RESEPI HOT!

Thursday, April 16, 2020

Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Resepi Ikan Siakap Stim Limau
Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Bahan hiris:
– 1 batang serai
– 1 inci halia
– 3 tangkai cili padi hijau & merah*
– lada benggala (tambahan)*
– 1 tangkai daun ketumbar (gunakan juga tangkainya)*
– 5 helai daun purut

Bahan lain:
– 6 biji tomato ceri*
– 5 biji asam boi (rendam dulu dengan air panas untuk hilangkan warna putihnya)

Bahan bertanda * disimpan sedikit untuk hiasan tabur.


Cara memasak:
  1. Anda perlu satukan semua bahan yang telah siap dihiris itu tadi ke dalam mangkuk seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Kemudian masukkan sos ikan sehingga menutupi kesemua bahan tadi.
  2. Walau bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk mengurangkan atau melebihkan kadar sos ikan, ini kerana masing-masing punya citarasa. Jika sedikit, mungkin rasanya tidak seperti disangkakan.
  3. Seterusnya masukkan dua sudu besar bawang putih yang telah siap digoreng rangup untuk mendapatkan kelainan rasa pada masakan ini. Saya goreng dengan menggunakan minyak jagung.
  4. Perahkan limau nipis sebiji ke dalam mangkuk itu tadi. Limau kasturi juga boleh digunakan untuk mendapatkan rasa masam.
  5. Untuk mereka yang ingin diet, tambahkan 1/2 sudu besar gula merah. Nak guna gula putih pun boleh, terpulang kepada anda untuk menentukannya.
  6. Masukkan 1/2 gelas air kosong dan tak perlu masukkan garam kerana sos ikan itu tadi telah pun masin. Kemudian kacaukan kesemuanya sehingga rata dan sekata.
  7. Panaskan pengukus sehingga airnya mendidih. Kemudian sediakan ikan siakap yang telah siap disiang. Cara belah ikan terpulang kepada kehendak dan cara masing-masing.
  8. Letak ikan siakap itu ke dalam kertas aluminium foil seperti di dalam gambar dan tuangkan sos tadi ke atas badan ikan.
  9. Tutupkan ikan dengan kertas aluminium foil supaya dapat mengelakkan wap air yang menitik dari tudung pengukus ke dalam ikan. Kukus sehingga 10 atau ke 15 minit.
  10. Setelah ikan masak, saya alihkan ikan ke dalam pinggan. Anda perlu berhati-hati untuk elakkan ikan menjadi hancur sewaktu mengangkat atau mengalihkan ikan ke dalam pinggan.
  11. Taburkan dengan semua bahan hiasan yang dihiris tadi. Juga sedikit bawang putih goreng untuk menaikkan warna.
  12. Maka siaplah sudah resepi masakan ikan siakap stim limau ala Thai yang sangat digemari ramai ini. Sebenarnya cara masak ikan siakap ini secara stim ini berbeza-beza mengikut kreativiti masing-masing selain bahan-bahannya juga diubah-ubah.
  13. Selain limau nipis ada juga yang menggantikan dengan limau kasturi, lemon dan juga melebihkan bahan seperti halia yang terbukti terkenal dengan khasiat yang dimilikinya.

Resepi oleh : Puan Afy Al Habibi

Share this:

1 comment :

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes