RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts
Showing posts with label Resepi Daging. Show all posts

Wednesday, July 13, 2022

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

BAHAN-BAHAN RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN:
  • 1 keping daging – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 inci lengkuas – hiris
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil
  • 1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.

2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.

3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.

4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie

Sunday, June 27, 2021

Resepi Daging Black Pepper

Resepi Daging Black Pepper
Resepi Daging Black Pepper

Bahan Resepi Daging Black Pepper : 
  • Daging - Direbus dan hiris nipis
  • ½ cawan kicap pekat
  • ¼ cawan sos tiram
  • 3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • 1 sudu besar gula 3 ulas bawang putih - hiris
  • 5 ulas bawang merah - hiris
  • 1 inci halia - hiris
  • 1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang
  • 1 batang salary - potong memanjang
  • 1 labu bawang besar - potong kiub
Cara-cara penyediaan
  1. Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau.
  2. Masukkan kicap pekat dan lada hitam.
  3. Masukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih.
  4. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum.
  5. Biarkan mendidih dan pekat.

Friday, April 23, 2021

RESEPI DAGING BULGOGI

RESEPI DAGING BULGOGI
RESEPI DAGING BULGOGI

Bahan RESEPI DAGING BULGOGI:
  • 400-500g daging
  • kucai (dihiris)
  • bawang (dihiris)
  • lobak merah (dihiris)
  • daun bawang (dihiris)
  • 2 sudu minyak bijan
  • 1 sudu bijan
Bahan perap:
3 sudu besar gulang perang
1 sudu besar minyak bijan
8 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak sayur / minyak zaitun
2 sudu kecil bawang putih cincang
2 sudu kecil halia cincang
1 buah pir yang telah diparut
1/2 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan:


1. Sediakan bahan perap - campurkan kicap, gula perang, minyak, bawang putih dan halia, lada hitam dan parut buah pir ke dalam campuran. Masukkan sekali potongan daging dan gaul sebati.

2. Biarkan daging diperap seketika, selama satu malam ataupun sejam.

3. Hiris bawang, lobak merah, daun bawang dan kucai.

4. Grill daging pada suhu tinggi selama 5 minit, bersama sayur dan letakkan sekali. Kecilkan suhu, masukkan bijan dan biarkan daging masak selama beberapa minit.

5. Ataupun masukkan daging dan sayur ke dalam pressure cooker dan masak dengan perlahan selama 2 jam atau lebih.

Saturday, April 17, 2021

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail

Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail
Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail

Bahan-Bahan Resepi Daging Goreng Kunyit Kelantan Stail:
  • 1/2 kg daging dipotong kecil melintang urat (gaul garam kunyit)
  • 1 biji bawang holand
  • 1 biji bawang putih
  • Cili merah, cili hijau, cili api
  • Sedikit kicap (rahsia jadi sedap & cantik)
Cara-Caranya:
1. Potong daging nipis-nipis melintang urat supaya daging tak liat nanti. Basuh daging bersih-bersih dan gaul garam kunyit, bawang putih dan sedikit air. Perap seketika bersama air tadi.
2. Masukkan daging ke dalam kuali bersama airnya sekali. Biarkan air kering dan daging empuk. Air tadi membantu daging cepat empuk ya. Tapi jangan banyak sangat, jenuh nak tunggu kering.
3. Bila air dah kering, masukkan minyak masak. Kacau seketika dan biarkan daging betul-betul masak sekata. Kemudian boleh la masukkan hirisan bawang dan cili merah, cili hijau atau cili api.
4. Sebelum tutup api, masukkan sedikit kicap ke dalam daging goreng tadi. Haa ni petua nak bagi daging goreng kita lagi sedap dan cantik. Sikit jer taww, nanti jadi daging goreng kicap pulak.

Resepi Oleh: Sukma Ismail

Tuesday, January 26, 2021

Resepi Daging Bakar

Resepi Daging Bakar
Resepi Daging Bakar

Bahan-bahan Resepi Daging Bakar
  • 500 gram daging potong kasar
  • 3 sudu besar so cili
  • 3 sudu besar so tiram
  • 2 sudu besar sos/kicap ikan
  • 2 sudu besar gula perang
  • Sesudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
Sos pencicah
  • 5 ulas bawang putih
  • Sebatang akar ketumbar
  • 2 sudu besar gula perang
  • Sesudu besar air perahan limau
  • Sesudu besar sos/kicap ikan
  • Serbuk lada (kasar)
  • Daun ketumbar (hiris /mayang)
  • Sesudu beras Goreng (tumbuk kasar)
Langkah penyediaan
  1. Perap daging bersama so selama 5 hingga 24 jam (simpan dalam peti sejuk)
  2. Bakar daging di atas bara sehingga masak (boleh juga bakar dalam oven
  3. Potong nipis daging yang telah masak
  4. Penyediaan Sos pencicah. Tumbuk bawang putih dan akar ketumbar sehingga lumat, campurkan bersama kicap, air limau, cili, beras Goreng Dan hirisan daun ketumbar.
  5. Curah sos di atas potongan daging bakar..dan sedia untuk di hidang
Credit : Zleq Kha COOKPAD

Wednesday, December 30, 2020

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan 
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi

  • 1/2 kg Daging Salai (dihiris nipis)
  • 200 ml Santan
  • 100 ml Air
  • 10 tangkai Cili Padi
  • 4 ulas Bawang Merah
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 2 batang Serai (dititik)
  • 1 keping Asam gelugor
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 1 helai Daun Kunyit
Cara penyediaan :-
  1. Kisar cili api, kunyit hidup dan bawang. Masukkan ke dalam periuk dan panaskan sebentar.
  2. Masukkan daging salai dan serai ke dalam periuk bersama sedikit air. Masukkan juga daun kunyit.
  3. Renehkan selama 30 minit sehingga danging salai tadi lembut.
  4. Masukkan 3/4 santan dan air ke dalam periuk. Pastikan sentiasa kacau agar santan tadi tidak naik minyak.
  5. Masukkan asam keping dan ubi kentang.
  6. Masak sehingga ubi kentang empuk.
  7. Masukkan lebihan 1/4 santan tadi beserta sedikit garam dan gula. Masak lagi 5 minit.
  8. Tutup api dan sedia dihidang.

Monday, December 28, 2020

Resepi Resepi Daging Bakar Sedap

Resepi Resepi Daging Bakar Sedap
Resepi Resepi Daging Bakar Sedap

Bahan-bahan Resepi Daging Bakar Sedap
  • Bawang putih 3-4 ulas - dicincang halus
  • Serai 2 batang - dipotong dan ditumbuk sedikit
  • Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
  • Sos tiram 1 sudu
  • Sedikit lada hitam
  • Sedikit garam
  • Beberapa ketul daging saiz sederhana
Cara penyediaan :
  1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging
  2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.
  3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging
  4. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.
  5. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali non stik.
  6. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.

Monday, December 7, 2020

Resepi Daging Masak Merah Thai


Resepi Daging Masak Merah Thai
Resepi Daging Masak Merah Thai


Bahan Bahan 
Resepi Daging Masak Merah Thai

  • 1kg Daging
Bahan tumis
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • Segenggam cili padi
  • 1 batang carot
Bahan rencah
  • 10 tangkai cili kering di blend dengan 3 bji bawang merah dan 3 biji ulas bawang putih
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • Kicap secukupnya
Cara Cara Memasak
  1. 1kg daging dihiris nipis, direbus dengan pewarna merah
  2. Daging yang dah direbus, digoreng pula
  3. Tumis bahan bahan di atas
  4. Kemudian masukkan bahan bahan rencah
  5. Tabur daun sup sebagai hiasan dan siap untuk di ngappp
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes