RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts
Showing posts with label Resepi Mee. Show all posts

Friday, April 23, 2021

Resepi Mee Kari Simple

Resepi Mee Kari Simple
 Resepi Mee Kari Simple

Bahan-bahan Resepi Mee Kari Simple

  • 4 bji bawang merah bland
  • 1 labu bawang putih bland
  • 2 pek serbuk kari daging (yg kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3sekawan (yg rm1 tu)
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • fishcake
  • fishball
  • tauhu kering 
  • isi ayam atau tulang2 ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • gula & garam secukupnya
  • air
  • ikan bilis segenggam dan bland dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)😊😊

bahan hiasan:-

  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi 
  • Taugeh
  • Limau kasturi

Cara penyediaan

  1. Tumis bahan kisar , 3sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
  2. masukan batang sawi yang dah di potong.. batang sahaja ok... daun dia jangan masuk skli dalam kuah ni... Masukkan ayam , fishball ,fishcake
  3. Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai2 la bajek air k....
  4. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya.. kalau suka pak aji boleh masukan sedikit... last sekali masukan tauhu kering....
  5. tunggu sampai mendidih... siap.... boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.... ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap... saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu...😊😊😊😊✌

Kredit Resepi : are peace dan Anisza mohd Shukri

Friday, January 22, 2021

Resepi Mee Rebus Terengganu

Resepi Mee Rebus Terengganu
Resepi Mee Rebus Terengganu

Bahan-bahan Resepi Mee Rebus Terengganu
  • 300 g mee kuning. (Celur)
  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 biji bawang putih (ketuk)
  • 1/2 inci halia (ketuk)
  • 1 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk)
  • 1 mangkuk kecil daging (rebus dan hiris nipis)
  • 3 helai sawi
  • 1/3 batang lobak merah (potong sedang)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • 1 sudu kecil garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Hiasan
  • 1 biji cili merah (hiris halus)
  • Daun bawang secukupnya (hiris)
Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan air secukupnya. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk. Biar hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan daging yang telah direbus dan lobak merah.
  4. Lobak merah dah empuk..masukkan telur. Tak perlu dikacau. Biar telur masak.
  5. Masukkan mee dan sayur sawi. Kacau perlahan2.
  6. Taburkan cili merah dan daun bawang. Tutup api. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Mee Kari Bonda

Resepi Mee Kari Bonda
Resepi Mee Kari Bonda

Bahan-bahan Resepi Mee Kari Bonda
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil2)
  • 2 bungkus mee(dicelur)
  • 15 ekor udang
  • 2 kiub ayam
  • Garam dan gula
  • 4 liter air
  • Minyak masak
  • keping Asam
Bahan kisar
  • 4 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Bahan tumis
  • 4 sekawan(kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga)
  • 2 batang serai diketuk
  • Daun kari 4 tangkai
  • 8 sudu besar serbuk kari ikan/ayam
Bahan hiasan
  • 5 biji telur (direbus)
  • Sawi (potong n celur)
  • Tauge (potong dan celur)
  • Fishcake/fishball
  • Tauhu kering
  • Lada besar merah
  • Daun sup dan bwang
  • Bawang goreng
Langkah penyediaan
  1. Tumiskan bahan kisar dan bahan tumis sehingga naik bau. Masuk serbuk kari ikan/daging. Masukkan ayam. Masukkan juga air sedikit.biarkan sampai ayam empuk.
  2. Masukkan fish cake, fish ball,kiub ayam, udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.
  3. 'Siap. Boleh dihidangkan. Selamat mencuba

Monday, December 28, 2020

Resepi Mee Jawa Paling Sedap

Resepi Mee Jawa Paling Sedap
Resepi Mee Jawa Paling Sedap

Bahan-bahan Resepi Mee Jawa Paling Sedap
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 1/2 kg daging [rebus lembut dan hiris nipis]
  • 300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
  • 2 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 5 biji cili merah (dihiris)
  • 3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
  • 3 biji telur rebus (dibelah)
  • 3 biji limau nipis (dibelah)
  • Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah
  • 1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
  • Bahan Mesin halus
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • Sedikit halia
  • sedikit lengkuas
  • 100 gm udang kering
  • sedikit cili padi, jika suka pedas
  • 2 sb cili kisar
  • 3 sb serbuk kari daging
  • air rebusan daging
  • 1 cawan air
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit gula
Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan air dan kacau.
  3. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
  4. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
  5. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.

Monday, December 7, 2020

Resepi Mee Hailam Seafood

Resepi Mee Hailam Seafood
Resepi Mee Hailam Seafood

Bahan-Bahan Resepi Mee Hailam Seafood:
  • 1 paket mee kuning 500grm
  • 5 ekor sotong saiz sederhana
  • 10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 sudu besar cili boh
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1/4 bunga kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus baby corn
  • 2 gelas air
  • 2 tangkai daun bawang
  • 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • 1 sudu besar Sos cili
  • 1 sudu besar Sos tomato
  • 1 sudu besar Sos tiram
  • 3-4 sudu besar Kicap manis
  • 1/2 – 1 sudu besar Kicap pekat
  • 1/4 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/4 sudu teh serbuk lada putih
Cara Memasak:
1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih hingga agak hancur. Tumis bawang dan cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan semua jenis sos dan kicap.
2. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan sotong, baby corn dan bunga kobis. Biarkan mendidih dalam 3 – 5 minit.
3. Tutup kuali. Kalau sotong sederhana, 3 minit dah cukup. Sotong yang besar 5 minit. Sotong kalau dimasak lama jadi liat pulak.
4. Masukkan udang dan carrot. Biarkan mendidih selama 3 minit. Masukkan tepung jagung yang dibancuh. Perasakan dengan garam, lada putih dan lada hitam.
5. Korang boleh adjust rasanya ikut pada selera korang lah yek. Nak rasa kicap lebih tambahlah kicapnye, nak kuah agak pekat boleh tambah tepung jagung, nak kuah lebih tambah ajer airnya.
6. Masukkan mee, cili dan sawi. Kacau sekejap, jangan lama sangat nanti mee kembang. Sawi masuk last sekali supaya tak lembik dan masih rangup bila dimakan.
7. Bila sudah siap, untuk dihidangkan nanti taburlah atas mee hailam dengan hirisan daun bawang.

Tuesday, July 21, 2020

Resepi Mee Hailam Sedap!

Resepi Mee Hailam
Bahan-Bahan Resepi Mee Hailam :

– Mee kuning
– Udang, ayam, sotong,daging
– Lada sula
– Lada hitam
– Tepung jgung
– Karot
– Sawi
– Halia
– Bawang putih dan merah

Cara masak 
– Rebus daging sikit,air rebusan boleh dibuat menjadi kuah
– Tumis bawang halia,masukkan ayam, daging, udang,
– Masukan lada hitam yang sudah ditumbuk, masukan sos tiram dan letak air rebusan daging.
– Letak kicap masin & manis & lada sula…masukan sayur last sekali bancuh sedikit tepung jagung masukan ke dalam kuah kemudian masukan mee.
– Dan siap! untuk dihidangkan

Saturday, April 4, 2020

RESEPI MEE GORENG MAMAK

RESEPI MEE GORENG MAMAK
RESEPI MEE GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN RESEPI MEE GORENG MAMAK:
  • Mee kuning 1 bungkus
  • Udang sederhana (buang kulit)
  • Bawang Putih(hiris)
  • Bawang Merah(hiris)
  • Kicap cair & pekat
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Cili Bo
  • Tauhu(digoreng dahulu)
  • Kentang(potong dadu & goreng)
  • Taugeh 
  • Daun Kubis
  • Tomato
  • 3 biji telur(pecah & kacau)
  • Fish cake(hiris)
  • Cili(hiris)
  • Serbuk perasa Knorr/Maggi
CARA MEMASAK MEE GORENG

Pertama kali, tumis bawang putih + bawang merah + cili boh sehingga naik minyak. Then tambah sos cili + sos tiram + kicap pekat dan biarkan masak sekejap. Kemudian masukkan udang + fish cake + tauhu + kentang + daun kubis. Tolak bahan ke tepi dan masukkan telur yg dikacau dan gaul sehingga telur masak sedikit dan kemudian masukkan mee, gaul sebati. Lastly masukkan tomato + taugeh + cili. Perasakan dengan serbuk perasa & kicap cair jika perlu. Hidang bersama perahan limau kasturi + bawang goreng:)

Kredit : resipi mak cik bawang

Sunday, March 1, 2020

RESEPI MEE KUNGFU

RESEPI MEE KUNGFU
RESEPI MEE KUNGFU

Bahan-bahan buat mee:
  • 500gm mee kuning
  • 4 biji telur gred A @ 5 biji gred B
  • 1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
Caranya:
1. Gaul semua bahan diatas.
2. Panaskan minyak dalam fry pan, Goreng mee diatas anggaran untuk seorang makan. Goreng hingga kekuningan kedua belah permukaan. Buat sampai habis

Bahan-bahan kuah:
  • 7 ulas bawang putih diketuk
  • 150gm isi ayam dipotong kecil
  • 10 ekor udang dibuang kulit
  • 3 ekor sotong dipotong bulat
  • 2 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
  • 4 cawan air
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 5 batang baby corn dipotong memanjang
  • 5 tangkai cili padi diketuk
  • carrot dipotong panjang & halus
  • hirisan brokoli
  • hirisan kobis bunga
  • garam secukup rasa
  • molassses brown sugar secukup rasa
  • sedikit bahan perasa
  • minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan.
2. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
3. Masukkan udang & sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih
5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.
6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes