RESEPI HOT!
Showing posts sorted by relevance for query siakap. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query siakap. Sort by date Show all posts

Thursday, April 16, 2020

Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Bahan hiris:
– 1 batang serai
– 1 inci halia
– 3 tangkai cili padi hijau & merah*
– lada benggala (tambahan)*
– 1 tangkai daun ketumbar (gunakan juga tangkainya)*
– 5 helai daun purut

Bahan lain:
– 6 biji tomato ceri*
– 5 biji asam boi (rendam dulu dengan air panas untuk hilangkan warna putihnya)

Bahan bertanda * disimpan sedikit untuk hiasan tabur.


Cara memasak:
  1. Anda perlu satukan semua bahan yang telah siap dihiris itu tadi ke dalam mangkuk seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Kemudian masukkan sos ikan sehingga menutupi kesemua bahan tadi.
  2. Walau bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk mengurangkan atau melebihkan kadar sos ikan, ini kerana masing-masing punya citarasa. Jika sedikit, mungkin rasanya tidak seperti disangkakan.
  3. Seterusnya masukkan dua sudu besar bawang putih yang telah siap digoreng rangup untuk mendapatkan kelainan rasa pada masakan ini. Saya goreng dengan menggunakan minyak jagung.
  4. Perahkan limau nipis sebiji ke dalam mangkuk itu tadi. Limau kasturi juga boleh digunakan untuk mendapatkan rasa masam.
  5. Untuk mereka yang ingin diet, tambahkan 1/2 sudu besar gula merah. Nak guna gula putih pun boleh, terpulang kepada anda untuk menentukannya.
  6. Masukkan 1/2 gelas air kosong dan tak perlu masukkan garam kerana sos ikan itu tadi telah pun masin. Kemudian kacaukan kesemuanya sehingga rata dan sekata.
  7. Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih. Kemudian sediakan ikan siakap yang telah siap disiang. Cara belah ikan terpulang kepada kehendak dan cara masing-masing.
  8. Letak ikan siakap itu ke dalam kertas aluminium foil seperti di dalam gambar dan tuangkan sos tadi ke atas badan ikan.
  9. Tutupkan ikan dengan kertas aluminium foil supaya dapat mengelakkan wap air yang menitik dari tudung pengukus ke dalam ikan. Kukus sehingga 10 atau ke 15 minit.
  10. Setelah ikan masak, saya alihkan ikan ke dalam pinggan. Anda perlu berhati-hati untuk elakkan ikan menjadi hancur sewaktu mengangkat atau mengalihkan ikan ke dalam pinggan.
  11. Taburkan dengan semua bahan hiasan yang dihiris tadi. Juga sedikit bawang putih goreng untuk menaikkan warna.
  12. Maka siaplah sudah resepi masakan ikan siakap stim limau ala Thai yang sangat digemari ramai ini. Sebenarnya cara masak ikan siakap ini secara stim ini berbeza-beza mengikut kreativiti masing-masing selain bahan-bahannya juga diubah-ubah.
  13. Selain limau nipis ada juga yang menggantikan dengan limau kasturi, lemon dan juga melebihkan bahan seperti halia yang terbukti terkenal dengan khasiat yang dimilikinya.

Resepi oleh : Puan Afy Al Habibi

Monday, February 10, 2020

Resepi Ikan Siakap Kukus Asam Boi

Resepi Ikan Siakap Kukus Asam Boi
Resepi Ikan Siakap Kukus Asam Boi
Bahan-Bahan Resepi Ikan Siakap Kukus Asam Boi:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 senduk stok sup
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 tangkai cili merah
  • 6 tangkai cili padi
  • 3 biji asam boi
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 5 cm halia-dihiris nipis
  • 1 biji limau nipis diperah juasnya
  • garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Kukus ikan selama 10 minit, ketepikan seketika.
2. Sediakan periuk, masukkan stok sup serta sos ikan.
3. Masukkan bawang putih serta cili merah, cili padi dan halia. Biarkan mendidih untuk seketika.
4. Setelah mendidih, masukkan air perahan jus limau dan asam boi, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Curahkan kesemua bahan tadi diatas ikan. Hiaskan dengan tomato dan daun ketumbar. Hidangkan.

Tuesday, April 14, 2020

Resepi Kengsom Ikan Siakap

Resepi Kengsom Ikan Siakap
Resepi Kengsom Ikan Siakap
Bahan-Bahan Resepi Kengsom Ikan Siakap:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 tangkai cili merah – buang biji (*)
  • Beberapa biji cili api (*) – letak 2 biji je. Anak-anak tak berapa makan pedas
  • 1 sk serbuk kunyit (saya tak beli kunyit hidup)
  • 1 biji bawang merah besar (*)
  • 4 ulas bawang putih (*)
  • 1 batang serai (*)
  • 1 inci belacan (*)
  • 1 inci halia (*)
  • Air asam jawa secukup rasa
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 biji limau nipis – ambil jus
  • Nanas masak secukupnya
  • Kangkung secukupnya
Cara Memasak:
1. Kisar bahan-bahan bertanda (*) kemudian masukkan ke dalam periuk. Masukkan air. Masukkan serbuk kunyit. Kacau rata. Biarkan mendidih.
2. Masukkan hirisan nanas. Masak bahan tadi hingga mendidih kemudian tambahkan air asam jawa.
3. Seterusnya masukkan ikan dan tomato. Biar hingga masak. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
4. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. Padam api dan sedia untuk dinikmati.

Resepi Oleh: Nina Mahdar

Friday, December 25, 2020

Resepi Miang Pla Pao Ikan Siakap

Resepi Miang Pla Pao Ikan Siakap
Resepi Miang Pla Pao Ikan Siakap

Resepi Miang Pla Pao Ikan Siakap

RESIPI SOS HIJAU THAILAND
Bahan-bahan :
  • 3 ULAS BAWANG PUTIH*
  • 2 BATANG AKAR DAUN PAKCI@KETUMBAR*
  • 1 SUDU KECIL GARAM KASAR*
  • 25 BIJI CILI PADI HIJAU*
  • 4 SUDU GULA (boleh guna gula kabung)
  • 5 ASAM LIMAU
Cara-cara :
  1. Semua bahan bertanda * ditumbuk sehingga hancur.
  2. Masuk kan gula dan asam limau.
  3. Gaul sehingga sebati
  4. Last sekali masukkan daun ketumbar@pakci yang dihiris halus.
RESEPI SOS MERAH
Bahan-bahan:
  • 10 biji cili merah (cili besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka epal - (cuka biasa pon ok)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar pati sunquick
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
  • Sedikit daun ketumbar - dihiris halus
Cara-cara :
  1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk or apa-apa alatan yang you all nak guna untuk memasak.
  3. Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1cawan air.
  4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat.
  5. Perasa garam dan gula secukupnya.
  6. Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.
Penyediaan Ikan :
Boleh guna ikan talapia. Kalau tak ada ikan lain pon boleh. Saya guna siakap.
Gaul garam kasar dan bakar.

Atau pon boleh goreng sahaja. Gaul garam kunyit, bawang putih tumbuk dan tepung jagung sikit.

Kredit : suekeyrecipe

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Ikan Siakap Stim Thai Asam Boi

Resepi Ikan Siakap Stim Thai Asam Boi
Resepi Ikan Siakap Stim Thai Asam Boi

Bahan-bahan Resepi Ikan Siakap Stim Thai Asam Boi

Bahan A
  • 2 ekor ikan siakap dibasuh bersih dengan air basuhan beras
  • 2 sudu sos tiram
  • 1/2 sudu garam
  • 1/2 sudu perasa masakan hilal (blh guna kiub ayam)
  • 1 inci halia dipotong panjang
  • 1 batang serai dipotong dua dan ketuk
  • 4 helai daun limau purut
Bahan B (utk kuah)
  • 4 biji limau nipis diambil jusnya shj
  • 4 biji cili padi dihiris nipis
  • 4 ulas bawang putih cincang
  • 1 tangkai daun ketumbar (ambil sekali akarnya dan basuh bersih)
  • 1 1/2 cawan air masak
  • 6 biji asam boi
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perasa masakan hilal (blh gantikan dgn kiub ayam)
Bahan tambahan
  • Cili besar / cili benggala
  • Daun ketumbar dihiris halus
Langkah penyediaan
  1. Mula-mula sekali basuh ikan bersih-bersih. Kelar-kelar juga ikan. Saya basuh dgn air basuhan beras kemudian bilas dengan air bersih. Lumurkan semua bahan A ke seluruh bahagian ikan termasuk dalam perut juga.
  2. Kemudian, masukkan ikan dalam kuali besar, bubuh serai, dan masukkan daun limau purut dalam isi ikan yang dikelar. Perahkan sebiji limau atas ikan yang berada dalam kuali. Biarkan seketika.
  3. Kemudian sediakan kuahnya. Masukkan kesemua bahan kuah dalam mangkuk. Hiris nipis2 kulit limau td dan masukkan juga dalam adunan kuah.
  4. Masukkan juga asam boi, sos ikan, garam dan perasa masakan hilal. Kemudian gaul sebati.
  5. Sambil-sambil tu, boleh panaskan air kosong dalam periuk. Bila dah mendidih sikit, letak kuali berisi ikan td ats periuk, kemudian tuangkan kuah yang sudah sebati td ke dalam ikan.
  6. Saya masukkan sedikit lagi daun ketumbar dan cili benggala, kemudian tutup dengan tudung periuk tu dan biarkan di stim selama 15 minit. Dah siap masak bolehla tutup api dan masukkan ikan dan kuah stimnya ke dalam bekas lain.
  7. Bolehla ditaburkan sedikit lagi daun ketumbar yang fresh supaya masakan kita lagi menyelerakan. 😋bagi yg tak suka daun ketumbar, boleh guna daun limau purut sahaja. Jom jamu family makan sedap2 😋🤤. Selamat mencuba 🥰.

Monday, January 27, 2020

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom
Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom

BAHAN-BAHAN:
  • 1 ekor ikan siakap
  • ½ biji nanas
  • Kangkung secukupnya
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:
  • 2 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan nanas dan serai. Biarkan mendidih seketika. Masukkan pula ikan.
3. Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula dengan secukup rasa. Pastikan hidangan ini mempunyai rasa masam, manis dan pedas.
4. Padamkan api dan masukkan kangkung. Ia akan menjadikan kangkung tidak terlalu lembik dan masih rangup.
5. Perah jus limau nipis. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Friday, January 22, 2021

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan

Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan
Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan


Bahan-bahan Resepi Kari Ikan Siakap Tanpa Santan
  • Ikan (ikan apa pon boleh)
  • Bawang merah*
  • Bawang putih *
  • Halia*
  • Daun kari*
  • Halba campur*
  • Cili kering yg dah direbus dan dikisar*
  • Rempah kari babas*
  • Air asam jawa
  • Bendi
  • Tomato.
  • Minyak masak.
  • Gula dan garam secukup rasa.
Cara penyediaan:
  1. Bahan bertanda * wajib ditumis sampai pecah minyak baru letak gula garam dan air asam jawa.

P/s: Petua utk pekatkan kuah, cincang tomato 2 biji dan masukkan masa tumis bawang. Dah agak hancur dan lerai baru masukkan cili dan rempah kari.

Tuesday, January 7, 2020

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA ALA THAI

RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA
RESEPI IKAN SIAKAP TIGA RASA

Bahan-bahan:
- Ikan siakap (lumur garam, kunyit dan tepung jagung)

Bahan Tumis
-1biji bawang besar @ Holland (hiris dadu)
-3 ulas bawang putih (cincang halus)
-1inci halia (ketuk)
-setengah batang serai (hiris halus)

Bahan Sos
- 2 senduk kecil cili kering kisar
- 3 sudu sos cili thai
- 3 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos ikan
-1 sudu sos tiram

Bahan Tambahan
- Lobak merah (potong dadu)
- Nenas (potong dadu)
- 1biji tomato (potong dadu)
- 5-10 biji cili padi (potong halus)
- 1 biji cili merah besar (potong halus@dadu)
- Sedikit air (untuk kuah)
- 1 kiub pati ayam
-secukup rasa Maggie
-daun ketumbar (hiris halus)
-daun limau purut (hiris halus & buang tulang)
-daun salad

Cara-cara
1.Goreng ikan sehingga garing, ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan hiris sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan semua jenis sos, masak sehingga mendidih.
4. Tambah sedikit air, masukkan pula kiub pati ayam dan secukop rasa Maggie. Kacau-kacau sehingga sebati baru masukkan sayur, nenas yang dipotong dadu tadi.
5. Taburkan daun limau purut dan daun ketumbar, siap.

Tuesday, October 25, 2016

Resepi Siakap Tiga Rasa Power

Resepi Siakap Tiga Rasa Power

Bahan bahan:

1 ekor ikan siakap - (boleh kukus atau goreng)
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sb minyak - untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb sos plum - guna sos ikan
2 sb gula pasir
1 sb jus limau nipis/lemon
1 sk kicap manis

Cara Cara:

1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.
Selamat Mencuba!

Monday, August 17, 2015

Resepi Ikan Asam Pedas

resipi Ikan Asam Pedas

Bahan bahan:
  • 1 ekor ikan siakap ( apa apa ikan pun boleh)
  • Air asam jawa
  • 1/2 cawan cili kisar 
  • 2 biji Tomato
  • 3 biji bendi
  • Daun Kesom
  • Garam
  • Gula

Bahan Tumbuk *
  • 6 biji bawang merah*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci belacan*

Cara cara:
  1. Tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. 
  2. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. 
  3. Masukkan ikan, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. 
  4. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  5. Masukkan tomato, bendi dan daun kesom.
  6. Biar masak sekejap, matikan api. 
  7. Siap.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes