RESEPI HOT!

Saturday, April 11, 2020

Resepi Nasi Ayam

Resepi Nasi Ayam
Resepi Nasi Ayam

Bahan & Cara Buat Ayam:
  • 1 ekor ayam di potong 4 (jangan buang kulit ayam)
  • Rebus ayam + air dalam periuk, tambah bawang putih 5 ulas, halia sebesar ibu jari yang ditumbuk kasar (pastikan ayam tenggelam).
  • Rebus hingga ayam betul-betul masak. Toskan dan simpan air rebusan ayam untuk masak nasi, sup, dan kicap.
Bahan Kisar –
6 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
(tumbuk halus 2 bahan ini)

Sedikit kicap masin
Sedikit kicap manis
Sedikit sos tiram
Sedikit madu (madu jangan banyak sekadar 1-2 sdb sahaja)

Caranya:
1. Lumur ayam dengan bahan kisar, kicap masin, kicap manis, sos tiram, dan madu. Perap selama 15-20 minit (cecair perapan jangan buang sebab nak buat sos kicap).
2. Goreng dalam minyak yang banyak, jangan goreng terlalu lama sebab ayam dah masak elok, sekejap jer ayam tu pun sekali alih jer. Letak jer dalam minyak dalam 2-3 minit, terbalikkan dan tunggu lagi 2-3 minit terus angkat.

Bahan Untuk Nasi (Guna Beras Biasa):
  • 4 cawan beras
  • 1/4 tin susu cair
  • Sedikit garam
  • 3-4 kuntum bunga lawang
  • 1/2 senduk minyak sapi atau marjerin
  • 1/2 senduk minyak masak
  • 2 cawan dan 3/4 cawan air rebusan ayam
  • 2 cawan air biasa
Bahan Kisar –
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Sebesar ibu jari halia
Blender semua bahan dengan sedikit air

Cara Buat:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk atas dapur, masukkan bunga lawang. Masukkan bahan kisar kacau hingga naik bau.
2. Masukkan susu, bila susu dah mendidih masukkan beras. Kacau sekejap, masuk air rebusan ayam + air biasa dan garam.
3. Angkat dan masukkan dalam periuk elektrik tunggu hingga betul-betul nasi masak dalam periuk elektrik baru di kacau guna senduk.

Bahan Sos Cili:
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 pcs cili merah(cili besar)
  • 15 pcs cili padi
  • 2 cawan air
+ Kisar semua bahan di atas
  • 2 sdb cuka
  • 4 sdb sos cili
  • 2 sdb gula
  • Sedikit garam
+ Masak semua bahan sos cili ayam dalam periuk tanpa minyak hingga agak pekat.

Bahan Sos Kicap:
  • cecair perapan ayam
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 sdb membukit tepung jagung
  • Kicap masin
  • Kicap manis
+ Satukan kacau sebati, masak atas api hingga mendidih (sentiasa kacau yer) dah mendidih ganas boleh tutup api.

Bahan Kuah Sup:
  1. Air rebusan ayam secukupnya
  2. 2 ketul pati ayam
  3. 1 pcs asam keping
  4. Garam dan bahan perasa
  5. Daun sup
+ Saya potong cili padi 5-6 biji buh dalam kuah yang dah suam.
+ Satukan semua dalam periuk, masak hingga mendidih. Bila dah mendidih elok, tutup api, buh cili potong dan daun sup.

Bahan Lain:
  • Hiasan
  • Tomato
  • Timun Salad
Resepi Oleh: Mariana Zainal

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes