RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Brownies. Show all posts
Showing posts with label Resepi Brownies. Show all posts

Wednesday, October 27, 2021

Resepi Brownies Oreo

Resepi Brownies Oreo
Resepi Brownies Oreo

Bahan-Bahan Resepi Brownies Oreo:
  • 200g dark compound chocolate (akak guna coins) – seeloknya yang berkualiti tinggi
  • 100g gula perang/gula kastor
  • 75g pure butter – suhu bilik
  • 50g tepung naik sendiri
  • 2 biji telur – suhu bilik
  • 15g serbuk koko
  • 1/2 tsp esen vanila
  • 8 keping oreo patahkan menjadi 4
  • 8-10 keping untuk hiasan – patah-patahkan
Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 160°c. Sapukan butter dan alas loyang 7”x7” dengan baking paper, potong paper besar sikit jadi mudah untuk keluarkan brownies nanti.

2. Bahan A; Di dalam mangkuk yang sesuai campurkan coklat, butter dan gula. Microwave selama 30 saat dan whisk sebati. Microwave lagi 30 saat dan whisk hingga adunan coklat nampak licin. Boleh juga cairkan dengan kaedah double boil. Whisk sebati hingga adunan cair, ketepikan.

3. Bahan B; Di dalam mangkuk adunan, satukan telur dan esen vanila. Whisk dengan spatula sekadar telur dan vanila sebati sahaja. Kemudian campurkan bahan A dan whisk sebati. Tak perlu tunggu adunan A hingga sejuk.

Resepi menarik :- Resepi Kek Batik Lembut

4. Bahan C; Ayakkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian masukkan ke dalam adunan A & B sedikit demi sedikit. Guna kaedah kaup balik menggunakan spatula. Masukkan oreo yang telah dipatah-patahkan. Kaup balik hingga adunan elok sebati.

5. Tuang adunan ini ke dalam loyang. Hiaskan dengan oreo yang dipatah-patahkan. Bakar pada suhu 160c selama 20 minit. Guna lidi/cake tester dan cucuk bahagian tengah, jangan risau jika nampak lidi ada sedikit ketulan coklat sebab brownies akan elok kering selepas disejukkan. Potong selepas disejukkan.

Nota: Resipi ni adalah adunan asas brownies kedut. Jadi boleh pelbagaikan toppings dengan chocolate chips, Nutella dan kekacang (fillings kena sangai/bakar dulu). Untuk doublekan adunan guna loyang 10”x10” dan bakar selama 30 minit pada suhu 160c. Hepi menerai.

Resepi Oleh: Keroroyz Royz

Monday, August 23, 2021

Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan
Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

BAHAN-BAHAN
  • 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan )
  • 90 gram butter / marjerin (1/2 cawan)
  • 90 gram tepung gandum (1/2 cawan)
  • 90 gram chocolate coin (1/2 cawan)
  • 40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko)
  • Esen vanilla
  • 2 biji telur size B
CARA-CARA
  1. “Double boil” brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit.
  2. Bila gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati.
  3. Masa ni kena hati hati, takut telur jadi telur hancur.
  4. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati.
  5. Baru masukkan chocolate coin dan kacau sebati.
  6. Kemudian lapik loyang 7 inch dengan baking paper, bakar 180` dalam 30 minit.
  7. Bila sudah siap, terus bawa keluar dari oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang.
NOTES
  • Guna coklat Beryls.
  • 100 % gula perang.
  • Tidak perlu guna mixer, hanya guna spatula sahaja.

Sunday, June 6, 2021

Resepi Brownies Coklat Kedut

Resepi Brownies Coklat Kedut
Resepi Brownies Coklat Kedut

First step, panaskan oven dulu 160° sebelum mula mengadun.
Second Sediakan loyang dan baking paper.
Go! 

Bahan-Bahan Resepi Brownies Coklat Kedut:

Bahan 1 –
  • Chocolate Bar 300gm
  • Butter/Majerin 100gm
  • Minyak Masak 80gm
  • (Double boilkan hingga larut semuanya)
Bahan 2 –
  • Tepung gandum 200gm
  • Serbuk koko 70gm
  • Baking Powder 1 sudu kecil (Optional, saya tak letak)
(Ayak 2 kali dan ketepikan)

Bahan 3 –
  • Gula castor 300gm
  • Telur B 4 biji
  • Garam secubit
(Whiskkan sehingga gula betul-betul larut tak perlu pakai mesin guna manual whisk sahaja dan tak perlu kembang ya, step ni yang akan menjadikan kedut. INGAT! Gula harus larut)

Cara Buat:

1. Setelah proses Bahan 1 dan Bahan 3 siap, satukan keduanya dan sebatikan menggunakan spatula sahaja secara perlahan lahan. Siap! Lalu masukan tepung secara bertahap tiga kali ya.

2. Masukkan ke dalam loyan 7″/8″/9″ ikut ketebalan yang diinginkan (pastikan loyang lapis guna baking paper ya).

3. Setelah siap jangan letak brownies terlalu lama di luar dalam keadaan terbuka sebab ini akan menyebabkan permukaan brownies mengering sebelum dibakar kalau boleh siap ja letak dalam loyang terus bakar.

4. Bakar pada suhu 160°c (INGAT! suhu juga memainkan peranan untuk menghasilkan shiny crust, suhu yang terlalu tinggi akan membuatkan brownies tak menghasilkan kedut dan berderai macam cookies).

5. Bakar selama 35-40 minit atau Sehingga masak. Lihat bahagian tengahnya kalau dah mengembung InsyaAllah brownies dah masak dan takkan mendap. Api atas bawah ya.

6. Setelah masak buka sedikit penutup oven dan biarkan brownies di dalam around 10 minutes selepas itu boleh lah keluarkan.

Resepi Oleh: Wani Suhaimi
Resepi Asal: Jejaka Brownie

Wednesday, January 13, 2021

Resepi Brownies Kedut Mudah

Resepi Brownies Kedut Mudah
Resepi Brownies Kedut Mudah

Bahan-bahan Resepi Brownies Kedut Mudah
  • Butter - 125g
  • Dark choc - 200g
  • Gula perang - 150g
  • Gula kastor - 25g
  • Telur - 2 biji
  • Tepung naik sendiri - 50g
  • Serbuk koko - 30g
Cara Memasak
1. Masak butter dan dark choc secara double boil.

2. Campurkan gula perang dan gula kastor. Kemudian masukkan 2 biji telur dan kacau rata. Kacau pakai spatula atau senduk je.

3. Masukkan butter dan dark choc yang telah dicairkan tadi ke dalam adunan gula dan telur di atas.

4. Masukkan tepung naik sendiri. Kacau rata.

5. Kemudian masukkan pula serbuk koko.

6. Kacau kesemua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.

7. Alas loyang dengan parchment paper atau gris dengan sedikit butter.

8. Masukkan adunan ke dalam loyang.

9. Bakar pada suhu 150degreee selama 40 minit.

10. Sejukkan dan siap dihidang.

Credir resepi - anasuhana

Thursday, December 3, 2020

Resepi Brownies Marble Keju

Resepi Brownies Marble Keju
Resepi Brownies Marble Keju

Bahan-bahan Resepi Brownies Marble Keju diperlukan:

Bahan A

  • 180 g mentega
  • 120 g gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 120 g tepung naik sendiri (diayak)
  • 30 g serbuk koko (diayak)
  • Sedikit pes coklat
Bahan B
  • 250 g krim keju
  • 60 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan jus lemon
Cara menyediakan dan memasak:
  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang 8 x 8 inci. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang dan ringan.
  3. Masukkan telur satu per satu dan esen vanila.
  4. Masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Gaul rata.
  5. Di dalam mangkuk lain, pukul semua bahan B sehingga kembang.
  6. Asingkan sedikit bahan B dan masukkan pes coklat. Kacau rata.
  7. Tuang adunan A ke dalam loyang yang sudah dialas dengan kertas pembakar (baking sheet). Ratakan.
  8. Tuangkan dengan perlahan-lahan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
  9. Lorekkan dengan adunan B yang dicampurkan dengan pes coklat tadi.
  10. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 160°C api bawah sahaja selama 60 minit.
  11. Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes