RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Kuey Teow. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuey Teow. Show all posts

Saturday, July 31, 2021

Resepi Kuey Teow Sup Thailand

Resepi Kuey Teow Sup Thailand
Resepi Kuey Teow Sup Thailand

Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Sup Thailand:

Bahan kuah:

  • 1 ekor ayam
  • Kicap sotong
  • Kicap cair
  • Lada hitam (ditumbuk halus)
  • Lada sulah
  • 1 labu bawang putih (dikisar)
  • Akar ketumbar
  • 1 ketul kiub ayam
  • garam
  • perencah
  • gula
Bahan hiasan:
  • Kuey teow
  • Taugeh (dicelur)
  • Kangkung/sawi celur
  • Kacang tumbuk *optional
  • Lobak masin (dicelur)
  • Ayam/daging/perut (diracik halus)
  • Serbuk cili kisar
  • Cili jeruk
  • Daun ketumbar
Cara-cara:
  1. Didih kan air dalam periuk dan masukkan akar ketumbar, ayam, kicap cair, kicap sotong, kiub ayam,lada sulah dan lada hitam
  2. Sementara menunggu ia untuk mendidih, tumiskan bawang putih hingga kekuningan dan terus curah ke dalam kuah tadi.
  3. Perasakan bersama garam, gula dan perencah.
  4. Tunggu ayam lembut sedikit.
  5. Kemudian, keluarkan ayam untuk diracik isinya.
  6. Boleh hidangkan bersama bahan hiasan.

Thursday, June 3, 2021

Resepi Kuey Teow Kantonis

Resepi Kuey Teow Kantonis
Resepi Kuey Teow Kantonis

Bahan-Bahan Resepi Kuey Teow Kantonis:
  • 1 pkt Kuey Teow ( dicelur/digoreng sebentar dengan kicap)
  • isi ayam, udang dan sotong
  • 2 keping fish cake dipotong nipis
  • 1/2 biji lobak merah dibelah dua dan potong menyerong
  • 2 tangkai sawi ( dipotong )
  • sedikit kobis ( dihiris halus )
  • 3 biji telur dipukul
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1500ml air
  • 1 sudu teh lada sulah
Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih sampai garing, masukan air sebanyak 1500ml.

2. Masukan lobak merah, isi ayam, udang, sotong dan fish cake. Biarkan sampai mendidih.

3. Bila dah mendidih, masukkan sos tiram, lada sulah, tepung jagung dan telur.

4. Kacau perlahan-lahan supaya telur dan tepung tidak berketul-ketul.

5. Masukkaan sayur sawi, kobis, minyak bijan, garam dan gula secukup rasa.

6. Letakkan kuey teow atas pinggan dan curahkan kuahnya. Hidangkan.

Thursday, April 15, 2021

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH
RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

BAHAN BAHAN RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH
  • 1 Bungkus Kueytiaw
  • Udang/ Kerang / Ayam
  • 1 Biji Telur
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 Cawan Air
  • Segenggam Taugeh
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Garam / pati ayam.
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili
2. Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh,Tumiskan Seketika,
3. Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis
4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)
5. Masukkan 2 cawan air
6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
7. Masukkan 1 bungkus kuey teow,Segenggam taugeh dan Sedikit hirisan daun kucai
8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa
9. Kacau rata, siap!

Saturday, April 11, 2020

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU

RESEPI KUEY TEOW KUNGFU
RESEPI KUEY TEOW KUNGFU


BAHAN A:
  • 500 gm kuey teow
  • 5 biji telur [ dipukul]
  • sedikit tepung jagung
  • minyak untuk goreng kuey teow
BAHAN B:
  • 100 gm udang basah [buangkan kulit]
  • 150 gm ayam [dihiris]
  • 1 biji panjang fish cake [potong nipis]
  • 3 ulas bawang putih [dicincang]
  • 100 gm brokoli [dipotong]
  • 100 gm bunga kobis [dipotong]
  • 100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
  • 5 tangkai baby corn
  • 3 sudu besar minyak utk menumis
  • 2 s/b tepung jagung ]
  • 1 cawan air ] bancuhkan
  • 1 cawan air rebusan ayam- saya guna 1 kiub ayam dan bancuh bersama 1 cwn air
  • 2 s/b sos tiram
  • 1 s/b lada sulah
  • garam dan sedikit gula
CARA-CARA MEMBUATNYA.
1.Panaskan minyak dan goreng telur dan mee dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Saya pukul telur dan gaul bersama kuey teow dan taburkan sedikit tepung jagung.(BAHAN A)
3.Panaskan minyak dan goreng kuey teow sehingga agak garing, terbalikkan dan angkat...ketepikan.
4.Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
5.Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
6.Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
7.Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
8.Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Saturday, April 4, 2020

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang
Resepi Kuey Teow Goreng Kerang
Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Goreng Kerang:
  • Kuey teow sebungkus
  • Bawang putih ditumbuk kasar.
  • Cili kisar
  • Sos tomato
  • Kicap mee
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Kerang siap direbus n dikopek
  • Tauge
  • Daun Kucai
  • Garam perasa
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali kuey teow, tauge dan daun kucai. Kacau2 sehingga rasa semua ok. Lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ni tawar.
  4. Kemudian masukkan kuey teow, daun kucai dan tauge. Kacau2 sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.
  5. Dah siap boleh la makan bersama keluarga
Tips tak nak bagi kuey teow melekat semasa goreng dan nak kuey teow cantik, korang kena asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh tu.

Sunday, February 16, 2020

Resepi Kuey Teow Goreng

Resepi Kuey Teow Goreng
Resepi Kuey Teow Goreng

Bahan-Bahan 
Resepi Kuey Teow Goreng:
  • 1 bungkus kuey teow
  • 3 camca besar minyak masak
  • 200 gram isi ayam/udang
  • 2 fillet fish cake dipotong dadu
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit ikan bilis (20g)
  • segenggam daun kuchai
  • sedikit taugeh
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
Cara Membuat:
1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah. (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar).
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.
3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.
4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.

Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes