RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Udang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Udang. Show all posts

Saturday, May 29, 2021

Resepi Udang Nestum

Resepi Udang Nestum
Resepi Udang Nestum

Bahan-bahan Resepi Udang Nestum
  • 20 ekor udang yang agak besar
  • 10 helai daun kari
  • 3 ulas bawang putih dicincang halus
  • 3 sudu besar butter
  • 3 biji cili api dihiris kasar
  • 1 sudu kecil serbuk stok ayam
  • 1/2 cawan nestum
  • minyak untuk menggoreng udang
Kaedah penyediaan
  1. Udang digaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan butter. Masukkan bawang putih, daun kari dan cili api. Masak sehingga berbau wangi.
  3. Masukkan pula nestum dan gaul sehingga nestum nampak garing. Matikan api. Masukkan udang yang telah digoreng ke dalam kuali. Gaulkan dia bersama nestum hingga sebati. Angkat dan hidangkan panas
Udang nestum ini mempunyai rasa yang rangup dibahagian luar dan lembut didalam. Penggunaan nestum dan butter menaikan aroma mewahnya, dan amat sesuai jika ingin dihidang kepada tetamu istimewa anda. Oleh itu jangan lupa dapatkan bahannya dan cuba resepi ini ya. Selamat mencuba!

Thursday, April 15, 2021

RESEPI UDANG BAKAR CHEESE

RESEPI UDANG BAKAR CHEESE
RESEPI UDANG BAKAR CHEESE

BAHAN - BAHAN RESEPI UDANG BAKAR CHEESE
  • Beberapa ekor udang ** disiangkan
  • Sedikit mentega
  • Keju mozzarella
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk lada sulah - lada hitam pun boleh
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.
2. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, garam dan lada sulah dalam satu bekas.
3. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.
4. Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.

Thursday, January 21, 2021

Resepi Udang Butter Nestum

Resepi Udang Butter Nestum
Resepi Udang Butter Nestum

Ramuan Resepi Udang Butter Nestum
  • 30 ekor udang
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar butter
  • 3 ulas bawang putih-di cincang
  • 2-3 biji cili api
  • 2 tangkai daun kari
  • 3/4 cawan nestum
Langkah penyediaan
  1. Gaul udang dengan garam & tepung jagung
  2. Goreng di dlm minyak yg panas hingga masak & garing. Angkat & toskan
  3. Cairkan butter. Tumis bawang putih, cili api & daun kari sampai naik bau.
  4. Masukkan udang & nestum. Gaul hingga nestum menjadi sedikit garing & bersalut dengan udang

Thursday, December 31, 2020

Resepi Udang Masak Bali

Resepi Udang Masak Bali
Resepi Udang Masak Bali

Bahan-bahan Resepi Udang Masak Bali
  • 1 kg udang dibersihkan
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 biji bawang putih dihiris
  • 2 btg serai diketuk
  • 2 senduk cili kering kisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 keping asam keping
  • 1 sdk garam
  • 2 sdb gula
  • 2 sdb kicap
Cara penyediaan :-
  1. Tumis bawang Dan serai
  2. Tambah daun kari
  3. Tumiskan sekali cili kering kisar. Masak sampai pecah minyak.
  4. Tambahkan bahan perasa iaitu garam gula dan Asam keping. Tambah Kicap.
  5. Tambah udang Dan masak hingga mesra.

Sunday, December 6, 2020

Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas

Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas
Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas

BAHAN-BAHAN Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas:
  • 5 - 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah)
  • 1 biji nenas Sarawak saiz kecil
  • 3 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 800 ml santan cair
  • 400 ml pati santan
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
  • 2 biji cili merah
  • 20 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan
  • 2 biji buah keras
  • 2 keping hirisan nenas
  • 1/2 inci kunyit hidup

Cara menyediakan Udang Masak Lemak Dengan Nenas
1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki2nya. Cuci bersih dan toskan.
2. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar-kasar, ketepikan.
3. Masukkan udang, serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.
4. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.
5. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-lauk lain

Resepi Udang Masak Nenas Butter

Resepi Udang Masak Nenas Butter
Resepi Udang Masak Nenas Butter

Bahan-Bahan Resepi Udang Masak Nenas Butter:
  • Udang galah
  • Halia cincang halus
  • Bawang holland cincang
  • Nenas cincang
  • Buttercup
  • Sos tiram
  • Garam
  • Serbuk blackpepper
  • Daun sup
  • Minyak masak
  • Air
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak masak, masukkan buttercup dan cairkan. Apabila butter dah cair tumis halia sehingga perang.
2. Masukkan bawang holland dan goreng sehingga perang. Masukkan nenas dan goreng sampai perang.
3. Kemudian, masukkan sedikit sos tiram dan masukkan sedikit air. Masukkan udang dan masak sehingga kuah hampir kering.
5. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa, sedikit serbuk blackpepper dan daun sup. Hidangkan.

Saturday, December 5, 2020

Resepi Udang Goreng Kunyit


Resepi Udang Goreng Kunyit
Resepi Udang Goreng Kunyit

Bahan-bahan 
Resepi Udang Goreng Kunyit 
diperlukan:
  • 6 ekor udang
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • Sebatang cili merah (dihiris serong)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 5 batang kacang buncis (dihiris serong)
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk kunyit
  • Tepung jagung
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Bersihkan udang. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit, garam, sos tiram & sedikit tepung jagung.
  2. Masukkan minyak sederhana banyak. Bila minyak dah betul2 panas, masukkan semua udang yang digaul tadi ke dalam kuali.
  3. Goreng sekejap sehingga garing & ketepikan.
  4. Asingkan atau keluarkan minyak lebihan tadi, tinggalkan sedikit sahaja & masukkan bawang putih & hirisan bawang besar.
  5. Tumis hingga naik bau & masukkan kacang buncis & cili merah.
  6. Perasakan dengan sedikit gula & garam.
  7. Masukkan udang yg telah digoreng tadi.
  8. Gaul rata & siap untuk dihidang.

Tuesday, December 1, 2020

Resepi Sambal lado udang

Resepi Sambal lado udang
Resepi Sambal lado udang

Bahan-bahan Resepi Sambal lado udang
  • Udang
  • 4 tangkai cili padi merah*
  • 2 tangkai cili hidup hijau*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah*
  • 1 biji tomato*
  • 2 inchi halia*
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Serbuk kunyit
Cara penyediaan
  1. Blend/chopper semua bahan yang bertanda (*). Saya guna chopper untuk bagi nampak bahan tu kasar2 sikit.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang dah blend tadi dan kacau sehingga agak kering sedikit.
  3. Masukkan serbuk kunyit sedikit untuk mencantikkan masakan. Dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan udang yang dah dibuang kulit dan siapppp. Makan dengan nasi panas2. Yummehhhh 😍
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes