RESEPI HOT!

Monday, August 17, 2015

Resepi Nasi Goreng Kicap

Resipi Nasi Goreng Kicap

  • 6 cawan nasi
  • 2 cawan isi ikan goreng semalam
  • 2 biji telur
  • Kicap secukup rasa

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS:
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis ( direndam dahulu )

* kalau nak pedas boleh ditambah cili api

CARA MEMASAK :
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan yang ditumbuk tadi sampai terbit bau harum .
  2. Masukkan isi ikan goreng serta kacau sekejap kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau semua bahan menjadi rata .
  3. Masukkan semua nasi yang telah dilerai-leraikan tadi dan kacau sehingga semua bahan menjadi mesra . Masukkan kicap secukup rasa dan terus kacau untuk 5 minit lagi sehingga nasi menjadi agak kering dan boleh la ditutup api dapur.

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes