RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Kari. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kari. Show all posts

Sunday, June 30, 2024

Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng


Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng

Cara Buat Nasi Kandaq

Bahan-bahan:
  • Beras
  • Daun Pandan
  • Serbuk Kunyit
  • Rempah 3 sekawan
  • Pewarna kuning
  • Mentega



Cara membuat:

  1. Basuh beras dan ketepikan.
  2. Tumis daun pandan, 3sekawan dan serbuk kunyit menggunakan butter. Masukkan garam dan sedikit gula.
  3. Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit untuk naikkan warna.
  4. Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur.
  5. Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker. Masak macam biasa.

Cara Buat Ayam Goreng

  • Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari
  • Sedikit tepung beras
  • Serbuk Cili Kering
  • Serbuk Kari Daging
  • Sedikit Garam

Adun dengan air bahan bancuhan di atas sampai kelikatan yang kita nak, dan boleh salut ayam menyeluruh, then goreng ayam smpai masak.



Kuah Kari Kicap
  • Bawang Besar hiris
  • Bawang Putih hiris
  • Rempah 3 sekawan
  • Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit)
  • Sos cili – 3 sudu

  1. Tumis semua sampai garing dan naik bau. Kemudian bubuh serbuk cili kering, serbuk kari daging.
  2. Kemudian masukkan kentang, tomato, terung dan air. Biarkan sampai mengelegak.
  3. Kemudian masukkan kicap manis (sampai jadi warna kehitaman yang kita nak).
  4. Masukkan juga, gula, garam, sos cili. Sesuaikan rasa sampai dapat rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan pada pendapat saya, kuah untuk Nasi Kandaq kelikatannya janganlah terlalu pekat atau terlalu cair.

Lauk lain
  • Bendi – dicelur sehingga separa layu
  • Telur Masin – direbus sempurna
 
Siap dah Nasi Kandaq

Selamat mencuba!

perkongsian Nur Hidayah.

Tuesday, August 17, 2021

Resepi Kari Kambing

Bahan Utama
  • 1kg kuib daging kambing (beku)
Bahan Kisar
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Bahan-Bahan Lain:
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 3 sudu serbuk cili
  • 1 sudu serbuk garam
  • Air secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Minyak masak
Bahan pes rempah
  • 3 pek kecil rempah kari daging (gaul dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
Kaedah penyediaan
  1. Perap kambing dengan garam dan sedikit pes kari, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali.
  3. Tumis kayu manis, bunga lawang,buah pelaga,bunga lawang
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  5. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  6. Kacau seketika dan masukkan tomato.
  7. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah diperap tadi.
  8. Kacau bersama ubi kentang.
  9. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan serbuk perasa secukupnya.
  10. Kacau sebati,tutup periuk dan biarkan mendidih.
  11. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  12. Siap!

Saturday, May 1, 2021

RESEPI KARI IKAN JENAHAK

RESEPI KARI IKAN JENAHAK
RESEPI KARI IKAN JENAHAK

BAHAN-BAHAN RESEPI KARI IKAN JENAHAK
-Ikan Jenahak
-Bawang putih 7 ulas
-Bawang kecil merah 6 biji
-Halia besar ibu jari
-Santan
-Satu sudu halba campur
-2 biji tomato, bendi dan cili hijau
-Daun kari
-Rempah kari ikan Babas dan serbuk cili
-Satu sudu asam jawa

CARA-CARA NAK MASAK KARI IKAN SEDAP!


1. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan halba campur satu sudu makan
3.Kemudian, masukkan 2 biji tomato
4. Gaul dalam 2 minit kemudian masukkan daun kari
5. Bancuhkan rempah kari ikan Babas
6.Letak air sikit supaya tidak berketul. Kemudian tuang bancuhan rempah dalam tumisan.
7.Dah pecah minyak serbuk kari tadi, masukkan 1 sudu makan serbuk cili Babas.
8. Selepas itu, masukkan 3 cawan air.
9.Bila dah menggelegak, masukkan ikan jenahak yang dah dibasuh bersih.
10. Kemudian, masukkan asam jawa 1 sudu makan.
11. Dah gaul rata, masukkan bendi.
12.Masak selama 10 minit dan masukkan santan.
13.Masak sehingga bendi dan ikan masak, selepas itu masukkan cili besar hijau.
14. Akhir sekali, masukkan garam 1 sudu.
15. Dah siap! Memang terliur nampak tu.

*Sedapnya makan dengan nasi panas-panas!
Sumber: Ameera

Thursday, April 8, 2021

Resepi Kari Udang Bersama Bendi

Resepi Kari Udang Bersama Bendi
Resepi Kari Udang Bersama Bendi

Bahan-bahan Resepi Kari Udang Bersama Bendi:
  • Bendi 10-12 batang Bendi
  • Udang 300 gram(bersaiz sederhana)
  • Daun kari 2 batang
  • Serbuk Kari ikan 3 sudu besar
  • Tomato 1 biji(dibelah 4)
  • Bawang besar ½ biji (dihiris)
  • Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
  • Halia 2 cm(ditumbuk)
  • Cili merah 1 batang
  • Cili hijau 1 batang
  • Air asam jawa 2 sudu besar
  • Air 300-400 liter
  • Santan ½ kotak kecil
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak
P/S: Rempah Kari dibancuh dengan air. Jadikan sebagai pes.

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan daun kari dan bawang merah. Masak sehingga keperangan.
  3. Masukkan rempah kari. Masak sehingga pecah minyak (perlahankan api dan masak rempah dengan betul).
  4. Apabila rempah sudah masak, masukkan asam jawa dan gaul sebati. Biarkan sebentar.
  5. Masukkan udang. Biarkan udang masak seketika.
  6. Masukkan santan yang telah dibancuh dengan air, masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
  7. Masukkan bendi, tomato, cili merah dan cili hijau. Biarkan mereneh dan masak.
  8. Apabila sudah masak, tutup api dan taburkan daun ketumbar jika suka.
  9. Selamat mencuba!
Kredit: Nurul Ateekah

Friday, January 29, 2021

Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan
Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

Bahan-Bahan Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan:
  • Kepala ikan merah @ ikan apa je terpulang (bersih dengan air asam jawa)
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (saya guna rempah kari cap O, dibancuhkan dengan sedikit air jadikan pes)
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 sudu besar halba campur
  • Semangkuk kecil air asam jawa
  • Terung bulat (potong 4)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Cili padi
  • Bendi
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak (kene betul-betul pecah minyak tau).

2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.

3. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kepekatan kuah bergantung pada anda ye, kalau nak cair tambahkan sedikit lagi air, bila dah mendidih masukkan ikan ye. Jangan kacau biar je.

4. Apabila ikan dah hampir masak masukkan bendi dan tomato. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman

Saturday, January 23, 2021

Resepi Kari Ayam Kerisek

Resepi Kari Ayam Kerisek
Resepi Kari Ayam Kerisek

Bahan-bahan Resepi Kari Ayam Kerisek
  • 7 ketul bahagian ayam
  • Separuh bawang holland dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1/2 inci lengkuas dikisar
  • 1 paket kari ayam/ daging, nak pedas, lebihkan
  • 1/2 cawan santan
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula
  • Rempah tumis, saya tak letak kayu manis
  • 2 biji bawang merah dikisar
  • 1 batang pokok daun ketumbar
Langkah penyediaan
  1. Kisar lengkuas, bawang holland, bawang merah dan bawang putih.
  2. Bahan kisar digaul rata bersama serbuk kari.
  3. Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis.Tumis hingga bau harum.
  4. Masukkan ayam dan masak sehingga separuh masak.
  5. Masukkan kentang dan lobak
  6. Masukkan santan cair. Santan 1/2 cawan tu bahagi kepada cair dan pekat. 🤣
  7. Masukkan kerisek dan tuang baki santan. Jaga jaga apinya takut pecah santan, masukkan air asam jawa. Tabur daun ketumbar.Perasakan. 😊
  8. Siap dihidang.
Credit : Nurul Kefftya COOKPAD

Friday, January 22, 2021

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan
Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan


Bahan-bahan Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan
  • Ikan (ikan apa pon boleh)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih *
  • Halia*
  • Daun kari*
  • Halba campur*
  • Cili kering yg dah direbus dan dikisar*
  • Rempah kari babas*
  • Air asam jawa
  • Bendi
  • Tomato.
  • Minyak masak.
  • Gula dan garam secukup rasa.
Cara penyediaan:
  1. Bahan bertanda * wajib ditumis sampai pecah minyak baru letak gula garam dan air asam jawa.

P/s: Petua utk pekatkan kuah, cincang tomato 2 biji dan masukkan masa tumis bawang. Dah agak hancur dan lerai baru masukkan cili dan rempah kari.

Sunday, December 6, 2020

Resepi Kari Kambing

Resepi Kari Kambing
Resepi Kari Kambing

Bahan-bahan Resepi Kari Kambing diperlukan:
  • 1 kg daging kambing
  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 3 tangkai daun kari
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 5 biji kentang (Dipotong 6)
  • 4 cawan santan
  • 2 sudu makan kerisik (Dibancuh dengan air)
  • 1 cawan air
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Potong kecil daging kambing. Basuh daging dan tuskan.
  2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang ditumbuk kasar dan daun kari. Masakkan sehingga wangi dan agak garing.
  3. Masukkan serbuk kari. Masakkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.
  5. Masukkan air dan biarkan sehingga daging lembut.
  6. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga kentang empuk.
  7. Biarkan masak sehingga pecah minyak dan pekat
  8. Sedia dihidangkan

Saturday, April 4, 2020

Resepi Kari Daging

Resepi Kari Daging
Resepi Kari Daging
Bahan-bahan Resepi Kari Daging:
  • 1 Kilo Daging
  • 2 peket Rempah Kari Daging Babas
  • Santan RM4.00
  • 3 sudu Kerisik
  • 2 Tangkai Daun Kari.
  • Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
  • Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
  • Kentang dn Karet jika suka.
Cara-cara:
1. Daging dibasuh bersih dan digaul dgn rempah kari daging dan kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air je udah dlm santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
10. Ok..dah boleh tutup api.

Sunday, February 2, 2020

Resepi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

Resepi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan
Resepi Kari Ikan Tenggiri Tanpa Santan

Ramuan Utama:
  • 6 potong ikan tenggiri (medium sized fish) dicuci sebersihnya & ditos (nak guna ikan lain pun boleh) *saya guna bahagian kepala, isi & ekor ikan (mana-mana bahagian/isi ikan pun boleh)
  • Minyak masak secukupnya (anggaran 5 sudu makan)
  • Air masak/filtered water secukupnya (untuk kepekatan/kecairan kuah, sila adjust kuantiti air)

Bahan Untuk Tumisan Pertama:
  • 1 biji bawang merah besar (medium sized) – dihiris nipis
  • 1 ulas bawang putih – dihiris nipis
  • 1 biji cili api kampung – dihiris kasar
  • 2 tangkai cili kering – dihiris kasar
  • 2 tangkai daun kari (daun dilurut dari tangkai)
  • 1/4 biji tomato – dipotong dadu
  • 1 peket halba campur (beli siap kat kedai)
  • 1 sudu teh biji sawi (dalam peket halba campur dah ada biji sawi, tapi saya tambah lagi sikit)
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis (saiz kecil)

Bahan Kisar halus:
  • 1 1/2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan Lain:
  • 3 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar serbuk cili (nak lagi pedas, boleh letak extra)
  • 6-7 sudu besar (membukit/penuh) rempah kari ikan (nak lagi kick & pekat, boleh letak extra)
  • Garam – sesuaikan ikut taste
  • Gula – sesuaikan ikut taste
  • Bancuhan air asam jawa/pes asam jawa – sesuaikan ikut taste (nak extra masam boleh letak lebih)
  • Ajinomoto – saya tak letak

Sayuran & Dedaunan Pelengkap Aksesori Kuah:
(optional – kalau takda pun takpa tapi nanti kuah macam tak cun pulak)
  • 2 tangkai daun kari (daun dilurut dari tangkai)
  • 1 biji buah tomato – belah 4
  • 6 biji kacang bendi (medium sized) – tak perlu potong
  • 1 biji terung panjang/terung bulat – shape potongan ikut taste
  • 4 biji cili api kampung (warna merah atau hijau pun boleh) – dibelah 2
  • 1 biji cili merah besar – dibelah 2
  • 1 biji cili hijau besar – dibelah 2

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan untuk tumisan pertama sehingga naik bau, garing dan layu warna keperangan (gunakan api kecil supaya tak hangus).
2. Masukkan serbuk kunyit. Gaul rata dan garingkan sekejap. Masukkan bahan kisar halus dan masak sehingga pecah minyak dan sebati dengan bahan lain.
3. Step 2 dah garing, kita masukkan ikan. Gaul rata dengan bahan tumisan dan terus masukkan air (sampai agak-agak ikan tenggelam). Biarkan seketika.
4. Bila ikan dah separuh masak dan kuantiti air nampak berkurangan, kita masukkan pula serbuk cili dan rempah kari ikan. Kacau slowly rata-rata supaya tumisan sebati dengan ikan.
5. Step 4 dah okay, kita keluarkan ikan dari tumisan tadi (proses ini adalah untuk menggaringkan lagi tumisan kari tadi dan tumisan kena sentiasa dikacau. Kalau ada ikan sekali, takut isi ikan hancur).
6. Masak tumisan sampai betul-betul garing dan pekat (texture garing atau dah jadi macam pes). Proses ni kena sentiasa kacau je tumisan tu sebab takut hangit dan berkerak kat dasar periuk/kuali.
7. Lepas tu, masukkan bancuhan air asam jawa/pes asam jawa. Kacau-kacau sikit. Kemudian, barulah curahkan air masak/filtered water. Kuantiti air tu agak-agaklah dan adjust ikut taste masing-masing ya. Masukkan air tu sedikit demi sedikit. Nak pekat, kurangkan air. Nak cair, lebihkan air.
8. Perasakan dengan garam dan gula ikut taste anda. Kita masukkan ikan semula. Kacau rata supaya tumisan sebati dengan ikan. Proses kacau kuah tu kena hati-hati sikit sebab takut isi ikan hancur. Kesian ikan tu nanti. Hihihi.
9. Biarkan mendidih seketika. Kemudian, masukkan sayuran dan dedaunan pilihan;

  • Masukkan terung panjang/terung bulat dulu (sebab terung memerlukan lebih masa untuk lembut).
  • Diikuti dengan kacang bendi (masak hingga kacang bendi lembut).
  • Taburkan daun kari.
  • Lepas tu, masukkan belahan cili api kampung & cili merah besar + hijau tadi.
  • Akhir sekali, campak buah tomato (kena masukkan last sekali sebab buah tomato mudah lembik).

10. Agak-agak kuah dah menggelegak dan rasa semua dah okay, boleh matikan api. Boleh dihidangkan. Selamat mencuba resepi kari ikan tenggiri tanpa santan.

Wednesday, January 1, 2020

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Resepi Kari Ayam Tanpa Santan
Resepi Kari Ayam Tanpa Santan

Bahan Tumis :

Resepi ini untuk 6 ketul ayam

Kayu manis 1 batang kecil,
Bunga lawang 1,
Buah pelaga 2 biji,
Bawang besar 1 biji,
Bawang merah 2 ulas,
Bawang putih 2 ulas,
Halia ½ inch,
(Hiris nipis bawang dan halia).

Bahan Rempah :
3 sudu besar rempah kari daging,
2 sudu besar rempah kari ikan,
1 sudu besar serbuk cili.

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Kalau ingin letak daun kari pun boleh.
  2. Bila bahan tumis sudah masak. Masukkan bahan rempah yang dicampur sedikit air:
  3. Bila rempah sudah masak dan naik bau. Masukkan ayam gaul rata dan biarkan ayam masak (nampak isi sudah putih). Tunggu sehingga naik bau dan rempah masak.
  4. Bila ayam sudah masak, tambah air. Ikut suka kuah pekat macam mana.
  5. Jika kuah hampir mengelegak boleh masukkan garam sesudu kecil dan ¼ sudu besar pes asam jawa.
  6. Kemudian masukkan sayur yang anda suka.
  7. Seterusnya, biarkan kari sampai pecah minyak dan makin pekat.
  8. Akhir sekali perasakan garam dan gula. Siap.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes