RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sotong. Show all posts

Monday, April 19, 2021

Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api

Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api
Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api:
  • 6 ekor sotong
  • 4 ekor ikan mambung – direbus & ambil isinya
  • 2 Ulas bawang putih
  • 5 Ulas bawang merah
  • 3 batang Serai
  • 10 biji cili padi merah dan hijau
  • 1 Inci kunyit hidup 1 inci
  • 1 Keping Asam keping
  • 4 Helai daun kunyit
  • 1 mangkuk pati santan
  • Garam
  • Gula
Cara Memasak:
1. Basuh sotong, selawat dan toskan airnya.

2. 4 ekor ikan mambung direbus 5 minit dan ambil isinya sahaja. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih.

3. Isi ikan yang telah ditumbuk tadi digaul bersama dengan sedikit garam.

4. Sumbat isi ikan ke dalam sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya isinya tak keluar.

5. Panaskan peiruk, masak sotong selama 10 minit dan tambahkan sedikit air. Masukkan gula dan garam secukup rasa, asam keping serta masukkan santan.

6. Kacau pada api yang perlahan. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang diracik halus. Masak seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Boy Es Zu’echa – MAHN

Sunday, February 7, 2021

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Bahan-Bahan Resepi Sotong Goreng Kunyit:
  • 200 gm sotong
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 bijj bawang holland
  • 1 sk garam
Cara-Cara:
  1. Goreng sotong tanpa minyak. Kemudian masukkan serbuk kunyit. Tidak perlu masukkan air dan minyak.
  2. Kacau sehingga sotong mengeluarkan airnye sendiri.
  3. Apabila air sotong hampir kering masukkan minyak sedikit. Kemudian masuk semua bahan cili dan bawang serta perasakan dengan garam. Kacau sehinnga sebati. Siap.

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Sotong Bakar Sos Thai

Ramuan Resepi Sotong Bakar Sos Thai

Bahan Sotong Bakar :
  • 5 ekor Sotong (saiz besar)
  • 1 1/2 sudu besar Jus Lemon
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Madu
  • Secubit Garam
Bahan Sos Thai :
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 10-15 biji Cili Padi (ikut tahap kepedasan masing2)
  • 1-2 biji Cili Merah
  • 3 sudu besar Jus Lemon
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 2 sudu besar Sos Ikan
  • 2-3 tangkai Daun Ketumbar (hiris halus)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
Langkah penyediaan
  1. Basuh sotong & kelar bahagian badan sotong (jangan sampai putus). Perap dengan semua bahan lain selama 15-30 minit.
  2. Sementara itu, kisar semua bahan2 sos kecuali daun ketumbar, gula & garam. Selepas kisar, perasakan dengan gula & garam secukupnya. Masukkan daun ketumbar & gaul rata.
  3. Bakar sotong hingga masak kemudian letak dalam pinggan & tuang sos ke atas sotong. Siap utk dihidangkan.
Credit : Erna Hezreen Hamzah COOKPAD

Monday, December 7, 2020

Resepi Sotong Phat Phet

Resepi Sotong Phat Phet
Resepi Sotong Phat Phet

Bahan-Bahan Resepi Sotong Phat Phet:

Bahan A (Kisar Kasar) –

  • Cili api/cili merah – ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam – letak sikit ja
*Kuantiti bahan bergantung kepada kuantiti sotong.

Bahan B –
  • Sotong
  • Asam keping
  • 1batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut

Bahan sayur ( kalau tak letak pun tak pe) –

  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Bunga kobis
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yang di titik sehingga naik bau dan pecah minyak. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air (jangan terlampau banyak).
2. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula. Akhir sekali, masukkan kacang panjang, carrot, dan bunga kobis.
3. Kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat. Siap dan hidangkan dengan nasi panas.

Sunday, June 14, 2020

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resepi Sotong Goreng Kunyit
Resepi Sotong Goreng Kunyit
Bahan-Bahan Resepi Sotong Goreng Kunyit:
  • 5 ekor sotong, dibersihkan dan dipotong kepada hirisan 2sm tebal
  • 5 batang kacang panjang, dipotong pada 2sm panjang
  • 1 batang lobak merah, dihiris 2sm panjang
  • 2 biji bawang besar, dihiris
  • 6 ulas bawang putih, dihiris
  • 2 biji cili, dihiris serong
  • 5 helai daun limau purut, dicarik
  • 3 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh gula
Cara-Cara:
  1. Perap ketulan sotong dengan sos tiram, serbuk kunyit dan garam selama 10 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana besar. Apabila sudah panas, goreng sotong hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan hirisan bawang besar,bawang putih, carikan daun limau purut dan cili. Goreng hingga wangi dan masukkan hirisan sayur-sayuran. Goreng selama 2-3 minit dan masukkan sotong yang digoreng. Perasakan dengan garam dan gula jika terasa tawar.
  4. Kacau rata selama 1 minit dan padamkan api.

Friday, June 12, 2020

RESEPI SINGGANG SOTONG SERAI

RESEPI SINGGANG SOTONG SERAI
RESEPI SINGGANG SOTONG SERAI
BAHAN RESEPI SINGGANG SOTONG SERAI
- 250 gram sotong (dibasuh bersih dan toskan)
- 2 batang serai (diketukdititik)
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 4-5 hiris halia
- 1 keping asam gelugurasam keping
- 1 biji cili merah (kalau nak pedas)
- Garam
- Serbuk perasa
- Air

Cara penyediaan
1. Didihkan air secukupnya dalam periuk.
2. Masukkan semua bahan-bahan seperti serai, bawang, halia, asam keping dan cili. Biaran kuah mendidih.
3. Kemudian masukkan sotong dan biarkan masak sehingga lembut.
4. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Siap!

Monday, April 13, 2020

Resepi Kari Sotong Tumis Darat

Resepi Kari Sotong Tumis Darat
Resepi Kari Sotong Tumis Darat

Bahan-Bahan Resepi Kari Sotong Tumis Darat:
Sotong (bersihkan dan nak potong atau masuk sekor-sekor terpulang lah ya dan toskan)
2 peket kecik rempah kari ikan babas (bancuh dengan sedikit air)
3 biji kentang – belah-belah
1 biji bawang besar – hiris nipis
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
2 tangkai daun kari
1/2 kotak santan atau 100 ml (kotak kecik)
2 keping asam keping
Garam, perasa dan gula
1 biji tomato – belah 4
2 biji cili muda – belah 2
5 atau 6 tangkai cili padi

Bahan Tumis Darat –
  • 1 biji bawang besar – belag 2 & hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih – hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 atau 5 tangkai cili kering – potong pendek
  • 1 sudu makan halba campur
Cara Masak:

1. Tumis semua bahan hiris dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan. Masukkan rempah dan tumis hingga garing.
2. Masukkan 2 gelas air. Kemudian, masukkan kentang dan biar hingga kentang empuk (Kalau belum empuk, boleh tambahkn air lagi).
3. Masukkan garam, perasa dan gula. Masukkan asam keping dan masukkan sotong serta santan.
4. Bila dah nampak sotong masak, masukkan tomato dan cili belah. Tutup api.
5. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis semua bahan tumis darat hingga kekuningan dan kemudian curahkan ke dalam periuk kari tadi. Hidangkan.

Resepi Oleh: Mazliza Ahmad

Monday, February 3, 2020

Resepi Sotong Goreng Tempura

Resepi Sotong Goreng Tempura
Resepi Sotong Goreng Tempura

Bahan-Bahan 
Resepi Sotong Goreng Tempura:
  • 300 gm sotong | dihiris
  • 400 gm tepung tempura
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit air sejuk
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak :
1. Bancuh tepung tempura dengan kuning telur. Gaul rata.
2. Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga separuh cair atau seperti saduran tepung pisang goreng.
3. Masukkan sotong dan gaul rata.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
5. Toskan minyak dan sedia untruk dihidangkan.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes