RESEPI HOT!

Sunday, May 28, 2017

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple
Resepi Nasi Goreng Kampung Simple
Bahan-bahan
  • 3 cawan nasi sejuk di peroikan
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kicap manis
  • garam secukupnya

Bahan tumbuk
 
  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara masak nasi goreng kampung
  1. Tumbuk semua bahan tumbuk. Sebaiknya bahan ni di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil di gaul, tambahkan kecap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  9. Nasi goreng kampung siap dihidangkan.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes