RESEPI HOT!

Tuesday, December 26, 2017

Resepi Nasi Goreng Belacan Ala Thai

Nasi Goreng Belacan Ala Thai
Nasi Goreng Belacan Ala Thai

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan nasi
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 sudu teh udang kering (dikisar)
  • 1 sudu teh kacang panjang }
  • 1 sudu teh bawang merah }
  • 1 sudu teh mangga muda } di potong halus
  • 1 sudu teh cili padi }
  • 1 sudu teh timun }
  • 100 gram isi ayam
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 biji telur
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat:
  1. Goreng telur yang telah dipukul hingga sebati hingga kuning keemasan. Potong halus telur dadar tadi. Ketepikan.
  2. Goreng nasi dengan belacan, udang kering dan kacang panjang. Ketepikan seketika.
  3. Goreng bawang merah, mangga muda, cili padi dan timun. Ketepikan seketika.
  4. Goreng bahan selebihnya selama lima minit. Hidangkan kesemua bahan yang digoreng dalam satu pinggan.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes