RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Bihun. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bihun. Show all posts

Thursday, August 26, 2021

Resepi Bihun Goreng Sedap

BAHAN-BAHAN
  • 1 sb bawang putih kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 1sb bawang besar kisar
  • 4 sb cili kisar
  • 4 sb kicap pekat Jalen
  • 4 sb sos cili
  • 4 sb sos tomato
  • 1 sk garam
  • 2kiub pati ayam
  • 1 sk serbuk perasa
  • 1 mangkuk isi ayam
  • 1 sb gula
  • 3 biji telur
  • 1 mangkuk air
  • 2 bungkus bihun
  • 1 mangkuk sawi
CARA-CARA
  1. Tumis bawang putih kisar, bawang besar dan bawang besar kisar.
  2. Tumis sehingga naik bau harum, kemudian masukkan cili kisar.
  3. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
  4. Kemudian kicap pekat Jalen, kacaukan.
  5. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacaukan.
  6. Kemudian masukkan garam, kiub pati ayam dan serbuk perasa. Kacaukan lagi.
  7. Kemudian masukkan isi ayam, gula , telur dan air. Kacaukan lagi sehingga sebati dan telur masak.
  8. Kemudian masukkan bihun yang telah direndam dan di tos.
  9. Boleh tambahkan serbuk perasa jika kurang rasa.
  10. Kacaukan bihun sehingga sebati.
  11. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan kacaukan sehingga sedikit layu dan masak.
NOTES
Tips nak dapat bihun cantik jangan kerap kacau. Sekadar sebatikan sahaja.

Kredit: Nurul Huda Sulaiman

Friday, July 30, 2021

RESEPI BIHUN REBUS MUDAH DAN SEDAP

RESEPI BIHUN REBUS MUDAH DAN SEDAP
RESEPI BIHUN REBUS MUDAH DAN SEDAP

Bahan kisar
  • *2 biji Bawang besar
  • *5 biji Bawang putih
  • *Halia sikit
Bahan-bahan lain
  • Isi ayam
  • Sayuran ikut suka
  • Lada hitam (tumbuk kasar @ serbuk)
  • Cili padi
  • Telur
  • Garam
  • Bihun / mee (nak celur dan letak asing pun boleh, atau nak masakkan skali dalam kuah terus pun boleh
CARA-CARA
1. Kisar & Tumis

Mula-mula, kisarkan bawang dan halia. Kalau nak lagi sedap boleh lebihkan sikit. Baru kuah tu rasa manis-manis dari bawang.

Inilah rahsia yang jadikan mee atau bihun rebus lebih sedap. Sebelum ni saya dah cuba tumbuk dan ternyata kalau kisar memang lagi sedap.

Ok seterusnya bila dah kisar, sediakan periuk dan tumiskan bahan kisar tadi.

2. Masukkan Air

Kemudian masukkan air ikut lebih kurang banyak mana kita nak kuah.

3. Bubuh Isi Ayam & Bahan Lain

Seterusnya masukkan isi ayam.

Lepas tu, masukkan serbuk lada hitam.

Biarkan sekejap dan bila dah mendidih masukkan sayur-sayur, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.

4. Celur Bihun


Saya celur bihun asing daripada kuah. Sebabnya ada yang nak makan lambat.

Kalau nak masukkan siap-siap mee @ bihun masa masak tu pun boleh.

Mudah Tapi Sedap & Berkhasiat

Wah, mudah kan? Kejap je dah siap.

Sesuai buat untuk makan sarapan, makan tengah hari atau makan malam jugak. Anak-anak pun mesti suka dengan hidangan berkuah sup macam ni.

Kalau nak lagi best, boleh tambah pedas atau makan dengan cili kicap atau sambal. Power!

Selamat mencuba.

Wednesday, April 28, 2021

RESEPI BIHUN KUNG FOO

RESEPI BIHUN KUNG FOO
RESEPI BIHUN KUNG FOO

BAHAN - BAHAN RESEPI BIHUN KUNG FOO
  • 1/2 bungkus bihun digoreng dalam minyak panas.
  • 2-3 ulas bawang putih cincang
  • Isi ayam
  • Fishcake
  • Udang
  • Kailan
  • Carrot
  • Bunga kobis
  • 1 kiub ayam
  • Serbuk lada sulah
  • 1 sdb tepung jagung + air
  • 1 telur dipukul
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih.
2. Masukkan isi ayam, udang kacau hingga separuh masak.
3. Masukkan air, kiub ayam, garam dan lada sulah.
5. Masukkan carrot dan bunga kobis biar hingga lembut.
6. Masuk sawi dan fishcake, tepung jagung biar kuah likat sikit.
7. Tuang telur, kacau perlahan.
8. Letak mihun dlm pinggan dan tuang kuah atas bihun.
9. Siap!

kredit Resepi - Rozmaliza Omar

Wednesday, February 3, 2021

Resepi Bihun Goreng Putih Mudah

Resepi Bihun Goreng Putih Mudah
Resepi Bihun Goreng Putih Mudah

Bahan-bahan Resepi Bihun Goreng Putih Mudah
  • 1 paket bihun Cap Burung Kenari (rendam dgn air suam2 kuku hingga lembut)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 labu bawang merah bombay (dihiris)
  • 1 cawan isi ayam (potong kiub)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil Nazri ajinomoto
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan kubis (hiris halus)
  • 1/2 batang lobak merah (hiris halus)
  • 1 biji lemon (blh guna limau kasturi)
  • 2 biji cili padi (hiris kecil)
  • 1 helai daun bawang (hiris kecil)
Langkah penyediaan
  1. Toskan bihun. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan chilli flakes hingga naik bau. Masukkan isi ayam dan kacau 1-2 minit. Pecahkan telur dan kacau.
  2. Masukkan bihun, garam, ajinomoto dan gula, gaul rata. Masukkan kubis dan lobak merah. Kacau lagi hingga rata dalam 5-7 minit. Tutupkan api, sedia dihidangkan tabur cili padi dan daun bawang, perahkan limau.
Credit : Dapur Yusfarisyia COOKPAD

Tuesday, January 28, 2020

Resepi Bihun Soto Ayam Bakar

 Resepi Bihun Soto Ayam Bakar

Resepi Bihun Soto Ayam Bakar

Resepi Sup –
Bahan & Cara Buat:
  • Kaki ayam
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Rempah sup adabi
  • Lada hitam
  • Kentang
  • Carrot
  • Daun saderi
  • Garam & Gula
  • Minyak untuk menumis
  • Air
1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, dan buah pelaga.
2. Masukkan air, biarkan mendidih. Masukkan rempah sup adabi dan lada hitam. Masukkan kaki ayam dan rebus sampai empuk.
3. Masukkan kentang, carrot, dan daun saderi. Perasakan dengan cukup rasa garam dan gula.

Resepi Ayam Bakar –
Bahan & Cara Buat:
  • Ayam
  • Madu
  • Sos lada hitam
  • Halia
  • Bawang putih
1. Perap bersama madu, sos lada hitam, halia, dan bawang putih. Bakar di atas bara api.

Cara Menyediakan:
1. Celur bihun, kemudian bila hidangkan, masukkan kuah sup. Kemudian, baru tabur ayam bakar yang dicarik-carikkan isinya, kacang goreng, taugeh, daun sup, dan bawang goreng.
2. Untuk sambal kicap. Cili api, kicap, bawang putih, air limau, gula, dan ajinomoto. Blender kesemuanya. Siap Untuk Dihidang.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes