RESEPI HOT!

Monday, August 23, 2021

Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan
Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan

BAHAN-BAHAN
  • 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan )
  • 90 gram butter / marjerin (1/2 cawan)
  • 90 gram tepung gandum (1/2 cawan)
  • 90 gram chocolate coin (1/2 cawan)
  • 40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko)
  • Esen vanilla
  • 2 biji telur size B
CARA-CARA
  1. “Double boil” brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit.
  2. Bila gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati.
  3. Masa ni kena hati hati, takut telur jadi telur hancur.
  4. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati.
  5. Baru masukkan chocolate coin dan kacau sebati.
  6. Kemudian lapik loyang 7 inch dengan baking paper, bakar 180` dalam 30 minit.
  7. Bila sudah siap, terus bawa keluar dari oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang.
NOTES
  • Guna coklat Beryls.
  • 100 % gula perang.
  • Tidak perlu guna mixer, hanya guna spatula sahaja.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes