RESEPI HOT!

Sunday, June 13, 2021

Resepi Kek Cheese Leleh Necafe Tarik

Resepi Kek Cheese Leleh Necafe Tarik
Resepi Kek Cheese Leleh Necafe Tarik

Bahan-Bahan Resepi Kek Cheese Leleh Necafe Tarik:
  • 5 biji telur
  • 1cawan gula halus
  • 1sb ovalate
  • 1sk esen vanila
– Mix bahan-bahan di atas sampai agak kembang elok

Bahan Diayak:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • Sedikit garam halus
  • 1sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
Bahan Lain:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
Cara Buat:

1. Bila bahan mix tadi dah kembang, masukkan 1 cawan susu pekat dan masuk kan 1 cawan minyak masak.

2. Slowkan mixer, kemudian masukkan bahan-bahan ayak tadi. Kacau gune tangan je bagi sebati.

3. Masukkan 1 sudu besar necafe ori dalam 3/4 cawan air panas, biar larut jap. Panas-panas eh masukkan dalam adunan tadi dan kacau rata.

4. Panaskan kukusan dan kukus dengan api besar selama 10 minit hingga 15 minit untuk bekas sq 450.

Bahan dan Cara Buat Ganache Melting:
  • 350g coklat compound dark beryls – patah-patahkan
  • 100g milk compound – patah-patahkan
  • 1 cawan 1/2 whipping cream
  • 3 sudu majerin
– Panaskan bahan di atas dan whiskkan sampai semua cair. Biarkan seketika selama 2 jam.

Bahan dan Cara Buat Nes Tarik Serta Topping Cheese:

1sb serbuk nescafe – Dengan sedikit air panas kacau sampai larut

Topping Cheese Leleh –
  • 1kg cheese tatura
  • 3/4 tin susu pekat
  • 1 cawan whipping dairy
  • 1 1/2 cawan susu segar
– Blender semua bahan di atas.

Cara Letak Topping:

1. Ambik sebahagian dalam 1 cawan whipping iaitu bahan yang dah diblender tadi, campurkan ke dalam nes larutan tadi dan campurkan 2 sudu besar ganace, boleh kacau-kacaukan.

2. Tuang atas kek korang cheese diblender tadi. Pastu letak tompok-tompok ganace dan nes tarik tu dan buatkan corak S. Taburkan coklat chips dan badam sangai, done.

Resepi Oleh: Azlina Ina Fans

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes