RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Sup. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sup. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

Resepi Sup Gear Box

Resepi Sup Gear Box
Resepi Sup Gear Box

Bahan – bahan Resepi Sup Gear Box:
  • 1kg gearbox
  • 1kg daging
  • 1 mangkuk Cili kering (kisar)
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
  • 3sdb sos cili
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 3sdb sos tiram
  • Lobak merah (potong panjang)
  • Kentang (belah 4)
  • 1 tin kacang peas
  • Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut
  • Bunga lawang/ kayu manis
  • 3 labu bawang merah besar (kisar)
  • 5ulas bawang putih (kisar)
  • Halia (kisar)
  • Serai (ketuk)
  • Sup bunjut (3 bunjut)
  • Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis
  • Garam secukup rasa
Cara – cara memasak:
  1. Rebus daging atau gearbox bersam halia hiris atau serai sehingga dagingnya empuk dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia dan serbuk jintan yang telah dikisar.
  3. Apabila minyak sudah pecah, masukkan rempah 4 sekawan.
  4. Seterusnya, masukkan tomato puree, gaul sebati, masukkan cili kisar, sos tiram atau sos cili. Masak sehingga betul-betul pecah minyak dan aroma tumisan sudah naik.
  5. Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk dan masukkan air rebusan daging berserta daging dan gearbox dan masak sehingga mendidih.
  6. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa.
  7. Apabila sudah cukup rasa masukkan kacang peas dan gaul rata.
  8. Siap!

Saturday, May 29, 2021

Resepi Sup Tulang Thai

Resepi Sup Tulang Thai
Resepi Sup Tulang Thai

Bahan – bahan Resepi Sup Tulang Thai:
  • 1kg tulang dan daging lembu (rebus)
  • 1 btg saderi (hiris)
  • 3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
  • 1 labu bawang Holland (hiris)
  • 1 btg serai (ketuk)
  • 1 btg lobak (potong ikut suka)
  • 3 biji kentang (potong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Cili padi (ikut nak ltk berapa)
  • Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

Bahan Tumbuk:
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Daun ketumbar
  • Lime juice
Cara – cara memasak:
  1. Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2sdb rempah sup, masak sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland.
  4. Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
  5. Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa.
  6. Siap! Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice.

Wednesday, February 3, 2021

Resepi Sup Ayam

Resepi Sup Ayam

Bahan-bahan Resepi Sup Ayam

Bahan Tumis
  • 1 btg serai
  • 2 biji Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Bahan Utama
  • Ayam di potong kecil-kecil
  • 1 biji kentang
  • 1 pek sup bunjut
  • 1 btg lobak merah
Bahan hiasan
  • Bawang goreng
  • Daun sup
Langkah penyediaan
  1. Tumis bahan tumisan sehingga naik bau. Masukkan air secukupnya. Masukkan semua bahan utama bersama sup bunjut. Biar reneh sehingga semua bahan empuk. Tutup api tambah garam secukup rasa dan taburkan daun sup dan bawang goreng. siap di hidang.
Credit : Nur Dhunaa AB Maleq COOKPAD

Friday, January 22, 2021

Resepi Sup Perut Lembu

Resepi Sup Perut Lembu
Resepi Sup Perut Lembu

Bahan-bahan Resepi Sup Perut Lembu
  • 500 g perut lembu
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 ketul kiub pati daging
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 setengah sudu lada hitam
  • 1 peket rempah sup (serbuk)
  • 6 biji ubi kentang
  • 1 ikat daun sup dan daun bawang
  • Garam dan perasa secukup rasa
Cara penyediaan :
  1. Rebus perut dengan kapur makan. Letakkan 1 sudu besi untuk lembutkan perut. Rebus dalam 40 minit.
  2. Kemudian, buang air rebusan tadi. Rebus sekali lagi dengan air biasa tanpa kapur makan. Rebus dalam setengah jam.
  3. Dah siap rebus, buang air nya dan toskan. Ketepikan dulu.
  4. Blend bawang putih, bawang besar. Halia ditumbuk kasar
  5. Panaskan minyak, tumis bahan blender dan halia.
  6. Apabila bahan tumis dah naik bau, masukkan rempah sup serbuk. Gaulkan dulu rempah serbuk tadi dengan sedikit air. Tumis seketika. Masukkan sup bunjut. Tumis lagi sehingga naik minyak, sentiasa kacau supaya rempah masak sekata.
  7. Apabila rempah dah pecah minyak, masukkan perut lembu dan tambahkan air.
  8. Kemudian masukkan lada hitam yang telah ditumbuk, ubi kentang dan juga kiub daging.
  9. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan garam kasar dan serbuk perasa.
  10. Potong daun sup dan daun bawang. Taburkan di dalam sup. Tutupkan api dan siap untuk dihidang.

Thursday, December 31, 2020

Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu

Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu
Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu

Bahan-bahan Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu
  • 2 tulang gearbox lembu
  • 1 besen tulang-tulang kecil dicampur dengan sedikit lemak, urat dan lain-lain bahagian tulang
  • 2 paket rempah sup - dibancuh dengan air
  • 3-4 kiub ikan bilis
  • 2 paket rempah ratus sup tulang
  • 4-5 inci halia - dihiris nipis2 atau diketuk
  • 1/2 labu bawang putih - dimayang halus
  • 1 biji bawang besar - dimayang halus
  • 2 liter air atau secukupnya
  • 1/3 cawan minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  1. Cuci bersih, rebus hingga empuk, air rebusan jangan buang, ketepikan.
  2. Dalam kuali besar masukkan tulang yg direbus bersama dengan air dan air rebusan, pasangkan api dapur seperti biasa.
  3. Masukkan halia dan rempah ratus sup tulang, biarkan mendidih menggelegak.
  4. Masukkan kiub ikan bilis.
  5. Ambil kuali lain, panaskan minyak tumis bawang, kemudian masukkan rempah sup, masukkan sesenduk kuah sup kacau bagi rata.
  6. Selepas itu tuang terus ke dalam kuali yang ada tulang, kacau hingga merata dan rasa, jika ada terkurang boleh tambah sedikit garam dan gula.
  7. Sedia dihidang, tabur daun bawang, daun sup, bawang goreng dan pelengkapnya cili kicap. Enak dimakan bersama nasi impit.

Tuesday, December 15, 2020

Resepi Sup Ayam

Resepi Sup Ayam
Resepi Sup Ayam

Bahan-bahan Resepi Sup Ayam
*Seekor ayam - potong 18
*1 sup bunjut
*1 batang lobak merah - dipotong
*1 batang serai - diketuk
*3 biji bawang merah
*2 inci halia - dipotong halus
*3 tangkai daun sup
*2 biji kentang - dipotong
*Garam secukup rasa
*bahan penumis

Cara memasak:
1. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, rempah tumis - goreng sehingga naik bau
2. Masuk ayam, serai dan halia - gaul sehingga rata sebelum masukkan air dan garam serta sup bunjut
3. Masukkan lobak dan ubi kentang
4. Renehkan dengan api perlahan kira-kira 15 minit (periuk ditutup)

Angkat dan hidangkan bersama ditabur dengan daun sup.

Sunday, December 6, 2020

Resepi Sup Ayam Cendawan Simple

Resepi Sup Ayam Cendawan
Resepi Sup Ayam Cendawan 

Bahan-Bahan Resepi Sup Ayam Cendawan Simple:
  • 1/2 ekor Ayam (potong kecik dan basuh bersih-bersih)
  • 3 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • cili padi* (nak pedas letak banyak)
  • 1 biji Kentang (potong 4)
  • 1 biji lobak merah (potong besar)
  • 1 biji buah tomato (belah 4)
  • 1 peket sup bunjut adabi
  • sudu besar rempah sup adabi
  • Cendawan kering (rendam biar lembut potong 2)
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup/daun bawang (potong kecik)

Cara Masak:
1. Tumbuk kasar bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, dan masukkan ayam tadi, biarkan ayam separuh masak dan tambah air secukupnya dan masukkan sup bunjut.
3. Masukkan kentang, lobak dan cendawan bila dah mendidih masukkan rempah sup, kacau sebati, perasakan dengan garam dan perasa. Bila sup dah hampir masak masukkan buah tomato.

Resepi menarik: Resepi Sup Ayam Mudah!

 4. Bila dah masak hidangkan dan tabur dengan daun sup serta daun bawang.

Tuesday, April 14, 2020

Resepi Sup Ayam Mudah!

Resepi Sup Ayam Mudah
Resepi Sup Ayam Mudah
Bahan-bahan Sup Ayam:
  • 1/4 ekor ayam (di potong kecil2)
  • 3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz)
  • 1/2 biji carrot
  • 4 biji bawang merah/kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bungkus sup bunjut Adabi
  • minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 6 cawan air
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih & halia yangg telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot dan sup bunjut juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam.
  3. Sedia untuk dihidang. Tabur daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes