RESEPI HOT!
Showing posts sorted by date for query NASI GORENG. Sort by relevance Show all posts
Showing posts sorted by date for query NASI GORENG. Sort by relevance Show all posts

Sunday, June 30, 2024

Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng


Resepi Nasi Kandar, Lengkap Dengan Kari Kicap & Ayam Goreng

Cara Buat Nasi Kandaq

Bahan-bahan:
  • Beras
  • Daun Pandan
  • Serbuk Kunyit
  • Rempah 3 sekawan
  • Pewarna kuning
  • Mentega



Cara membuat:

  1. Basuh beras dan ketepikan.
  2. Tumis daun pandan, 3sekawan dan serbuk kunyit menggunakan butter. Masukkan garam dan sedikit gula.
  3. Jika ada pewarna kuning, boleh letak sedikit untuk naikkan warna.
  4. Kemudian masukkan beras. Masak sebentar di atas dapur.
  5. Kemudian pindahkan ke dalam rice cooker. Masak macam biasa.

Cara Buat Ayam Goreng

  • Tepung serbaguna Pak Lah/Bestari
  • Sedikit tepung beras
  • Serbuk Cili Kering
  • Serbuk Kari Daging
  • Sedikit Garam

Adun dengan air bahan bancuhan di atas sampai kelikatan yang kita nak, dan boleh salut ayam menyeluruh, then goreng ayam smpai masak.



Kuah Kari Kicap
  • Bawang Besar hiris
  • Bawang Putih hiris
  • Rempah 3 sekawan
  • Ketumbar /Jintan Manis (tumbuk sikit)
  • Sos cili – 3 sudu

  1. Tumis semua sampai garing dan naik bau. Kemudian bubuh serbuk cili kering, serbuk kari daging.
  2. Kemudian masukkan kentang, tomato, terung dan air. Biarkan sampai mengelegak.
  3. Kemudian masukkan kicap manis (sampai jadi warna kehitaman yang kita nak).
  4. Masukkan juga, gula, garam, sos cili. Sesuaikan rasa sampai dapat rasa manis-manis kicap dan pedas kari tu. Dan pada pendapat saya, kuah untuk Nasi Kandaq kelikatannya janganlah terlalu pekat atau terlalu cair.

Lauk lain
  • Bendi – dicelur sehingga separa layu
  • Telur Masin – direbus sempurna
 
Siap dah Nasi Kandaq

Selamat mencuba!

perkongsian Nur Hidayah.

Thursday, January 5, 2023

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY
RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

BAHAN UNTUK AYAM:
  • 1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Sedikit air untuk mengisar
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk mengoreng

BAHAN SANGAI TANPA MINYAK:
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar

BAHAN SAMPINGAN LAIN:
  • Tauhu
  • Tempe
CARA MEMASAK:
  1. Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman.
  3. Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  4. Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
  5. Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  6. Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
BAHAN SUP AYAM:
  • Baki air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 inci halia – dihiris
  • Daun sup dan daun bawang – dihiris
  • Bawang goreng
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.
  2. Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.
  3. Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka.
RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

BAHAN SAMBAL PENYET
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah | belah 4
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 5 biji tomato | belah 4
  • 5cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan gula merah
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Limau nipis atau limau kasturi

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
  3. Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.
  4. Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hingga
  5. Perasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.
  6. Perah limau kasturi jika suka.
  7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup.

Kredit resipi & foto: Zira Tag

Monday, December 13, 2021

Resepi Nasi Tomato Hidangan Aildilfitri

Resepi Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato

1) Resepi Nasi Tomato

Bahan-bahan 
Resepi Nasi Tomato
:
  • 3 cawan beras basmathi
  • Air secukupnya – anggaran air 1 cawan beras basmathi ( 1.5 cwn air)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 helai daun pandan
  • 3 sdb tomato puri
  • 3 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
  • Sedikit minyak/marjerin
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
Resepi Nasi Tomato
Resepi Nasi Tomato

Cara-cara:

  1. Beras direndam dalam 30 minit, basuh dan toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang dan halia.
  3. Masukkan 3 sekawan dan daun pandan. Bila dah layu, masukkan tomato puri.
  4. Masukkan beras, susu cair, air secukupnya, kuib pati ayam dan garam.
  5. Transferkan dalam periuk nasi. Biarkan nasi masak
  6. Bila dah kering, kacau sebentar menggunakan garfu.
  7. Taburkan kismis dan bawang goreng.
2) Resepi Ayam Masak Merah Mudah

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cawan cili kisar
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 3 sekawan
  • 2 sdb sos cili
  • 1 sdb sos tiram
  • Air anggaran 1 cawan (kalau nak berluah letak lebih)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 biji bawang besar hiris (hiasan)
  • Daun bawang
  • Kacang peas dalam tin
Resepi Nasi Tomato

Cara-cara:

  1. Ayam digoreng dengan garam kunyit.
  2. Blendkan bahan yang bertanda (*)
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend sampai naik minyak
  4. Masukkan 3 sekawan dan cili kisar. Tumis sampai cili garing.
  5. Masukkn sos cili dan sos tiram.
  6. Masukkn air, garam dan gula. Bila dah mendidih, masukkan ayam dan bawang besar hiris
  7. Boleh masukkan kacang peas jika suka
  8. Hiaskan dengan bawang goreng dan daun bawang.
3) Resepi Acar Nenas Dan Timun Bersunquick

Bahan-bahan:
  • 1/2 biji nenas
  • 1 batang timun
  • 2 biji cili merah
  • 2sdb oren sunquick
  • Garam dan gula

Cara-cara:
Potong nenas dan timun.
Hiris cili.
Gaulkan semua bahan dan siap.

Resepi Nasi Tomato

Mudah sahaja kan nak buat nasi tomato bersama ayam masak merah ini? Hidangan ini sangat sesuai dibuat dan dimakan pada waktu tengahari. Jadi tunggu apa lagi tu? Ayuh kita cuba sekarang!

Kredit: Hidayati.Hana

Wednesday, October 27, 2021

Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai

Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai
Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai

BAHAN-BAHAN Resepi Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai:

Bahan Kisar:
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Serai 3 btg
  • Bawang putih 6 ulas
*Kisar jangan sampai hancur sangat

Bahan Lain:
Sos ikan
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Gula
Air secukupnya

Cara penyediaan:-
  1. Ikan kembung dicuci bersih dan di sapu dengan kunyit dan garam.
  2. Goreng ikan tersebut sehingga masak.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan sos-sos dan gula secukupnya. Gaul rata.
  6. Masukkan sedikit air untuk menghasilkan kuahnya. Agak-agak je.
  7. Biarkan mendidih seketika kemudian masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng tadi.
  8. Gaul sehingga rata dan tutup api.
  9. Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai ini? Sekali buat pasti lepas ni nak buat lagi. Kalau tak berselera, masak je lauk macam ini. Confirm licin nasi seperiuk!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Muza Muzawati Via MAHN

Thursday, August 26, 2021

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan
Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan

Bahan-Bahan Resepi Sambal Telur Negeri Sembilan:
  • Telur rebus dulu jangan lama-lama sangat rebus, nanti telurnya keras
  • Cili kering dalam segenggam lebih, ni tak pedas sangat, budak-budak pun leh makan. Tapi bergantung jugak jenis cili yang diguna
  • Bawang besar 3 biji, sambal tumis sedap bawang lebih
  • Bawang putih 5 ulas
  • Belacan lebih kurang besar setengah sudu makan tu, akak paling suka guna belacan kampung, gambar beca jenama Adad
  • Asam keping atau air asam jawa pekat
  • Gula ni wajib, nak guna gula merah boleh kalo memang ada kat rumah, kalo tak de boleh je guna gula pasir. Akak ni pun guna gula pasir je, yang penting tumisan kita tu kena betul-betul garing.
  • Garam dan perisa macam biasa
Cara Masak:
1. Telur yang siap rebus tu, kopek cantik-catik. Cara nak dapat kulit telur cantik tak melekat, kopek bawah air paip mengalir. In shaa Allah, tak lekat.

2. Dah siap kopek, panaskan minyak untuk goreng telur tu kejap. Minyak kena betul-betul panas, masuk telur tu sekejap je 1-2 min bila warna dah perang terus angkat.

3. Kalo minyak tak panas betul, telur akan serap minyak tu nanti. Tujuan goreng telur tu untuk sambal nanti cantik bersalut kat telur dan sambal telur pun tak mudah basi.

4. Ok, dah siap goreng semua ketepikan dulu. Sediakan blender, blend cili kering, bawang putih, belacan dan sebiji bawang besar. Yang lagi dua biji tu hiris-hiris je ye, tak yah masuk blender. Air jangan banyak-banyak, cili kering dah lembut pun.

5. Siap blend, panaskan minyak untuk menumis sambal. Minyak goreng telur tadi cedok je, minyak kena lebih, ni penting untuk lada betul-betul garing dan tak mudah hangus. Takpe, nanti minyak yang timbul boleh keluarkan balik.

6. Tumis dulu bawang hiris tu, bila dah layu je bawang tu terus masuk bahan blender. Goreng sampai lada garing, api sederhana, tutup lah kuali tu, kalo tak habis mercik kena muka nanti.

7. Godak-godak selalu sampai lada tu jadi merah merun garing. Bila dah garing masukkan asam keping atau air asam tadi. Kemudian gula, kuantiti ikut selera masing-masing. Kalo akak memang manis sikit sambalnya.

8. Kacau sampai gula tu melting atau cair dalam sambal tu. Nanti warna akan bertukar terus jadi kegelapan, bukan gelap sebab hangus ye.

9. Time ni minyak akan timbul semua, jadi kalo nampak macam terover banyak, guna senduk kluarkan, minyak tu boleh guna balik untuk goreng nasi ke, tumis-tumis sayur ke.

10. Tambah garam dan perisa secukupnya, bila sambal dah cukup sedap, masukkan telur. Gaul ratakan sambal dengan telur, biarkan 2-3 minit, siap dah! boleh hidangkan. Cara ni boleh je nak buat sambal ikan, sambal udang, sotong, atau sambal ikan bilis untuk nasi lemak, sama je caranya.

Resepi Oleh: Nor Haidah Md Said

Wednesday, July 7, 2021

Resepi Ayam Masak Tomato

Resepi Ayam Masak Tomato
Resepi Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan Resepi Ayam Masak Tomato :
  • 1 biji bawang besar dibelah 6*goreng
  • 1 biji bawang besar,
  • 3 ulas bawang putih,
  • 1/2 inci halia,
  • 10 tangkai cili kering yang direbus dulu dikisar
  • 6 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato & 2 sudu sos tiram
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • 1 ekor ayam dipotong 12
  • Daun sup di racik
  • Garam, gula & perasa
Cara-caranya:
  1. Goreng ayam (muda-separuh garing).angkat, tos & asingkan. Goreng pula bawang yang dibelah 6 hingga garing. Angkat dan satukan bersama ayam tadi.
  2. Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air. Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.
  4. Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng td. Gaul sebati dan tabur daun sup. Gaul lagi daun sup biar wangi.
  5. Siap dan hidangkan bersama nasi.
Kredit Resepi #amirahinthekitchen / The Makan

Tuesday, June 8, 2021

Resepi Nasi Goreng Kambing

Bahan-Bahan: 3-4 orang makan
  • Nasi 3 cawan (diperoi)
  • Daging kambing 200gram (dipotong dan direbus)
  • Sayur sawi (agak-agak)
  • Telur 3 biji
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Bawang merah 3 biji (dihiris)
  • Cili merah 1 biji (dihiris)
  • Cili kisar 3 sudu besar rata
  • Serbuk perasa 1 sudu besar
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Kicap manis ABC 2 atau 3 sudu besar
Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah, masak sedikit garing.

2. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan telur (pecahkan di dalam kuali) masak sehingga hancur dan sedikit garing.

3. Masukkan daging kambing, serbuk perasa dan serbuk belacan. Kemudian, gaulkan seketika.

4. Masukkan nasi, sayur sawi, cili merah, sos ikan dan kicap manis ABC. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Siap untuk dihidang.

Selamat menjamu selera.

Resepi Oleh: Nurul Ateekah

Wednesday, June 2, 2021

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Pattaya
Resepi Nasi Goreng Pattaya

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Pattaya:
  • Sepinggan nasi putih sejuk
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
  • 1 mangkuk kecil isi ayam
  • 3 sudu besar sayur campur
  • 3 tangkai cili padi diketuk
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil kicap
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 biji telur ayam
  • Garam & kiub ayam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak. Tumis bawang yang diblend hingga naik bau.
3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak.
4.Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa.
6.Masukkan sayur campur & cili padi, kemudian masukkan nasi.
7.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati. Goreng sehingga masak, kemudian angkat.

Proses Membungkus Nasi dengan Telur:
1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter.
3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali.
4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak.
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.

Sunday, May 30, 2021

Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap

Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap
Resepi Nasi Goreng Belacan Mix Tersedap


A. Resepi Ayam Blackpepper Masam Manis

1. 2 keping dada ayam dicincang kecil lalu diperap seketika dengan bahan di bawah:
  • secubit dua serbuk lada hitam ajino-shio
  • secubit lada sulah
  • secubit perisa Hilal @ secukup rasa
  • secubit garam
2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan dua keping halia. Goreng sehingga isi ayam separa masak. Kemudian perasakan dengan:
  • 1/2 sudu besar stok bawang putih goreng
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 1/2 sudu kecil kicap ikan
  • 1/2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap Jalen pekat
3. Kuatkan api untuk menghasilkan aroma ‘smokey’ sambil ayam dikacau. Selepas dua tiga minit bolehlah ditutup api.

B. Resepi Telur Dadar Melting

1. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk. Perasakan dengan:
  • secubit dua serbuk lada hitam ajino-shio
  • secubit lada sulah
  • secubit perisa Hilal @ secukup rasa
  • secubit garam
  • secubit kiub pati Ayam Maggi
2. Panaskan sedikit minyak dalam pan. Kemudian tuang telur dadar tadi. Angkat selepas masak. Gulung telur, kemudian hiris nipis bulat.

C. Resepi Kuah Hailam

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan:

  • dua tiga cubit serbuk lada sulah
  • dua tiga cubit serbuk lada hitam ajino-shio
3. Masukkan secawan kecil air. Masukkan pula sedikit kubis bunga dan carrot.
4. Perasakan dengan secubit dua kiub Maggi. Tambahkan lagi sedikit serbuk lada sulah, perasa Hilal.
5. Kemudian tambahkan agen pemekat iaitu air campuran tepung jagung (suku gelas air + 1/2 sudu besar tepung jagung).
6. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam sebelum ditutup apinya.


D. Resepi Nasi Goreng Belacan

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis 2 ulas bawang putih yang dicincang halus dan 1/2 biji bawang merah dimayang sehingga wangi.
2. Tambahkan 1 sudu besar udang kering. Kemudian masukkan 1/2 inci belacan bakar yang dilenyek dalam lesung. Boleh tambah sedikit air untuk sebatikan belacan.
3. Perasakan dengan;

  • Sedikit kicap ikan
  • Setitik dua minyak bijan
  • Secubit dua serbuk lada hitam Aji-Shio
  • Secubit dua perasa Hilal
  • Secubit dua serbuk lada sulah
4. Sedia untuk dimasukkan nasi sebanyak 4 sudip. Kacau sehingga garing. Masukkan juga 1/3 sudu kecil gula untuk menyeimbangkan rasa.
5. Tutup api selepas lima enam minit. Masukkan nasi ke dalam mangkuk untuk dibentukkan.


E. Cara penyediaan lengkap Nasi Goreng Belacan Tersedap
1. Susun Ayam Blackpepper Masam Manis atas sekeping daun salad, timun batang.
2. Letakkan Telur Dadar Melting, buah mangga susu disagat, potongan kacang panjang, hirisan bawang Holland & merah.
3. Bentukkan nasi ditengah-tengah pinggan.Hiaskan dengan sedikit daun bawang & ketumbar serta bawang goreng.
4. Sendukkan kuah Hailam. Akhir sekali potongan cili padi merah & hijau. Siap.

Resepi Oleh: Afy AL Habibi

Saturday, May 29, 2021

Resepi Sambal Geprek Paling Sedap

Resepi Sambal Geprek Paling Sedap
 Resepi Sambal Geprek Paling Sedap

Bahan-Bahan Resepi Sambal Geprek Paling Sedap:
  • Cili padi
  • Cili besar (dicincang kasar)
  • Bawang putih
  • Kacang gajus
  • Minyak panas bekas goreng ayam
Cara-caranya:
1. Letak cili padi, garam, kacang gajus dan bawang putih ke dalam lesung. Saya guna lesung cobek yang suami beli dari Jogjakarta. Lumatkan lah semua bahan tu guna lesung. Masukkan cili besar.
2. Masukkan pula minyak bekas goreng ayam yang sedang panas. Paling panas direct dari kuali lagi bagus. Supaya sambal tu masak sikit. Takdelah mentah sangat. Perut pun selamat. Gittew. Gaul rata.
3. Masukkan ayam celup tepung yang dah digoreng. Geprek-kan ayam tersebut bersama dengan sambal. Dah siap. Boleh dimakan bersama nasi putih. Fuhh. Memang bertambah ni. Selamat mencuba semua.

Nota: Geprek bermaksud lenyek atau tumbuk dengan perlahan sehingga nipis.

Monday, April 26, 2021

RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH

RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH
 RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH

BAHAN-BAHAN  RESEPI LONTONG DAN KUAH LODEH
  • 1/4 biji kubis
  • 1/4 biji sengkuang - potong panjang
  • 1 batang karot - potong panjang
  • 6 batang kacang panjang
  • 2 biji terung panjang
  • 1 biji kentang - potong 8
  • 2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
  • 1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
  • 1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
  • 2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
  • 2 batang cili merah - hiris
  • 2 batang serai - ketuk
  • 1 cawan udang hidup - buang kulit
  • 2 santan kotak
  • Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih.
2. Masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
3. Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.

Kredit Resepi : Seminit Resepi

Monday, April 19, 2021

Resepi Nasi Goreng Seafood

Resepi Nasi Goreng Seafood
Resepi Nasi Goreng Seafood

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Seafood:
  • 2-3 mangkuk nasi putih
  • 1 biji bawang merah – saiz besar (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit sawi (dipotong)
  • 1 genggam isi kerang
  • 5-6 ekor udang (sederhana besar)
  • 4-5 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar sambal belacan (Ida just guna sambal belacan segera adabi)
  • 1 sudu cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2-3 biji cili padi (jika mahu pedas)
  • Sedikit minyak masak/minyak bijan
  • Garam dan secukup rasa
  • Daun sup dan timun (untuk hiasan)
Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang yang ditumbuk sehingga naik bau.

2. Masukkan sambal belacan, cili giling dan cili padi yang diketuk/hiris. Kacau rata.

3. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi. Selepas itu masukkan isi kerang, sotong dan udang. Biarkan masak seketika.

4. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan sayur, biarkan layu sedikit.

5. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api. Hiaskan dengan daun sup dan timun.

Saturday, April 17, 2021

Resepi Cencaru Sumbat Sambal

Resepi Cencaru Sumbat Sambal
 Resepi Cencaru Sumbat Sambal

Bahan A Resepi Cencaru Sumbat Sambal:
  • 10 ekor ikan cencaru – dibasuh bersih dan digaramkunyitkan.
  • ½ biji buah tomato – diracik kecil
  • 1 sudu besar pati asam jawa XTRA ADABI
  • 2 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar gula putih
  • 4 biji limau kasturi – diambil jusnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis pes sambal dan menggoreng ikan sambal
Bahan B 
Resepi Cencaru Sumbat Sambal:
  • 5 senduk nasi cili kering yang telah dikisar
  • 5 biji cili merah – buang biji
  • 2 biji bawang besar saiz sederhana
  • 6 ulas bawang putih
  • ½ biji buah tomato
  • 2 inci belacan bakar
  • Segenggam ikan bilis yang telah dikopek
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
(Satukan semua bahan B dan diblend tanpa menggunakan air – menggunakan chopper blender)

Cara-caranya:
1. Ikan cencaru dibelah di kedua-dua belakangnya atau sebelah sahaja. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan B dan diblend tanpa menggunakan air. Lebih mudah menggunakan chopper blender.
3. Masukkan minyak secukupnya di dalam kuali. Gunakan api sederhana. Tumis bahan-bahan B sehingga sambal masak sekata/pecah minyak. Kemudian masukkan tomato yang diracik, gula merah, gula putih, pati asam jawa, dan jus limau kasturi. Masak lagi sehingga kering dan sedikit garing. Tutup api.
4. Ambil ikan cencaru. Sumbat sambal yang telah dimasak tadi di kedua-dua belah belakang ikan.
5. Panaskan minyak. Goreng sehingga masak, kemudian ditoskan. Boleh juga bakar ikan ini di dalam oven. Balut ikan dengan daun pisang atau daun kunyit. Letak sedikit mentega/margerin di atas ikan dan di atas dulang. Guna api bawah suhu 180 selama 35 minit atau sehingga ikan masak.
6. Hidangkan bersama nasi putih. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Thursday, January 28, 2021

Resepi Nasi Goreng Belacan Ikan Bilis Petai

Resepi Nasi Goreng Belacan Ikan Bilis Petai
Resepi Nasi Goreng Belacan Ikan Bilis Petai

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Belacan Ikan Bilis Petai
  • Nasi semalam
  • Ikan bilis (digoreng dahulu)
  • Isi petai
  • Cili padi (6-7 tangkai) - ikut tahap kepedasan
  • Bawang merah (2-3 biji)
  • Bawang putih (2-3 biji)
  • Belacan (1 inci)
  • Telur (1-2 biji) (digoreng dahulu)
  • Garam
Langkah penyediaan
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis, dan telur secara berasingan dan letak tepi.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan belacan yang telah dikisar, kalau nak sedap lagi, tumbuk bahan bahan ni
  3. Masukkan ikan bilis, dan telur. Gaulkan. Tambah garam secukup rasa
  4. Masukkan petai dalam 3-4 minit, gaul, dan biarkan. Kemudian masukkan nasi semalam! Siap!
Credit - Fatin Syakira COOKPAD

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit

Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit
Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit

Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Ayam Kunyit:

Bahan Ayam Kunyit:

  • 100 gm isi dada ayam (gaul dengan garam dan kunyit)
  • Sedikit hirisan kacang buncis
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 ulas bawang merah
  • Sedikit hirisan cili padi
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak
Bahan Nasi:
  • 1 mangkuk nasi putih
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak, goreng isi ayam yang telah dilumur tadi hingga garing. Angkat ketepikan
  2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, lobak merah dan kacang buncis. Gaul sampai rata.
  4. Masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi dan letakkan sedikit sos tiram, perasakan.
  5. Setelah agak masak, angkat dan asingkan.
  6. Untuk masak nasi, panaskan minyak kemudian pecahkan telur dan hancurkan.
  7. Masukkan nasi, letak sedikit sos tiram. Gaul sampai rata
  8. Sedia untuk dihidangkan bersama ayam kunyit

Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan

Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan
Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan

Bahan-bahan Resepi Bubur Nasi @ Nasi Air Kelantan

Nasi
  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air
Sup Tulang
  • 2 liter air (kalo nk lebih sup lebihkan air)
  • 500 gm daging lembu
  • 1 kg tulang lembu
  • 2 pek Rempah sup tulang bunjut
  • 2 inci halia ketuk @ hiris halus
  • Beberapa tangkai akar ketumbar
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 senduk sos ikan
  • 1 senduk kicap pekat (kalo x suka hitam bole kurangkan)
Bahan Aksesori (optional)
  • Kacang tumbuk
  • Lobak masin
  • Serbuk cili
  • Ikan bilis
  • Daging rebus yg dipotong kecil
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Telur masin
  • Daun bawang
  • Limau nipis
  • Cili jeruk
Langkah penyediaan
  1. Masak nasi macam biasa cuma lebihkan air supaya nasi jadi lembik macam bubur
  2. Untuk sup, rebus tulang dan daging sampai empuk. Bila dah empuk boleh keluarkan daging dan masuk rencah sup mcm biasa. Senang je campak semua dalam periuk tunggu hingga mendidih dan boleh perasakan dengan garam dan gula
  3. Nasi dengan sup dah siap, boleh hidang dengan aksesori pilihan. Lagi banyak aksesori lagi sedap tapi antara bahan wajib ialah kacang tumbuk, serbuk cili, limau nipis, lobak asin dan ikan bilis selain ayam carik @ daging
Credit : Lynn Hasman COOKPAD

Saturday, January 23, 2021

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering

Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering
Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering


Bahan-bahan Resepi Nasi Goreng Ikan Bilis Cili Kering
  • Ikan bilis
  • Cili kering potong kecil dalam 8 keping
  • 1 sudu besar cili padi blend
  • 1 sudu besar Bawang besar blend
  • 1 sudu besar Bawang putih blend
  • 1 sudu besar Cili kering blend
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • Cendawan shitake hiris nipis
  • Kobis hiris nipis
  • Carrot hiris nipis
  • Daun bawang potong memanjang
Langkah penyediaan
  1. Goreng ikan bilis dan cili kering sekali. Masukkan 1 sudu kecil gula, 1 sudu bawang besar blend dgn 1 sudu cili padi blend.
  2. Gaul semua sampai kering then tapis dan letak dekat pinggan asing.
  3. Dengan minyak sama yg goreng ikan bilis tadi, tumis daun bawang, 1 sudu besar bawang besar blend, 1 sudu besar bawang putih blend & 1 sudu besar cili kering
  4. Bila dah hampir kering masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar sesame oil. Gaul bg rata
  5. Bila dh rata, boleh masukkan cendawan shitake, carrot hiris nipis dan kobis hiris nipis dengan suku cawan air. Gaul sekejap
  6. Terus masukkan nasi dan gaul rata
  7. Last step macam biasa dah boleh perasakan ikut suka. Bila rasa dah ok, tutup api dan gaulkan ikan bilis goreng tadi dalam nasi
Credit : Wanie COOKPAD

Friday, January 22, 2021

Resepi Nasi Goreng Kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung
Resepi Nasi Goreng Kampung

Ramuan Resepi Nasi Goreng Kampung
  • 2-4 orang
  • 2 biji bawang kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili padi*
  • 2 batang cili hijau*
  • 1 sdb belacan*
  • Sedikit ikan bilis*
  • 1 mangkuk kecil isi ayam (potong kecil)
  • 3 mangkuk kecil nasi
  • 1 ikat kangkung
  • Sedikit sos ikan
  • Ikan bilis goreng
Langkah
  1. Tumbuk kasar bahan-bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga keperangan.
  3. Masukkan bahan tumbuk. Biarkan sedikit garing.
  4. Masukkan nasi & sayur kangkung. Kacau rata.
  5. Masukkan pula sos ikan sebagai perasa. Kacau rata.
  6. Tutup api. Taburkan dengan ikan bilis goreng. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, January 15, 2021

Resepi Nasi Ayam Mudah

Bahan-Bahan Resepi Nasi Ayam Mudah:

Bahan untuk ayam (direbus) :

  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan
Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris
Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam
Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
Cara untuk memasak nasi:
  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
  3. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
  4. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
  5. Masak nasi seperti biasa.
Cara untuk memasak sup:
  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
  2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.
Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Sunday, January 10, 2021

Resepi Nasi Goreng Nenas

Resepi Nasi Goreng Nenas
Resepi Nasi Goreng Nenas

Bahan-Bahan Resepi Nasi Goreng Nenas: (Serves 2-3)
  • 3 cawan nasi semalam, dileraikan
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1 batang serai, hiris
  • 1 kiub tom yam “Maggi” – akk guna paste tomyam
  • 6 ekor udang dibersihkan
  • 2 sdm sotong dihiris – akk tambah
  • 1/2 cawan hirisan daging batang pinang – akk gantikan ayam
  • 1/2 cawan nenas madu, yang telah dipotong kiub
  • 6 biji cili padi, dititik
  • 1 camca besar sos cili thai
  • Sos ikan secukup rasa (kalau tak de guna je garam)
  • 1/4 cawan gajus, digorang
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan
Cara Membuat:
1. Panaskkan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, serai dan cili padi hingga harum, masukkan kiub tom yam (hancurkan) bersama-sama daging/ayam kacau rata dan tambah sedikit air. Bila daging/ayam lembut, masukkan sos cili thai dan udang, sotong kacau rata.

2. Masukkan nenas, kacau dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur, dan kacau rata. Tambah nasi dan gaul, goreng dengan api besar. Tambah sedikit sos ikan dan rasa, jika perlu tambah lagi. Bila nasi kelihatan sedikit kering, boleh matikan api.

3. Alih dalam bekas sesuai dan hias dengan taburan daun bawang, bawang goreng dan kacang gajus tadi. Hidangkan panas-panas.

Sumber: Masterchef Che @ Mat Gebu
Dicuba Oleh: Keroroyz Royz
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes