RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Ikan Keli. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ikan Keli. Show all posts

Thursday, January 5, 2023

RESEPI IKAN KELI GORENG THAI

RESEPI IKAN KELI GORENG THAI

RESEPI IKAN KELI GORENG THAI
RESEPI IKAN KELI GORENG THAI

Bahan-bahan:
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Cili padi (ikut citarasa masing-masing nak letak berapa biji)
*bahan-bahan tersebut di kisar ataupun ditumbuk
  • 1 labu bawang besar
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili/tomato
  • Ikan keli yang sudah digoreng kunyit
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. tumis bahan yang dikisar tadi bersama 2 serai sehingga pecah minyak dan naik bau. 
  3. Masukkan sedikit air. 
  4. Selepas itu masukkan sos tiram dan sos tomato. 
  5. Kacau sehingga sebati. 
  6. Kemudian masukkan pula bawang besar yang sudah dipotong bersama daun limau purut. 
  7. Masukkan sedikit serbuk perasa. 
  8. Gaul sehingga rata dan selepas itu masukkan ikan keli goreng kunyit tadi. 
  9. Kacau semuanya sehingga sebati. 
  10. Bila dah rasa ok tutup api dan boleh lah hidang untuk dimakan bersama keluarga

Friday, July 30, 2021

Resepi Ikan Keli Goreng Berempah

Resepi Ikan Keli Goreng Berempah
Resepi Ikan Keli Goreng Berempah

Bahan-bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berempah:
  • 5 ekor ikan keli (dibasuh dengan cuka, limau nipis atau air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan. Toskan)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh membukit garam(boleh tambah jika kurang)
  • 2 cubit gula
  • 1 sudu teh serbuk cili *optional
  • 2 sudu besar tepung beras atau tepung jagung
Bahan kisar:
  • 1½ sudu besar jintan manis
  • 1½ sudu besar biji ketumbar
  • 2 batang serai (setiap batang dipotong tiga)
Cara-cara:
  1. Kisar sekejap sahaja bahan kisar.
  2. Lumurkan ikan keli dengan bahan kisar, serbuk kunyit, garam, gula dan serbuk cili. Gaul rata.
  3. Perapkan selama 1 jam supaya bahan kisar meresap elok.
  4. Panaskan minyak dan lumurkan ikan keli yang diperap dengan tepung beras. Gaul rata.
  5. Setelah minyak panas, goreng ikan sehingga garing.
  6. Sedia untuk dihidang.

Friday, January 22, 2021

Resepi Ikan Keli Berlada

Resepi Ikan Keli Berlada
Resepi Ikan Keli Berlada

Bahan Resepi Ikan Keli Berlada:
  • Halia*
  • Kunyit*
  • Serai*
  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Lada besar*
  • Lada kecik*
  • Gula
  • Garam
( bahan yang bertanda * tumbuk atau blender kering )

Cara penyediaan :

👉panaskan minyak
👉tumis bahan yang di tumbuk / diblnder
👉dah masukkan garam & gula
👉gaul sampai agak kering / pecah minyak masukkan ikan yg digoreng tadi
👉gaul rata tutup api dah pun siap

( boleh tukar kepada ayam / ikan patin pun sedap)

Sunday, November 15, 2020

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Tempoyak

Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Tempoyak
Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Tempoyak

Bahan-bahan Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Tempoyak
  • Ikan keli salai
  • Cili Padi
  • Bawang Merah
  • Kunyit
  • 1 kotak santan
  • garam
  • gula
  • asam keping
  • serai
  • tempoyak
Cara penyediaan
-Panaskan periuk tanpa minyak.
-Masukkan bahan blend. (Cili padi, bawang merah n kunyit)
-Masak seketika. Tambah sedikit air masak.
-Kemudian masukkan 1kotak kecil santan (Kara brand) Tambah air dlm kotak tersebut 1.5
-Perasakan sedikit garam kasar n gula.
-Kemudian campakkan asam keping dan sebatang serai ketuk.
-Masak seketika. Kemudian masukkan ikan keli yg siap disalai.
-Kacau perlahan ratakan ikan bersama kuah.
-Masukkan tempoyak. Kacau perlahan.
-Akhir sekali masukkan sawi manis/sawi bunga. Masak seketika. Kemudian siap! 😊😊

Selamat mencuba

Friday, June 12, 2020

Resepi Ikan Keli Masak Lemak

Resepi Ikan Keli Masak Lemak
Resepi Ikan Keli Masak Lemak
Bahan-Bahan Resepi Ikan Keli Masak Lemak:
  • 3 ekor ikan keli, dibasuh bersih dengan asam jawa dan limau lalu dibelah 3
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Sedikit kunyit hidup, ditumbuk
  • 8 biji cili padi, ditumbuk
  • 3 biji ubi cekur, dibelah 4
  • 7 helai daun cekur, dimayang halus.
  • 200ml santan cair
  • 50ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-Cara:
  1. Dalam periuk, masukkan 3 sudu besar minyak dan panaskan atas api sederhana besar.
  2. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi dan ubi cekur.
  3. Masukkan sedikit air dan tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  4. Apabila bahan tumis sudah mendidih, masukkan santan cair.
  5. Masukkan daun cekur yang telah dimayang halus.
  6. Kacau dan masukkan ikan keli. Tutup periuk dan biarkan selama 15 hingga 20 minit.
  7. Masukkan santan pekat dan kacau selama 2 minit.
  8. Perasakan kuah dengan garam dan gula secukupnya.

Tuesday, April 14, 2020

Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim

 Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim
 Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim
Bahan-bahan Resepi Ikan Keli Bakar Sambal Stim :
Ikan keli. ( Ikutlah mahu berapa ekor. Basuh dengan garam, asam jawa, gaul, cuci bersih, perah limau, cuci lagi bagi hilang hanyir ikan, toskan, kelar-kelar ikan.)
Daun pisang secukupnya

Bahan Sambal
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas
  • 10-15 tangkai cili kering, ikut pedas yang anda mahu. Potong kecil dan rebus dulu
  • Sedikit cili api
  • 2 biji cili merah besar
  • Belacan sedikit
(blender bahan ini sampai hancur)
  • Bahan Perasa
  • Garam
  • Pati bilis
  • Perasa
  • Gula
  • Air keping atau asam jawa (ikut keasaman yang anda suka)
Cara Memasak
1. Panaskan minyak, tumis bahan blender.
2. Bila menggelegak bubuh semua bahan perasa, biarkan pecah minyak.
3. Kalau sudah pecah minyak masukkan air. Masak lagi sampai cili betul-betul masak. Siap dan boleh tutup api.


4. Hamparkan daun pisang atas kuali leper. Curahkan bahan sambal sedikit di atas daun pisang.
5. Letak ikan. Curah lagi sambal selebihnya menutupi ikan.
6. Tutup ikan dengan tudung periuk kukus. Slowkan api. Biarkan ikan masak secara bakar stim.
7. Dalam 10 minit tak perlu tengok tapi balik-balikkan untuk bagi masak sekata. Siap.

Selamat mencuba.

Wednesday, January 22, 2020

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Resepi Ikan Keli Goreng Berlada
Resepi Ikan Keli Goreng Berlada

Bahan-bahan Resepi Ikan Keli Goreng Berlada
  • 5 ekor ikan keli sederhana besar - disiang dan dibersihkan
  • Sedikit air asam jawa.
  • Bahan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
  • Serbuk Kunyit secukupnya
  • Bahan ditumbuk/dikisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili padi (tambah jika nak pedas)

Cara-cara penyediaan :-
  1. Gaulkan ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit. Biar seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk atau dikisar sehingga garing dan naik bau.
  4. Setelah itu, masukkan air jika terlalu kering bersama sedikit air asam jawa.
  5. Kemudian, masukkan bahan perasa. Kacau rata.
  6. Masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi dan gaulkan bersama sambal tumis.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes