RESEPI HOT!

Saturday, February 1, 2020

Resepi Daging Bakar Ala Dannok

Resepi Daging Bakar Ala Dannok
Resepi Daging Bakar Ala Dannok

Bahan-Bahan Resepi Daging Bakar Ala Dannok:
  • 2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (selebar & sebesar tapak tangan lelaki dewasa, setebal 2 cm)*
  • 2 sudu besar sos tiram*
  • 2 dudu besar kicap cair*
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk halus*
  • 1 batang serai – dihiris nipis & ditumbuk halus*
  • 1 sudu kecil lada sulah*
  • 2 sudu besar gula perang*
  • 3 sudu besar susu cair* (saya tak letak sebab bahan takde)
  • 1 sudu kecil serbuk cili* (saya tak letak sebab bahan takde)
  • Sedikit aji – optional*
  • Sedikit minyak masak
  • 1 ketul arang size kecil
  • Aluminium foil
Cara Buat:
1. Perap daging selama 3-4 jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda *. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu (jangan letak bahagian beku pulak ye).
2. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil tu boleh start bakar daging atas pan ye. Letak sedikit minyak dulu dipermukaan pan, saya bakar selama 10 minit sahaja ye.. (5 minit setiap bahagian permukaan). Tak boleh terlebih masak, api sederhana je sebab kalau terlebih masak daging akan kering dan agak liat ye. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
3. Setelah daging masak tutup api dulu, kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan di atas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang, ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak ye dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
4. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja ye.
5. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong dan dihidangkan bersama sos pencicah thai.

Resepi Daging Bakar Ala Dannok


Bahan-Bahan:
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • 1 ulas bawang kecil – hiris nipis
  • 1 sudu besar serbuk beras pulut sangai (thai toasted rice powder)
  • 4 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula kelapa thai (thai palm sugar) – kalau takde boleh ganti dengan gula perang
  • 1 sudu sudu besar pes asam jawa adabi – cairkan dengan sedikit air panas
  • 2 sudu besar thai chilli flakes
  • 3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya sahaja
  • 1 sudu besar minyak masak/zaitun/jagung – optional
Cara Buat: Satukan semua bahan-bahan, kacau sebati dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidang bersama daging bakar ala Dannok.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes