RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Kek Coklat. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kek Coklat. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

Resepi Kek Coklat Cheese Larva

Bahan kisar:
  • 1 cawan susu cair biasa
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak minyak
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
Bahan ayak:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil bikabonat soda
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan ganache:
  • 500g beryls milk compound
  • 1 cawan whipping dairy
  • 1 sudu besar majerin
  • Masukkan di oven dan biarkan sampai cair atau double boil
Lapisan putih:
250g cream cheese
3 sudu besar susu pekat
1 cawan whipping cream

Cara – cara memasak:

Kek coklat:
  1. Kisar kesemua bahan kisar dalam masa kurang 5 minit.
  2. Panaskan kukusan hingga mendidih.
  3. Satukan kesemua bahan kisar bersama bahan ayak. Kacau rata.
  4. Rata tapis adunan untuk elak berketul.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu majerin supaya tidak melekat.
  6. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit.
Coklat ganache:
  1. Masukkan di oven dan biarkan sampai cair atau double boil
Lapisan putih:
  1. Campurkan kesemua bahan sehingga sebati dan gebu menggunakan mixer.
  2. Tabur cip coklat.
  3. Sejukkan selama 2 jam, sedia untuk dimakan!

Thursday, April 16, 2020

Resepi Kek Coklat Kukus sukatan cawan

Resepi Kek Coklat Kukus sukatan cawan
Resepi Kek Coklat Kukus sukatan cawan
Bahan-bahan Resepi Kek Coklat Kukus sukatan cawan :
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1cwn susu pekat
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn minyak
  • 3 biji telu
-semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.

Bahan-bahan ayak:
  • 1 1/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil sodabbikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
Resepi Menarik : Resepi Kek Coklat Moist

-adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.

Kredit : Nor Juliana Isa

Tuesday, April 7, 2020

Resepi Kek Coklat Kukus

Resepi Kek Coklat Kukus
Resepi Kek Coklat Kukus

Bahan – bahan Resepi Kek Coklat Kukus:

Bahan untuk kek:
  • 1 mug minyak masak
  • 1 mug susu cair
  • 1 mug susu pekat
  • 1 mug serbuk koko
  • 1/2 mug gula pasir dikisar halus dulu
  • 4 biji telur gred A @ B
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh soda bicarbonate1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 mug tepung gandum yang telah diayak.

Bahan untuk topping:
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu besar susu cair.

Cara – cara memasak:

Cara – cara memasak kek:
  1. Campur semua bahan ke dalam blender kecuali tepung. Kisar menggunakan blender sahaja.
  2. Kisarkan selama 5 minit. Sekiranya anda ingin menggunakan mixer pun boleh, tetapi kacau sebati selama 3 ke 4 minit sahaja.
  3. Kemudian tuangkan adunan kedalam mangkuk yang besar.
  4. Tuangkan tepung sedikit demi sdikit sampai habis dan kacau sebati.
  5. Sapukan acuan atau loyang dgn butter atau minyak. Nota: Jangan lupa tutup loyang dgn plastic wrapping untuk elakkan air masuk ke dalam kek.
  6. Panaskan air didalam periuk kukus dan kukus selama 1 jam atau sampai betul – betul masak. Nota: Anda boleh panaskan air semasa mengisar bahan – bahan tersebut kerana proses untuk buat kek ini sekejap sahaja.

Cara – cara membuat topping:
  1. Campur semua kedalam periuk dan kacau dengan api yang perlahan.
  2. Kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, tuangkan terus ke atas kek.
  4. Siap dan sedia untuk dimakan!

Saturday, April 4, 2020

Resepi Kek Coklat Moist

Resepi Kek Coklat Moist
Resepi Kek Coklat Moist
Bahan – bahan Resepi Kek Coklat Moist:
  • 1 cawan susu cair / susu segar
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil ovalette
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
Nota: Kesemua bahan kering diayak

Resepi coklat ganache:
  • 300 gram coklat compound (milk)
  • 150 gram susu cair
  • 2 sudu makan minyak jagung

Cara – cara memasak:
  1. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus kedalam periuk.
  2. Masakkan ke atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut, biarkan suam.
  3. Putarkan telur dan ovalette sehingga kembang.
  4. Masukan adunan coklat yang dimasak tadi.
  5. Kacau rata, kemudian masukkan bahan kering yang telah diayak. Putar sehingga sebati.
  6. Masukkan kedalam loyang saiz 9″ yang telah dialas kertas minyak.
  7. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan, tuangkan ganache ke atas kek.

Siap!

Cara – cara menyediakan coklat ganache:
  1. Satukan coklat dan susu cair kedalam mangkuk.
  2. Dengan menggunakan kaedah double boiler, kacau sehingga coklat cair.
  3. Tuangkan sedikit minyak jagung. Kacau rata.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes