RESEPI HOT!

Monday, April 19, 2021

Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api

Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api
Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api

Bahan-Bahan Resepi Sotong Sumbat Masak Lemak Cili Api:
  • 6 ekor sotong
  • 4 ekor ikan mambung – direbus & ambil isinya
  • 2 Ulas bawang putih
  • 5 Ulas bawang merah
  • 3 batang Serai
  • 10 biji cili padi merah dan hijau
  • 1 Inci kunyit hidup 1 inci
  • 1 Keping Asam keping
  • 4 Helai daun kunyit
  • 1 mangkuk pati santan
  • Garam
  • Gula
Cara Memasak:
1. Basuh sotong, selawat dan toskan airnya.

2. 4 ekor ikan mambung direbus 5 minit dan ambil isinya sahaja. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih.

3. Isi ikan yang telah ditumbuk tadi digaul bersama dengan sedikit garam.

4. Sumbat isi ikan ke dalam sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya isinya tak keluar.

5. Panaskan peiruk, masak sotong selama 10 minit dan tambahkan sedikit air. Masukkan gula dan garam secukup rasa, asam keping serta masukkan santan.

6. Kacau pada api yang perlahan. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang diracik halus. Masak seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Boy Es Zu’echa – MAHN

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes