RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Singgang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Singgang. Show all posts

Wednesday, July 13, 2022

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

BAHAN-BAHAN RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN:
  • 1 keping daging – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 inci lengkuas – hiris
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil
  • 1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.

2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.

3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.

4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie

Tuesday, August 17, 2021

Resepi Singgang Pedas Ikan Patin

Resepi Singgang Pedas Ikan Patin
Resepi Singgang Pedas Ikan Patin

Bahan-bahan Resepi Singgang Pedas Ikan Patin
4-5 orang
  • Seekor ikan patin saiz sederhana yang telah dibersihkan lalu direndam dengan air asam jawa seketika untuk hilangkan hanyirnya
  • 5 biji ciliapi(boleh guna cili merah jika mahu kurang pedas)
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit
  • 3 cawan air
  • 5 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • 3 kuntum bunga kantan dibelah dua
  • Seikat daun kesum(7-10 tangkai)
Langkah penyediaan
  1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.
  2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan secawan air ke dalam pengisar. Kisar biar halus.
  3. Masukkan bahan kisar, asam keping,2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
  5. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.Setelah siap masak boleh dihidangkan.

Sunday, February 7, 2021

Resepi Singgang Sotong

Resepi Singgang Sotong
Resepi Singgang Sotong

Bahan-Bahan Resepi Singgang Sotong:
  • 200 grm sotong
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 sk garam
  • 3 cawan air
Cara-Cara:
  1. Masukkan serai, cili padi,bawang merah dan putih serta halia kedalam air. Biar mendidih.
  2. Masukkan sotong dan daun limau purut..Kacau.Bila da mendidih Masukkan tomato. Perasakan dengan garam.
  3. Kacau sehingga semua masak. Siap.
Credit : Asz Haniey COOKPAD

Saturday, January 23, 2021

Resepi Singgang Sotong

Resepi Singgang sotong
Resepi Singgang sotong

Bahan-bahan Resepi Singgang Sotong
  • Sotong
  • 2 batang serai
  • 1 biji bawang merah kecil
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 inci halia
  • 2 biji cili padi
  • 2-3 keping asam gelugor
  • 2 cawan air
  • Garam
Langkah penyediaan
  1. Potong sotong ikut citarasa sendiri. Saya tak buang kulit sebab nak bagi kuah nampak effect purple sotong tu.
  2. Serai diketuk. Bawang merah, bawang putih, bawang holland dan halia dipotong. Cili padi dibelah dua. Masukkan semua bahan ni bersama 2 cawan air dan asam gelugor dan masak sehingga mendidih.
  3. Akhir sekali masukkan sotong dan perasakan dengan garam. Masak sehingga mendidih dengan api besar. Sotong jangan masak lama lama nanti liat sangat. Shiapppp 🥰

Resepi Singgang Tulang Kelantan

Resepi Singgang tulang kelantan
Resepi Singgang tulang kelantan

Bahan-bahan Resepi Singgang Tulang Kelantan
  • 6 ketul tulang rusuk (siap potong)
  • 3 ketul tulang bhgian kaki
  • 5 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 biji cili kering dipotong 1cm
  • 1 sudu besar rempah biji/ketumbar
  • 4 keping asam gelugur
  • 2 sudu budu
  • 1 periuk besar air
  • Secubit garam
  • Secubit gula
Cara penyediaan :
  1. Masukkan daging dalam seperiuk air dan didihkan
  2. Bawang merah,bawang putih, halia, lengkuas,dipotong halus dan dimasukkan ke dalam rebusan daging yang sedang mendidih
  3. Masukkan rempah biji, asam gelugur, dan cili kering
  4. Masukkan budu, garam dan gula (saya tak letak gula). Masak sehingga daging benar empuk
  5. Sedia dihidang. Selamat mencuba
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes