RESEPI HOT!

Friday, May 26, 2017

Resepi Puding Gula Hangus

Resepi Puding Gula Hangus
Resepi Puding Gula Hangus
Bahan-bahannya Resepi Puding Gula Hangus :
 
Untuk puding:
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 sudu besar gula

Untuk Karemel:
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas


Cara-cara nak buat:

(karemel)
1. Panaskan gula dalam kuali hingga cair dan agak kekuningan (jangan pucat sangat atau hangus sangat)
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit (hati-hati sebab campuran ni akan memercik sikit)
3. Kacau sekejap hingga menggelegak dan sebati
4. masukkan dalam loyang pengukus dan sejukkan (bila suam-suam buleh masukkan dalam freezer kejap supaya cepat keras)

(puding)
Panaskan air dalam pengukus
1. Masukkan susu, telur, gula dan asen vanila dalam blender dan putar sekejap je hingga sebati.
2. Tuangkan campuran puding ni perlahan-lahan kedalam loyang pengukus yang berisi karemel tadi
3. kukus selama 15 ke 20 minit
4. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan (jika ada air atas puding tadi serap air guna tisu dapur yg kita guna untuk toskan minyak tu)
5. Terbalikkan Puding atas pingan dan boleh dihidang

Share this:

6 comments :

  1. 10 telur=1 tin susu
    4 telur=1/2 tin susu shj..resipi xbetul

    ReplyDelete
  2. saya buat ikut resipi di atas.. 4 telur dn satu tin susu, ok jer. dah buat hampir 10 kali. menjadi dan sedap sentiasa.

    ReplyDelete
  3. Hari ni baru nak try buat.. Tq admin bagi resipi..

    ReplyDelete
  4. Saya buat ikut resepi sis terima kasih ya.. tapi I tapis supaya tak berbubble

    ReplyDelete
  5. Saya dah buat ikut resepi memang menjadi...tq admin bagi resepi

    ReplyDelete

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes