RESEPI HOT!

Tuesday, October 25, 2016

Resepi Mee Kuah Daging

Resepi Mee Kuah Daging

BAHAN-BAHAN :
2 peket mee kuning - secukupnya
1 kilo daging
2.5 liter air rebusan daging
sos tomato secukupnya
sos cili secukupnya
1 cawan kuah kacang
3 biji kiub stock ikan bilis
4 biji telur - utk pekatkan kuah
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN :

8 biji telur rebus - dipotong 2
hirisan cili merah secukupnya
hirisan daun bawang secukupnya
Sayur taugeh dan sawi dicelur - secukupnya
Bawang goreng secukupnya

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

CARA MEMASAK :

1) Rebus daging lembu sampai empuk kemudian daging dipotong kecil dan simpan semua air rebusan tadi . Panaskan minyak secukupnya dan tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar sampai timbul bau wangi dan pecah minyak . Masukkan air rebusan daging serta kacau kuah dan masukkan kiub stock ikan bilis , kuah kacang secukupnya , sos tomato dan sos cili secukupnya . Jika suka masam boleh ditambah lagi sos tomato .
2) Kacau semua bahan-bahan dan boleh dimasuk semula daging ke dalam kuah serta biarkan kuah masak sampai mendidih . Masukkan garam dan gula secukup rasa kemudian pecahkan 4 biji telur ke dalam mangkuk serta kacau telur ni sedikit dan masukkan ke dalam kuah tadi . Kacau pelahan-lahan kuah sampai telur masak . Tujuan telur ni dmasuk ke dalam kuah adalah untuk pekatkan kuah .
3) Celur mee , taugeh dan sawi kemudian tos serta ketepikan dulu , rebus semua telur .
4) Cara menghidang mee ni , mula-mula masukkan sayur taugeh/sawi dahulu dalam mangkuk kemudian mee dan tuangkan kuah bersama isi daging , telur rebus , bawang goreng , cili merah dan daun sup —

Share this:

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes