RESEPI HOT!
Showing posts sorted by date for query sotong. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query sotong. Sort by relevance Show all posts

Thursday, August 26, 2021

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan
Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Bahan-Bahan Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan:
  • Telur rebus dulu jangan lama-lama sangat rebus, nanti telurnya keras
  • Cili kering dalam segenggam lebih, ni tak pedas sangat, budak-budak pun leh makan. Tapi bergantung jugak jenis cili yang diguna
  • Bawang besar 3 biji, sambal tumis sedap bawang lebih
  • Bawang putih 5 ulas
  • Belacan lebih kurang besar setengah sudu makan tu, akak paling suka guna belacan kampung, gambar beca jenama Adad
  • Asam keping atau air asam jawa pekat
  • Gula ni wajib, nak guna gula merah boleh kalo memang ada kat rumah, kalo tak de boleh je guna gula pasir. Akak ni pun guna gula pasir je, yang penting tumisan kita tu kena betul-betul garing.
  • Garam dan perisa macam biasa
Cara Masak:
1. Telur yang siap rebus tu, kopek cantik-catik. Cara nak dapat kulit telur cantik tak melekat, kopek bawah air paip mengalir. In shaa Allah, tak lekat.

2. Dah siap kopek, panaskan minyak untuk goreng telur tu kejap. Minyak kena betul-betul panas, masuk telur tu sekejap je 1-2 min bila warna dah perang terus angkat.

3. Kalo minyak tak panas betul, telur akan serap minyak tu nanti. Tujuan goreng telur tu untuk sambal nanti cantik bersalut kat telur dan sambal telur pun tak mudah basi.

4. Ok, dah siap goreng semua ketepikan dulu. Sediakan blender, blend cili kering, bawang putih, belacan dan sebiji bawang besar. Yang lagi dua biji tu hiris-hiris je ye, tak yah masuk blender. Air jangan banyak-banyak, cili kering dah lembut pun.

5. Siap blend, panaskan minyak untuk menumis sambal. Minyak goreng telur tadi cedok je, minyak kena lebih, ni penting untuk lada betul-betul garing dan tak mudah hangus. Takpe, nanti minyak yang timbul boleh keluarkan balik.

6. Tumis dulu bawang hiris tu, bila dah layu je bawang tu terus masuk bahan blender. Goreng sampai lada garing, api sederhana, tutup lah kuali tu, kalo tak habis mercik kena muka nanti.

7. Godak-godak selalu sampai lada tu jadi merah merun garing. Bila dah garing masukkan asam keping atau air asam tadi. Kemudian gula, kuantiti ikut selera masing-masing. Kalo akak memang manis sikit sambalnya.

8. Kacau sampai gula tu melting atau cair dalam sambal tu. Nanti warna akan bertukar terus jadi kegelapan, bukan gelap sebab hangus ye.

9. Time ni minyak akan timbul semua, jadi kalo nampak macam terover banyak, guna senduk kluarkan, minyak tu boleh guna balik untuk goreng nasi ke, tumis-tumis sayur ke.

10. Tambah garam dan perisa secukupnya, bila sambal dah cukup sedap, masukkan telur. Gaul ratakan sambal dengan telur, biarkan 2-3 minit, siap dah! boleh hidangkan. Cara ni boleh je nak buat sambal ikan, sambal udang, sotong, atau sambal ikan bilis untuk nasi lemak, sama je caranya.

Resepi Oleh: Nor Haidah Md Said

Saturday, July 31, 2021

Resepi Kuey Teow Sup Thailand

Resepi Kuey Teow Sup Thailand
Resepi Kuey Teow Sup Thailand

Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Sup Thailand:

Bahan kuah:

  • 1 ekor ayam
  • Kicap sotong
  • Kicap cair
  • Lada hitam (ditumbuk halus)
  • Lada sulah
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • Akar ketumbar
  • 1 ketul kiub ayam
  • garam
  • perencah
  • gula
Bahan hiasan:
  • Kuey teow
  • Taugeh (dicelur)
  • Kangkung/sawi celur
  • Kacang tumbuk *optional
  • Lobak masin (dicelur)
  • Ayam/daging/perut (diracik halus)
  • Serbuk cili kisar
  • Cili jeruk
  • Daun ketumbar
Cara-cara:
  1. Didih kan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam,lada sulah dan lada hitam
  2. Sementara menunggu ia untuk mendidih, tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi.
  3. Perasakan bersama garam, gula dan perencah.
  4. Tunggu ayam lembut sedikit.
  5. Kemudian, keluarkan ayam untuk diracik isinya.
  6. Boleh hidangkan bersama bahan hiasan.

Friday, July 30, 2021

Resepi Kerabu Maggi Thai Viral

CARA BUAT KERABU MAGGI PALING KAW!

BAHAN-BAHANNYA;

  • 3 bungkus Maggie Thai/Siam
  • 1 biji buah tomato-hiris
  • 1/2 labu bawang besar- guna bawang besar Holland
  • Sejengkal batang celery
  • Segenggam daun ketumbar
  • 1 biji cili merah besar
  • 1 sudu sos ikan-jika suka
  • 1 sudu air asam limau-jika suka
  • 2 peket rempah maggie siam – (yang ada dalam peket maggie tu, 1 lagi tak dipakai).
Bahan Lauknya: 
  • Sotong, Udang, Fish cake, Crab stick, Fish ball
Resepi Kerabu Maggi Thai Viral

CARA-CARANYA:

1. Panaskan air untuk merebus bahan lauk dan mee segera.

2. Masukkan 1 peket rempah mee segera. Tunggu hingga menggelegak.

3. Masukkan seafood. Udang dahulu baru fish cake. Sebentar sahaja. Bila dah mengerekot, terus angkat. Kalau sotong, jangan rebus bersama dengan udang, rebus sejenis-sejenis…jangan main lebur jer tau..kadar masak dia berbeza.

4. Keluarkan seafood.

5. Dalam periuk rebusan yang sama, masukkan mee segera.

6. Dah lembut, keluarkan. Masukkan dalam mangkuk besar untuk menggaul kerabu. Air rebusan JANGAN DIBUANG!

Siap!


Sumber: Cik Wan Kitchen

Resepi Kerabu Maggi Thai Viral

Wednesday, July 7, 2021

Resepi Pasta Seafood (Marinara)

Resepi Pasta Seafood (Marinara)
Resepi Pasta Seafood (Marinara)

Bahan-bahan Resepi Pasta Seafood (Marinara):
  • 500 g packet Pasta Linguini atau Speghetti
  • 300 g Udang
  • 300 g Sotong
  • 1 kg Kupang
  • 1 biji Bawang besar biasa – dicincang halus
  • 2 ulas Bawang putih – dicincang halus
  • 2 tin Tomato soup
  • 1 tin kecil Tomato Puree
  • 1-2 ketul kiub stok Ikan Bilis
  • 4 helai Daun Bay kering - dikoyak
  • 1/2 sudu kecil herba Thyme
  • 1/2 sudu kecil herba Oregano
  • 1/2 sudu kecil herba Basil
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak Zaitun - menumis
  • Keju Parmesan - tabur bila nak makan
* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri

Cara masak pasta:
  1. Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti.
  2. Apabila air mula mendidih, masukkan spaghetti dan sedikit minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Sekurangnya 7-8 minit.
  3. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. (Boleh juga disiram atau direndam pasta kedalam air sejuk ber-ice supaya pasta tidak berterusan masak)
  4. Setelah ditoskan airnya, letakkan satu sudu besar butter pada pasta yang baru direbus tadi dan digaul rata supaya pasta tak melekat.
Cara Masak Sos Marinara:
  1. Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang, basuh, ditos dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega. Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan bawang putih yang dicincang tadi.
  3. Elakan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  4. Masukkan semua tomato sup, tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra.
  5. Masukkan bay leaf, herba - thyme/basil/oregano serta kiub ikan bilis.
  6. Kacau sos supaya semua bahan cukup sebati. Biarkan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit.
  7. Masukkan sotong/udang/kupang kemudian kacau semua bahan.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sos.
  9. Apabila sos sudah menjadi mesra dan pekat, matikan api. Kuah tomato mestilah ada perasa seimbang masam dan manis.
  10. Hidang pasta Marinara dengan sos seafood ini bersama parutan keju parmesan bila dihidang.

Resepi Shell Out Homemade

Resepi Shell Out Homemade
Resepi Shell Out Homemade

Bahan-bahan Resepi Shell Out Homemade:
  • Ketam, Sotong, Udang, Lala etc. disiang, dicuci dan tos.
  • Sayur broccoli, jagung (optional, potong dan direbus dahulu), bunga kobis etc. dipotong dan ketepikan.
  • 2 biji Bawang besar *
  • 1 gengam Cili kering *
  • 3 ulas Bawang putih *
  • 2 sudu serbuk Kari daging
  • Minyak secukupnya
  • Garam, gula, perasa secukupnya
Cara-caranya:
  1. Blend bahan *
  2. Panaskan minyak sedikit & masukkan bahan yang blend tadi.
  3. Tunggu sambal naik minyak masukkan rempah kari daging dan kacau sehingga kuahnya pekat.
  4. Seterusnya, masukkan gula, garam & perisa secukupnya.
  5. Masukkan ketam. Gaul rata Ketam. (akan keluarkan air)
  6. Masukkan sotong. Gaul rata Sotong. (akan keluarkan air)
  7. Tunggu 5minit dan masukkan lala . Gaul rata Lala.
  8. Akhirnya sekali masukkan udang, bunga kobis & brokoli & gaul rata.
(**Optional) Kalau ada jagung rebus boleh dipotong dan masukkan sekali.

Resepi Kredit Nur Syafiqin.

Thursday, June 3, 2021

Resepi Kuey Teow Kantonis

Resepi Kuey Teow Kantonis
Resepi Kuey Teow Kantonis

Bahan-Bahan Resepi Kuey Teow Kantonis:
  • 1 pkt Kuey Teow ( dicelur/digoreng sebentar dengan kicap)
  • isi ayam, udang dan sotong
  • 2 keping fish cake dipotong nipis
  • 1/2 biji lobak merah dibelah dua dan potong menyerong
  • 2 tangkai sawi ( dipotong )
  • sedikit kobis ( dihiris halus )
  • 3 biji telur dipukul
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1500ml air
  • 1 sudu teh lada sulah
Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih sampai garing, masukan air sebanyak 1500ml.

2. Masukan lobak merah, isi ayam, udang, sotong dan fish cake. Biarkan sampai mendidih.

3. Bila dah mendidih, masukkan sos tiram, lada sulah, tepung jagung dan telur.

4. Kacau perlahan-lahan supaya telur dan tepung tidak berketul-ketul.

5. Masukkaan sayur sawi, kobis, minyak bijan, garam dan gula secukup rasa.

6. Letakkan kuey teow atas pinggan dan curahkan kuahnya. Hidangkan.

Monday, April 26, 2021

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP

RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP
RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP

BAHAN - BAHAN RESEPI SAMBAL SOTONG SEDAP
  • Sotong dibersihkan
  • Bawang besar dipotong bulat
BAHAN TUMIS
  • Bawang merah di blend
  • Bawang putih diblend
  • Cili kisar
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Secukup rasa
  • Sedikit kicap manis utk mencantikkan sambal
CARA - CARA MEMASAKNYA
1. Tumis bahan kisar,masukkan cili kisar,tumis hingga garing,
2. masukkan pes asam jawa,garam gula secukup rasa,
3. masukkan bawang yang dipotong bulat,masukkan sedikit kicap manis ,
4. last masukkan sotong dan kacau sehingga masak.
5. Siap.

Kredit / Sumber Resepi : Rosehayatie

Tuesday, April 20, 2021

Resepi Tomyam Putih Thai

Resepi Tomyam Putih Thai
Resepi Tomyam Putih Thai

Bahan-Bahan Resepi Tomyam Putih Thai:
  • 1 liter air sahaja untuk kuantiti ini.
  • 300 gram udang
  • 300 gram sotong
  • 1 biji tomato saiz M + 1 biji bawang merah saiz 20 sen lama dikisar dengan sedikit air untuk pes.
  • 1 akar daun ketumbar dihiris
  • 3-4 batang daun ketumbar dihiris
  • 3-4 keping lengkuas diketuk
  • 4 helai daun asam limau purut
  • 3 batang serai saiz kecil dipotong pendek
  • 1 biji tomato M dibelah 8
  • 2 cili burung Thai diketuk (nak pedas lebihkan)
  • 1/2 biji asam limau untuk diperah
  • 1/2 cili hijau besar (pilihan)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 sudu makan Sos ikan
  • Serbuk perasa
Cara Masak:
1. Masukkan 1 liter air, bahan kisar bersama daun limau purut, potongan serai, bawang besar dan lengkuas. Tutup periuk dan biarkan mendidih pada api besar.

2. Masukkan sotong, udang, potongan cili, cili pedas yang diketuk, dan hirisan tomato. Tambah 3 sudu makan sos ikan.

3. Bila dah mendidih masak lauk, masukkan serbuk perasa, gula secubit bagi sedap. Perahkan asam limau nipis dan tambah lagi daun ketumbar.

4. Rasa dan bila dah sedap pada tekak, siap dah. Kena ada rasa utama masam pedas dan daripada lengkuas, limau purut, ketumbar, dan serai. Sedap hirup oiii…

Resepi Oleh: Ben Safwan

Monday, April 19, 2021

Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api

Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api
Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api:
  • 6 ekor sotong
  • 4 ekor ikan mambung – direbus & ambil isinya
  • 2 Ulas bawang putih
  • 5 Ulas bawang merah
  • 3 batang Serai
  • 10 biji cili padi merah dan hijau
  • 1 Inci kunyit hidup 1 inci
  • 1 Keping Asam keping
  • 4 Helai daun kunyit
  • 1 mangkuk pati santan
  • Garam
  • Gula
Cara Memasak:
1. Basuh sotong, selawat dan toskan airnya.

2. 4 ekor ikan mambung direbus 5 minit dan ambil isinya sahaja. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih.

3. Isi ikan yang telah ditumbuk tadi digaul bersama dengan sedikit garam.

4. Sumbat isi ikan ke dalam sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya isinya tak keluar.

5. Panaskan peiruk, masak sotong selama 10 minit dan tambahkan sedikit air. Masukkan gula dan garam secukup rasa, asam keping serta masukkan santan.

6. Kacau pada api yang perlahan. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang diracik halus. Masak seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Boy Es Zu’echa – MAHN

Resepi Nasi Goreng Seafood

Resepi Nasi Goreng Seafood
Resepi Nasi Goreng Seafood

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Seafood:
  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)
Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.

4. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.

5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Sunday, February 7, 2021

Resepi Singgang Sotong

Resepi Singgang Sotong
Resepi Singgang Sotong

Bahan-Bahan Resepi Singgang Sotong:
  • 200 grm sotong
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 sk garam
  • 3 cawan air
Cara-Cara:
  1. Masukkan serai, cili padi,bawang merah dan putih serta halia kedalam air. Biar mendidih.
  2. Masukkan sotong dan daun limau purut..Kacau.Bila da mendidih Masukkan tomato. Perasakan dengan garam.
  3. Kacau sehingga semua masak. Siap.
Credit : Asz Haniey COOKPAD

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Bahan-Bahan Resepi Sotong Goreng Kunyit:
  • 200 gm sotong
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 bijj bawang holland
  • 1 sk garam
Cara-Cara:
  1. Goreng sotong tanpa minyak. Kemudian masukkan serbuk kunyit. Tidak perlu masukkan air dan minyak.
  2. Kacau sehingga sotong mengeluarkan airnye sendiri.
  3. Apabila air sotong hampir kering masukkan minyak sedikit. Kemudian masuk semua bahan cili dan bawang serta perasakan dengan garam. Kacau sehinnga sebati. Siap.

Thursday, February 4, 2021

Resepi Ketupat Sotong Sedap!

Resepi Ketupat Sotong Sedap!

Bahan-bahan Resepi Ketupat Sotong Sedap!
  • 5 ekor sotong saiz sederhana-dibersihkan
  • 2 helai daun pandan
  • 1 keping gula melaka
  • 1/2 cawan santan
  • 2 cawan beras pulut
Langkah penyediaan
  1. Beras pulut direndam selama 1 jam
  2. Sumbatkan pulut tadi ke dalam perut sotong. Cucuk lidi utk lekatkan kepala sotong.
  3. Letak sotong, daun pandan dan gula melaka ke dlm periuk.
  4. Tuang kan santan, air sedikit dan garam secubit. Reneh sehingga pulut dan sotong masak sempurna. Siap untuk di hidang.
Credit : Nur Dhunaa AB Maleq COOKPAD

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Resepi Spaghetti Aglio Olio
Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan Resepi Spaghetti Aglio Olio:
  • Spaghetti angel hair
  • Air rebusan
  • Sedikit garam
  • Minyak zaitun
  • 1 sdb mentega
  • Udang dibuang kulit
  • Sotong dipotong kecil
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1/2 sdb serbuk lada hitam
  • 1/2 sdb serbuk cili
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/4 lada benggala didadu
  • 1 biji tomato didadu
  • Serbuk parsley (hiasan)
Langkah Penyediaan
  1. Rebus spaghetti dengan sedikit garam hingga al dente dalam 10-15 minit. Pastikan tidak terlalu lembut supaya spaghetti tidak hancur ketika menggoreng. Angkat dan toskan air. Spaghetti digaul dengan minyak zaitun untuk elak melekat. Simpan sedikit air rebusan.
  2. Panaskan sedikit butter. Tumiskan bawang putih hingga harum.
  3. Masukkan udang dahulu baru masukkan sotong. Tambahkan serbuk lada hitam, serbuk cili kasar dan kiub pati ayam. Gaul sebati.
  4. Tambahkan sayuran pilihan jika suka. Saya tambahkan lada benggala dan tomato. Kemudian masuk spaghetti. Gaul sebati. Jika terlalu kering masukkan sesudu dua kuah rebusan spaghetti tadi. Saya tak letak garam sebab kiub pati ayam dan rebusan spaghetti sudah ada garam. Setelah sebati semua bahan. Tutup api dan hidang dengan parsley.
Credit - Mizzanem COOKPAD

Resepi Sotong Bakar Sos Thai

Ramuan Resepi Sotong Bakar Sos Thai

Bahan Sotong Bakar :
  • 5 ekor Sotong (saiz besar)
  • 1 1/2 sudu besar Jus Lemon
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Madu
  • Secubit Garam
Bahan Sos Thai :
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 10-15 biji Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing2)
  • 1-2 biji Cili Merah
  • 3 sudu besar Jus Lemon
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Sos Ikan
  • 2-3 tangkai Daun Ketumbar (hiris halus)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Langkah penyediaan
  1. Basuh sotong & kelar bahagian badan sotong (jangan sampai putus). Perap dengan semua bahan lain selama 15-30 minit.
  2. Sementara itu, kisar semua bahan2 sos kecuali daun ketumbar, gula & garam. Selepas kisar, perasakan dengan gula & garam secukupnya. Masukkan daun ketumbar & gaul rata.
  3. Bakar sotong hingga masak kemudian letak dalam pinggan & tuang sos ke atas sotong. Siap utk dihidangkan.
Credit : Erna Hezreen Hamzah COOKPAD

Saturday, January 23, 2021

Resepi Kerabu Maggi Tomyam

Resepi Kerabu Maggi Tomyam
Resepi Kerabu Maggi Tomyam

Bahan-bahan Resepi Kerabu Maggi Tomyam
  • 2 paket mee segera Serda Thai perisa tomyam
  • 6 ketul udang
  • Sotong
  • 4 ketul jejari ketam
  • Sedikit sayur bayam
  • Daun ketumbar
  • 3/4 biji bawang holland - dihiris
  • 1 biji tomato - dihiris
  • Cili padi - ditumbuk halus
  • 1 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 1 sdb sos ikan
  • 1 sdb jus limau
Langkah penyediaan
  1. Gunakan mee segera Serda Thai perisa Tomyam. Rebuskan air bersama serbuk perencah hingga mendidih.
  2. Rebuskan udang, sotong dan jejari ketam secara berasingan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan air rebusan yang sama, masukkan mee segera dan sayuran (boleh gunakan sayuran lain). Rebus hingga lembut. Angkat dan toskan.
  4. Tumbuk beberapa cili padi bersama bawang putih hingga lumat. Tambahkan sos ikan dan air limau. Gaulkan sebati.
  5. Masukkan cili yang ditumbuk ke dalam bekas mee segera yang ditoskan tadi. Tambahkan tomato hiris, bahan seafood, daun ketumbar dan bawang holland. Gaulkan sebati.
  6. Masukkan sesudu dua air rebusan tomyam tadi supaya tidak terlalu kering. Sedia untuk dinikmati.
Credit : Mizzanem COOKPAD

Resepi Singgang Sotong

Resepi Singgang sotong
Resepi Singgang sotong

Bahan-bahan Resepi Singgang Sotong
  • Sotong
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 inci halia
  • 2 biji cili padi
  • 2-3 keping asam gelugor
  • 2 cawan air
  • Garam
Langkah penyediaan
  1. Potong sotong ikut citarasa sendiri. Saya tak buang kulit sebab nak bagi kuah nampak effect purple sotong tu.
  2. Serai diketuk. Bawang merah, bawang putih, bawang holland dan halia dipotong. Cili padi dibelah dua. Masukkan semua bahan ni bersama 2 cawan air dan asam gelugor dan masak sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan perasakan dengan garam. Masak sehingga mendidih dengan api besar. Sotong jangan masak lama lama nanti liat sangat. Shiapppp 🥰

Sunday, January 10, 2021

Resepi Nasi Goreng Nenas

Resepi Nasi Goreng Nenas
Resepi Nasi Goreng Nenas

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Nenas: (Serves 2-3)
  • 3 cawan nasi semalam, dileraikan
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang serai, hiris
  • 1 kiub tom yam “Maggi” – akk guna paste tomyam
  • 6 ekor udang dibersihkan
  • 2 sdm sotong dihiris – akk tambah
  • 1/2 cawan hirisan daging batang pinang – akk gantikan ayam
  • 1/2 cawan nenas madu, yang telah dipotong kiub
  • 6 biji cili padi, dititik
  • 1 camca besar sos cili thai
  • Sos ikan secukup rasa (kalau tak de guna je garam)
  • 1/4 cawan gajus, digorang
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
Cara Membuat:
1. Panaskkan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi hingga harum, masukkan kiub tom yam (hancurkan) bersama-sama daging/ayam kacau rata dan tambah sedikit air. Bila daging/ayam lembut, masukkan sos cili thai dan udang, sotong kacau rata.

2. Masukkan nenas, kacau dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, dan kacau rata. Tambah nasi dan gaul, goreng dengan api besar. Tambah sedikit sos ikan dan rasa, jika perlu tambah lagi. Bila nasi kelihatan sedikit kering, boleh matikan api.

3. Alih dalam bekas sesuai dan hias dengan taburan daun bawang, bawang goreng dan kacang gajus tadi. Hidangkan panas-panas.

Sumber: Masterchef Che @ Mat Gebu
Dicuba Oleh: Keroroyz Royz

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap

Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap
Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Tomyam Sedap
  • 5 cawan nasi - seeloknya gunakan nasi yang telah disejukkan semalam
  • 2 ekor sotong saiz sederhana - dihiris nipis
  • 2 ketul bahagian dada ayam - ambil isinya
  • 15 ekor udang sederhana saiz
  • 3 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 batang serai - dihiris nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • 5 biji cili padi - diketuk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar perencah tomyam
  • 1 genggam sayur campur
  • daun ketumbar sebagai hiasan
  • minyak masak secukupnya
  • bahan perasa secukupnya
Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih,bawang merah,serai,daun limau purut,cili padi,sayur campur dan tumiskan hingga naik bau.
  3. Kemudian,masukkan ayam,udang,sotong dan goreng hingga separuh masak.
  4. Masukkan pula perencah tomyam dan telur dan tunggu hingga telur separuh masak.
  5. Masukkan nasi serta bahan perasa dan gaulkan hingga sebati.
  6. Taburkan daun ketumbar dan siap untuk dihidang.

Thursday, December 24, 2020

RESEPI MEE GORENG BASAH

RESEPI MEE GORENG BASAH
RESEPI MEE GORENG BASAH

BAHAN-BAHAN RESEPI MEE GORENG BASAH UNTUK 4 ORANG MAKAN
  • Mee setengah kilo
  • Cili blend 1 senduk (kena banyak.. So cari yang tak pedas la)
  • *cili blend biasa dah siap blend dengan bawang putih dan merah
  • Sawi
  • Sotong/udang/ayam/daging ikut selera masing masing
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Sos cili 1 sudu besar
  • Kicap manis
(bahan bahan ni saya guna.. Kalau nak tambah tauhu blh je)

CARA-CARA MEMASAK :

1. Mula-mula tumis cili blend sampai garing, Macam buat sambal tumis. Cili kena banyak baru kuah pekat cantik…

2. Masukkan ayam/daging. Tunggu sampai ayam masak..tuang kicap, sos tiram dan sos cili.. Tumis lagi sampai pekat.

3. Masukkan sedikit perasa kemudian masukkan mee..gaul rata…masukkan 1 cawan air panas. Baru masukkan sotong dan udang sebab tak nak overcooked..masukkan sawi…

4. Tunggu sampai udang dan sotong masak.

Siap!
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes