiris (hiasan)
  • Daun bawang
  • Kacang peas dalam tin
Resepi Nasi Tomato

Cara-cara:

  1. Ayam digoreng dengan garam kunyit.
  2. Blendkan bahan yang bertanda (*)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik minyak
  4. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
  5. Masukkn sos cili dan sos tiram.
  6. Masukkn air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris
  7. Boleh masukkan kacang peas jika suka
  8. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
3) Resepi Acar Nenas Dan Timun Bersunquick

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji nenas
  • 1 batang timun
  • 2 biji cili merah
  • 2sdb oren sunquick
  • Garam dan gula

Cara-cara:
Potong nenas dan timun.
Hiris cili.
Gaulkan semua bahan dan siap.

Resepi Nasi Tomato

Mudah sahaja kan nak buat nasi tomato bersama ayam masak merah ini? Hidangan ini sangat sesuai dibuat dan dimakan pada waktu tengahari. Jadi tunggu apa lagi tu? Ayuh kita cuba sekarang!

Kredit: Hidayati.Hana

Wednesday, July 7, 2021

Resepi Ayam Panggang Thai (Gai Yang)

Ayam Panggang Thai (Gai Yang) adalah antara hidangan ayam panggang tradisional Thai yang cukup berperisa anda akan buat. Mari kita cuba hidangan penjaja ini yang selalunya kita akan jumpa di pasar raya didaerah Thailand. Kalau di Laos, hidangan in dipanggil "Ping Gai".

Ayam Panggang Thai sedap kalau diratah bersamman Nasi Lemak, sos Jim Jeaw dan perahan limau nipis. Wow, mari kita mulakan. Nanti anda akan membuka selera apabila dipanggang dengan bau aromanya. Selamat mencuba!

Bahan-bahan untuk Ayam:
  • 1 ekor ayam (2.5kg) cuci, dipotong 8
  • 1 batang serai (dipotong kecil; 50g)
  • 1/2 cawan daun ketumbar (batang dan daun, dicincang; 25g)
  • 2 biji bawang merah (dicincang; 35g)
  • 8 ulas bawang putih (cincang; 35g)
  • 2 sudu minyak sayuran (30 ml)
  • 2 sudu besar gula melaka (atau gula perang ringan; 25g)
  • 3/4 sudu teh garam (atau secukup rasa)
  • 1/2 sudu teh lada hitam yang baru digiling
  • 1/4 cawan kicap nipis Thai
  • 2 sudu teh kicap manis Thai (atau kicap hitam)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit (pilihan)
Bahan-bahan untuk Sos Celup (Nam Jim Jaew):
  • 1 sudu besar gula melaka (atau gula perang ringan; 12g)
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar nasi pulut dipanggang (kao khua; bubuk hingga serbuk, pilihan)
  • 1 sudu besar ketumbar (cincang)
  • 1 sudu besar daun bawang (cincang)
  • 2 sudu teh serpihan cili kering (atau lada cili Thai segar, pilihan)
Cara Perap Ayam:
  1. Masukkan serai, daun ketumbar, bawang merah dan bawang putih ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat. Anda juga boleh menggunakan pemproses makanan untuk langkah ini.
  2. Masukkan minyak, gula, garam, lada hitam, kicap sos Thailand, sos ikan dan kunyit (jika menggunakan). Gaul hingga pes sebati.
  3. Gosokkan ayam dengan pes perap, pastikan setiap bahagian dilapisi dengan teliti. Tutup dan letakkan di dalam peti sejuk untuk diperap semalaman (atau sekurang-kurangnya 12 jam).
  4. Keesokan harinya, keluarkan ayam 1 hingga 2 jam sebelum anda siap memanggang.
Cara buat Sos Nam Jim Jaew:
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan gula dan air panas sehingga gula larut. Campurkan semua bahan sos dan ketepikan.

Cara-caranya:

  1. Letakkan ayam di panggangan, dan gunakan bumbu yang tinggal untuk membakar ayam semasa memanggang.
  2. Biarkan pes perap pada ayam, termasuk sebilangan besar ramuan herba kerana ia akan bergula dan menambah rasa.
  3. Balik dan bakar ayam dengan kerap untuk membuat kerak luar yang sedap.
  4. Bakar ayam dengan bumbu sisa pada separuh pertama proses memanggang, elakan lakukan ini menjelang akhir memasak.
  5. Perapan ayam mentah memerlukan masa yang cukup untuk memasak sepenuhnya. Hidangkan segera dengan sedikit nasi lemak, sos nam jim jeaw, dan limau wedges!
Resepi Kredit TheWoksoflife.

Resepi Ayam Masak Tomato

Resepi Ayam Masak Tomato
Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Tomato :
  • 1 biji bawang besar dibelah 6*goreng
  • 1 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1/2 inci halia,
  • 10 tangkai cili kering yang direbus dulu dikisar
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato & 2 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • Daun sup di racik
  • Garam, gula & perasa
Cara-caranya:
  1. Goreng ayam (muda-separuh garing).angkat, tos & asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.
  2. Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.
  4. Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng td. Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.
  5. Siap dan hidangkan bersama nasi.
Kredit Resepi #amirahinthekitchen / The Makan

Saturday, June 5, 2021

Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri

Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri
Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri

Resepi Ayam Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan A: Perap 1 jam

  • 1 ekor ayam – dipotong dan dibersihkan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap lemak manis
Bahan B: Menumis
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji cengkih
  • 3 biji pelaga
Bahan C: Kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 7 tangkai cili kering – buang biji dan rendam air panas
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
Bahan D: Lain-lain bahan
  • 2 sudu makan gula merah
  • 2 sudu makan maggi cukup rasa
  • 2 sudu besar kerisik
  • kicap lemak manis ikut kesesuaian rasa
  • 1/2 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil air panas
  • 2 senduk minyak untuk menumis
Cara Memasak:

1. Panaskan dua senduk minyak, tumiskan bahan B hingga naik bau. Masukkan bahan kisar C dan tumis lagi hingga pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan bahan A iaitu ayam yang telah diperap tadi, kacau hingga sebati. Biarkan bahan masak sebentar.

3. Akhir sekali, Letak bahan D dan rasa masakan secukup rasa. Masak hingga sedikit pekat dan pecah minyak, tutup api. Sedia untuk dinikmati dengan apa-apa jenis nasi, memang sedap.

Resepi Oleh: Julia Aleen Aireish

Wednesday, June 2, 2021

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Pattaya
Resepi Nasi Goreng Pattaya

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Pattaya:
  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
4.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
6.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
7.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:
1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Sunday, May 30, 2021

Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap

Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap
Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap


A. Resepi Ayam Blackpepper Masam Manis

1. 2 keping dada ayam dicincang kecil lalu diperap seketika dengan bahan di bawah:
  • secubit dua serbuk lada hitam ajino-shio
  • secubit lada sulah
  • secubit perisa Hilal @ secukup rasa
  • secubit garam
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan dua keping halia. Goreng sehingga isi ayam separa masak. Kemudian perasakan dengan:
  • 1/2 sudu besar stok bawang putih goreng
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 sudu kecil kicap ikan
  • 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap Jalen pekat
3. Kuatkan api untuk menghasilkan aroma ‘smokey’ sambil ayam dikacau. Selepas dua tiga minit bolehlah ditutup api.

B. Resepi Telur Dadar Melting

1. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan:
  • secubit dua serbuk lada hitam ajino-shio
  • secubit lada sulah
  • secubit perisa Hilal @ secukup rasa
  • secubit garam
  • secubit kiub pati Ayam Maggi
2. Panaskan sedikit minyak dalam pan. Kemudian tuang telur dadar tadi. Angkat selepas masak. Gulung telur, kemudian hiris nipis bulat.

C. Resepi Kuah Hailam

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan:

  • dua tiga cubit serbuk lada sulah
  • dua tiga cubit serbuk lada hitam ajino-shio
3. Masukkan secawan kecil air. Masukkan pula sedikit kubis bunga dan carrot.
4. Perasakan dengan secubit dua kiub Maggi. Tambahkan lagi sedikit serbuk lada sulah, perasa Hilal.
5. Kemudian tambahkan agen pemekat iaitu air campuran tepung jagung (suku gelas air + 1/2 sudu besar tepung jagung).
6. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam sebelum ditutup apinya.


D. Resepi Nasi Goreng Belacan

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis 2 ulas bawang putih yang dicincang halus dan 1/2 biji bawang merah dimayang sehingga wangi.
2. Tambahkan 1 sudu besar udang kering. Kemudian masukkan 1/2 inci belacan bakar yang dilenyek dalam lesung. Boleh tambah sedikit air untuk sebatikan belacan.
3. Perasakan dengan;

  • Sedikit kicap ikan
  • Setitik dua minyak bijan
  • Secubit dua serbuk lada hitam Aji-Shio
  • Secubit dua perasa Hilal
  • Secubit dua serbuk lada sulah
4. Sedia untuk dimasukkan nasi sebanyak 4 sudip. Kacau sehingga garing. Masukkan juga 1/3 sudu kecil gula untuk menyeimbangkan rasa.
5. Tutup api selepas lima enam minit. Masukkan nasi ke dalam mangkuk untuk dibentukkan.


E. Cara penyediaan lengkap Nasi Goreng Belacan Tersedap
1. Susun Ayam Blackpepper Masam Manis atas sekeping daun salad, timun batang.
2. Letakkan Telur Dadar Melting, buah mangga susu disagat, potongan kacang panjang, hirisan bawang Holland & merah.
3. Bentukkan nasi ditengah-tengah pinggan.Hiaskan dengan sedikit daun bawang & ketumbar serta bawang goreng.
4. Sendukkan kuah Hailam. Akhir sekali potongan cili padi merah & hijau. Siap.

Resepi Oleh: Afy AL Habibi

Saturday, May 29, 2021

Resepi Sambal Geprek Paling Sedap

Resepi Sambal Geprek Paling Sedap
 Resepi Sambal Geprek Paling Sedap

Bahan-Bahan Resepi Sambal Geprek Paling Sedap:
  • Cili padi
  • Cili besar (dicincang kasar)
  • Bawang putih
  • Kacang gajus
  • Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya:
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung. Masukkan cili besar.
2. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew. Gaul rata.
3. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. Selamat mencuba semua.

Nota: Geprek bermaksud lenyek atau tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit:

Bahan Ayam Kunyit:

  • 100 gm isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
  • Sedikit hirisan kacang buncis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 ulas bawang merah
  • Sedikit hirisan cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
Bahan Nasi:
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, goreng isi ayam yang telah dilumur tadi hingga garing. Angkat ketepikan
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang buncis. Gaul sampai rata.
  4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan sedikit sos tiram, perasakan.
  5. Setelah agak masak, angkat dan asingkan.
  6. Untuk masak nasi, panaskan minyak kemudian pecahkan telur dan hancurkan.
  7. Masukkan nasi, letak sedikit sos tiram. Gaul sampai rata
  8. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam kunyit

Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan

Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan
Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan

Bahan-bahan Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan

Nasi
  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air
Sup Tulang
  • 2 liter air (kalo nk lebih sup lebihkan air)
  • 500 gm daging lembu
  • 1 kg tulang lembu
  • 2 pek Rempah sup tulang bunjut
  • 2 inci halia ketuk @ hiris halus
  • Beberapa tangkai akar ketumbar
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 senduk sos ikan
  • 1 senduk kicap pekat (kalo x suka hitam bole kurangkan)
Bahan Aksesori (optional)
  • Kacang tumbuk
  • Lobak masin
  • Serbuk cili
  • Ikan bilis
  • Daging rebus yg dipotong kecil
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Telur masin
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • Cili jeruk
Langkah penyediaan
  1. Masak nasi macam biasa cuma lebihkan air supaya nasi jadi lembik macam bubur
  2. Untuk sup, rebus tulang dan daging sampai empuk. Bila dah empuk boleh keluarkan daging dan masuk rencah sup mcm biasa. Senang je campak semua dalam periuk tunggu hingga mendidih dan boleh perasakan dengan garam dan gula
  3. Nasi dengan sup dah siap, boleh hidang dengan aksesori pilihan. Lagi banyak aksesori lagi sedap tapi antara bahan wajib ialah kacang tumbuk, serbuk cili, limau nipis, lobak asin dan ikan bilis selain ayam carik @ daging
Credit : Lynn Hasman COOKPAD

Friday, January 22, 2021

Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Goreng Kampung

Ramuan Resepi Nasi Goreng Kampung
  • 2-4 orang
  • 2 biji bawang kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili padi*
  • 2 batang cili hijau*
  • 1 sdb belacan*
  • Sedikit ikan bilis*
  • 1 mangkuk kecil isi ayam (potong kecil)
  • 3 mangkuk kecil nasi
  • 1 ikat kangkung
  • Sedikit sos ikan
  • Ikan bilis goreng
Langkah
  1. Tumbuk kasar bahan-bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga keperangan.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Biarkan sedikit garing.
  4. Masukkan nasi & sayur kangkung. Kacau rata.
  5. Masukkan pula sos ikan sebagai perasa. Kacau rata.
  6. Tutup api. Taburkan dengan ikan bilis goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, January 15, 2021

Resepi Nasi Ayam Mudah

Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam Mudah:

Bahan untuk ayam (direbus) :

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam
Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
  5. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Wednesday, January 13, 2021

Resepi Rendang Ayam

Resepi Rendang Ayam
Resepi Rendang Ayam

Bahan-Bahan Resepi Rendang Ayam: (5-6 orang)
  • 5-6 ketul ayam
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 7 biji cili padi
  • 3-4 batang serai – dititik
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar gula Melaka
  • 1 mangkuk santan
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • Garam dan gula
Cara Memasak:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai.
3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam.
4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.
5. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat.

Sunday, January 10, 2021

Resepi Nasi Goreng Nenas

Resepi Nasi Goreng Nenas
Resepi Nasi Goreng Nenas

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Nenas: (Serves 2-3)
  • 3 cawan nasi semalam, dileraikan
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang serai, hiris
  • 1 kiub tom yam “Maggi” – akk guna paste tomyam
  • 6 ekor udang dibersihkan
  • 2 sdm sotong dihiris – akk tambah
  • 1/2 cawan hirisan daging batang pinang – akk gantikan ayam
  • 1/2 cawan nenas madu, yang telah dipotong kiub
  • 6 biji cili padi, dititik
  • 1 camca besar sos cili thai
  • Sos ikan secukup rasa (kalau tak de guna je garam)
  • 1/4 cawan gajus, digorang
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
Cara Membuat:
1. Panaskkan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi hingga harum, masukkan kiub tom yam (hancurkan) bersama-sama daging/ayam kacau rata dan tambah sedikit air. Bila daging/ayam lembut, masukkan sos cili thai dan udang, sotong kacau rata.

2. Masukkan nenas, kacau dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, dan kacau rata. Tambah nasi dan gaul, goreng dengan api besar. Tambah sedikit sos ikan dan rasa, jika perlu tambah lagi. Bila nasi kelihatan sedikit kering, boleh matikan api.

3. Alih dalam bekas sesuai dan hias dengan taburan daun bawang, bawang goreng dan kacang gajus tadi. Hidangkan panas-panas.

Sumber: Masterchef Che @ Mat Gebu
Dicuba Oleh: Keroroyz Royz

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Gulai Nasi Kak Wok ( Gulai Keropeh)

Resepi Gulai Nasi Kak Wok
Resepi Gulai Nasi Kak Wok

Bahan-bahan Resepi Gulai Nasi Kak Wok ( Gulai Keropeh)
  • 2 mangkuk keropeh ayam (campuran kaki, sayap,hati, pedal dan tulang ayam)
  • Rempah ratus secukupnya - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga)
  • Santan dari sebiji kelapa
  • 2 biji cili hijau - dihiris
  • 2 biji terung - dipotong kecil
  • 2 biji lobak merah - dipotong kecil
  • 3 batang kacang panjang - dipotong kecil
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • 1 peket kecil rempah kari ayam Adabi / Baba's dicampur sedikit air
  • Sedikit gula melaka
  • Air asam jawa secukupnya
  • Gula dan garam secukupnya
Bahan Dimayang/dikisar kasar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5-8 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan rempah ratus dan gorenglan seketika.
  3. Masukkan bahan yang dimayang , goreng hingga wangi dan agak garing.
  4. Kemudian, masukkan rempah kari, masak hingga pecah minyak dengan api sederhana.
  5. Seterusnya, masukkan keropeh ayam, tutupkan periuk, kecilkan api. Balik-balikkan dan biarkan seketika.
  6. Masukkan santan, sedikit air asam jawa, cili hijau, terung, lobak,kacang panjang berserta garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak sehingga keropeh ayam empuk.
  8. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih, hirisan timun, ayam goreng bersama sambal belacan.

Resepi Nasi Tomato Mudah

Resepi Nasi Tomato Mudah
Resepi Nasi Tomato Mudah

Bahan-bahan Resepi Nasi Tomato Mudah
  • 5 cawan Beras - cuci dan toskan
  • ½ cawan Susu cair
  • 4 biji Tomato Cincang
  • ½ cawan Sos Tomato
  • 2 sudu besar Majerin / Minyak Sapi
  • 5 sudu teh Minyak
  • Garam secukup ras
  • 5 cawan Air (ikut sukatan beras)
  • Daun pandan disimpul / Daun sup dicincang

Bahan Tumis
  • 3 biji Bawang putih (dihiris)
  • 5 biji Bawang merah (dihiris)
  • 1 inci Halia(dikisar)
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 biji Bunga lawang
Cara penyediaan :-
  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.
  2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
  4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.
  5. Sedia untuk dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.

Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap

Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap
Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap
  • 5 cawan nasi - seeloknya gunakan nasi yang telah disejukkan semalam
  • 2 ekor sotong saiz sederhana - dihiris nipis
  • 2 ketul bahagian dada ayam - ambil isinya
  • 15 ekor udang sederhana saiz
  • 3 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar perencah tomyam
  • 1 genggam sayur campur
  • daun ketumbar sebagai hiasan
  • minyak masak secukupnya
  • bahan perasa secukupnya
Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut,cili padi,sayur campur dan tumiskan hingga naik bau.
  3. Kemudian,masukkan ayam,udang,sotong dan goreng hingga separuh masak.
  4. Masukkan pula perencah tomyam dan telur dan tunggu hingga telur separuh masak.
  5. Masukkan nasi serta bahan perasa dan gaulkan hingga sebati.
  6. Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Resepi Ayam Goreng Kicap Sedap

Resepi Ayam Goreng Kicap Sedap
Resepi Ayam Goreng Kicap Sedap

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Kicap Sedap
  • ½ kg ekor ayam *dilumur garam dan kunyit
  • 1 biji bawang besar *dihiris kecil
  • 1 biji cili solok *dihiris kecil
  • 34 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar cuka
Bahan Tumbuk
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 12 inci halia
  • 1 tangkai cili hijau (3-4 biji) boleh guna cili kering kisar jika tiada cili hijau
Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan minyak lebihan menggoreng ayam tadi dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap dan cuka secukupnya. Kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar, cili hijau hiris dan ayam goreng.
  5. Kacau rata supaya sebati ayam dengan bahan bahan kicap tadi.
  6. Bolehlah diangkat dan sedia dihidang bersama nasi putih panas.

Monday, December 28, 2020

Resepi Ayam Masak Merah Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Sedap
Resepi Ayam Masak Merah Sedap

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Merah Sedap
  • 1 ekor Ayam
  • 1 labu Bawang besar (dipotong)
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit

Bahan B

  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 2 inci halia- (dikisar)
  • 3 ulas bawang besar (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 4 biji tomato (dipotong)
Cara penyediaan :
  1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
  4. Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
  5. Gaulkan sehingga sebati sehingga masak
  6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes