RESEPI HOT!
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Wednesday, December 22, 2021

Resepi Buko Pandan Cheese

Bahan-bahan untuk Buko (A):
  • Isi kelapa dihiris halus (2 biji)
  • 1 mangkuk sagu direbus dan dicuci
  • 1 mangkuk agar-agar perisa kelapa pandan buatan sendiri dan dipotong dadu
  • 1 tin Nata de Coco perisa Original @ Laici
  • Cheddar cheese secukupnya
Bahan-bahan untuk kuahnya (B):
  • Air kelapa dari 2 biji kelapa
  • 500g @ Separuh kotak Fresh Cream (Value Pride)
  • 2 kotak susu full cream
  • 3 tin susu cair
  • 2 tin susu pekat (ejas ikut kemanisan yang disukai)
  • Air dari Nata de Coco pun boleh masuk sekali jangan buang
  • Perisa kelapa pandan
  • Pewarna Hijau
Cara-caranya:
  1. Campurkan semua bahan A, seperti dalam gambar Buko tanpa kuah. Parutan cheese atas sekali.
  2. Campurkan semua bahan B. Ejas ikut tekak masing-masing. Masa ni kena buat manis lebih sebab bila dah campur dengan semua bahan dia akan kurang manis. Sejukkan dalam peti sejuk.
  3. Kalau nak makan dalam masa yang singkat boleh campur semua bahan dan letak ice cube.
Tips:
  1. Saya tak campur air biasa dan gula pasir dalam bahan kuah ya. Semua kemanisan daripada susu pekat dan fresh cream. Jadi kalau nak buat banyak, tambah saja susu full cream banyak-banyak dan ejas kemanisan guna susu pekat, pasti customer anda tak nampak dah resepi lain.
  2. Tak suka ada cheese, tak payah cheese. Pun sedap tau. Dua-dua saya jual tapi review lebih ramai suka cheese lemak-lemak gitu.
  3. Doakan saya dan kita semua murah rezeki…saya ikhlas berkongsi resepi dan tips. Terima kasih semua, selamat mencuba.

Tuesday, June 8, 2021

Resepi Cucur Sayur Rangup

Resepi Cucur Sayur Rangup
Resepi Cucur Sayur Rangup


Bahan-Bahan Resepi Cucur Sayur Rangup:

Bahan A –
  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum *
  • 1 sudu kecil baiking powder *
  • 1 sudu kecil garam atau terpulang citarasa anda *
  • 1 sudu serbuk ikan bilis ..tak ada pun tak apa *
  • 1 sudu besar minyak masak*
  • 1 biji telor ayam *
Semua Bahan yang ditandakan * hendaklah digaul rata

Bahan B –
  • 1 cawan sayur kobis bulat yang dihiris halus
  • 1 cawan karet yang dihiris halus
  • 1 cawan daun sop, daun bawang yg telah dipotong
  • 1 biji bawang besar yg dihiris halus
  • 1 biji cili hijau yg dihiris halus atau tak mahu pun tak apa. Saya suka cucur saya bewarna warni
  • Atau terpulang sayur yang menjadi pilihan anda.
  • 2 cawan air JANGAN dihabiskan, bergantung pada tepung anda, bancuhan jangan terlalu pekat dan cair
Pilihan Lain –
  • Ikan Bilis hendaklah digoreng dahulu baru dimasukkan kedalam adunan atau;
  • Udang Basah yg buang kulit dan dipotong kecil dan dimasukkan kedalam adunan
Cara Membuat:

1. Bahan B hendaklah dimasukkan ke dalam adunan Bahan A. Gaul rata supaya menjadi sebati.

2. Kemudian, baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang cantik.

3. Masukkan ikan bilis atau pun Udang yang menjadi Pilihan anda, rasa tahap kesedapan anda.

4. Rehatkan adunan selama 10 hingga ke 15 minit, barulah digoreng hingga garing. Angkat dan hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Resepi Oleh: Derma Kasih

Saturday, April 17, 2021

Resepi Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard

Resepi Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard
 Resepi Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard

Bahan-Bahan: (Anggaran untuk 3 orang)
  • 5 keping Roti Gardenia
  • 1 biji telur
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit butter
  • Sedikit kismis
Bahan-Bahan Untuk Sos Kastard:
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/4 tin air (sukat guna tin susu cair)
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara Penyediaan Puding Roti Kukus:
1. Sapu depan dan belakang roti dengan butter. Carik-carikkan atau potong kiub sederhana besar dan susun rapat-rapat ke dalam loyang. Saya guna acuan puding atau Agar-agar yang paling kecil.

2. Masukkan susu cair, telur, esen vanilla dan gula dalam satu bekas. Kacau hingga sebati. Guna senduk atau sudu sahaja.

3. Curah adunan ke atas roti yang telah disusun ke dalam loyang tadi. Tekan-tekan roti supaya ia padat dan sebati dengan adunan tadi.

4. Tabur kismis di atas roti. Biarkan seketika, lebih kurang 2-3 minit.

5. Panaskan pengukus dulu. Bila air kukusan telah mendidih, baru masukkan loyang ke dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Sejukkan.

Cara Penyediaan Sos Kastard:


Masukkan susu cair, air, gula, esen vanilla, tepung kastard dan secubit garam ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat dan mendidih. Letak sedikit pewarna kuning jika suka. Sejukkan.

Cara Menghidangkan:


Potong Puding Roti ikut suka. Curah Sos Kastard di atasnya. Lepas tu boleh la dimakan. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

Nota Kaki: Kalau nak buat banyak, gandakan sukatan dan tempoh masa mengukus juga perlu ditambah.

Resepi Oleh: Hamidah HA

Thursday, April 8, 2021

Resepi Butir Nangka Paling Senang & Sedap

Bahan untuk membuat tepung butir nangka:
  • 1 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam halus
  • Air, dituang sedikit demi sedikit
  • Setitik perwarna kuning
Cara-cara:
  1. Campurkan semua sekali dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Cubit sedikit doh dan gentel membujur.
  3. Rebus di dalam air yang sedang mendidih.
  4. Sehingga butir nangka timbul, angkat dan rendam di dalam air sejuk seketika.
Bahan untuk membuat kuah:
  • Setengah cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 2 ikat daun pandan
  • Sedikit halba
  • 3 sudu besar bancuhan tepung jagung
Cara-cara:
  1. Masukkan setengah cawan air, 3 sudu besar gula putih, 2 ikat daun pandan.
  2. Biarkan mendidih dan gula cair.
  3. Kemudian perlahankan api, masukkan sekotak santan.
  4. Sentiasa gaul kuah.
  5. Masukkan sedikit halba.
  6. Masukkan 3 sudu besar bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Masukkan tepung butir nangka.
  8. Gaul sebati. Siap. Boleh simpan di dalam peti untuk dimakan sejuk-sejuk.
Kredit: Zurina Zulkefli.

Wednesday, December 9, 2020

Resepi Puding Kastard Marble

Resepi Puding Kastard Marble
Resepi Puding Kastard Marble

Bahan-bahan Resepi Puding Kastard Marble :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 2 cwn air
  • 2 cwn susu segar
  • 3/4 cwn gula *kurangkan 3 sb
  • 4 sb tepung kastard
  • 1 biji telur dipukul sedikit
  • 3 sb mentega
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 sk vanilla essence
  • 2 sk serbuk koko + 1/2 sk nescafe
Caranya:
1.Masak air bersama serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih.
2.Bancuh tepung kastard dengan susu segar. Kemudian tuang ke dalam agar2 mendidih
3.Masak hingga berbuih, masukkan pula telur dan mentega.
4.Masukkan garam dan esence vanilla.
5.Bila semuanya masak , tutup api. Bahagi dua adunan agar2.
6.Satu adunan bancuhkan dengan serbuk koko dan nescafe.
7.Tuang berselang-selang dengan adunan kosong untuk mendapatkan marble dan corak yang disukai.
8.Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes