RESEPI HOT!
Showing posts with label RESEPI ASAM PEDAS. Show all posts
Showing posts with label RESEPI ASAM PEDAS. Show all posts

Wednesday, October 27, 2021

Resepi Asam Pedas Ayam

Cara Membuat Asam Pedas Ayam

Bahan A:
  • Ayam
  • Daun kesom
  • Bunga kantan
  • Garam, perasa, sedikit gula
  • Tomato
  • Bendi
  • Air
  • Air asam jawa
Bahan B (dikisar):
  • Cili kering
  • Halia
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Belacan
Bahan C (tumis):
  • 2 batang serai diketuk
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan serai, tumis sehingga wangi.
  2. Bila dah wangi, masukkan bahan kisar. Tunggu sehingga betul-betul pecah minyak.
  3. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam. Tunggu ayam masak sambil kacau. Jangan masukkan air lagi.
  4. Bila ayam dah masak, masukkan sedikit air dan semua bahan A kecuali bendi dan tomato.
  5. Perasakan dengan garam, perasa dan gula secukup rasa. Bila rasa masam pedas dah cukup, baru masukkan tomato dan bendi.
  6. Selamat mencuba!
Kredit: Arieza Rieza

Thursday, January 28, 2021

Resepi Asam Pedas Pari

Resepi Asam Pedas Pari
Resepi Asam Pedas Pari

Bahan-bahan Resepi Asam Pedas Pari
  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah 1 biji bawang putih 2cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar 3 cm belacan 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam
  • bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit, lada *blend
  • 3 batang serai - dititik 1 sudu teh halba
  • air asam jawa, garam, gula. Minyak untuk menumis
  • daun kesum, bungan kantan, bendi / terung / tomato
  • garam + gula, minyak untuk menumis
Langkah penyediaan
  1. Panaskan minyak. Kemudian masukkan halba, tumis hingga kuning
  2. Masukkan bahan blend & serai yang dititik. Tumis hingga garing
  3. Masukkan gula, daun kesum, bunga kantan & ikan
  4. Masukkan air asam jawa & air mengikut kepekatan yg anda mahu
  5. Masukkan bendi, terung, tomato & perasan dengan garam
Credit - Tuan Puteri Mazuin COOKPAD

Friday, January 22, 2021

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG

BAHAN RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG
  • 6 ekor ikan kembung (disiang/basuh bersih)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar -(boleh letak lebih kalau nak)
  • Sedikit belacan
(bawang besar,bwg putih, halia,belacan,blend skali)
  • 2 batang serai - dititik
  • Daun kesum + bunga kantan
  • Bendi
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam + gula
  • Minyak utk menumis
Caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan serai sampai naik bau. Masukkan cili kering tumis hingga garing dan pecah minyak.
  2. Dah garing, masukkan air asam jawa. Renihkan kejap. Masukkan daun kesum dan bunga kantan..
  3. Masukkan ikan dan masukkan air sedikit. Kacau sikit (asam jawa bergantung kesukaan anda nak buat kuah tu pekat ke cair. kalau cair sangat tak sedap jugak) masam tu boleh agak jugak. jangan sampai masam sgt.
  4. Masukkan bendi dan perasakan dengan garam dan gula. Biar dia mendidih
  5. Tutup api

Friday, April 10, 2020

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI
BAHAN - BAHAN RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI: 

BAHAN A
5 ulas bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 tbsp belacan
Segenggam cili kering rebus
Daun kesom segenggam

BAHAN B
Ikan pari
Asam jawa
Daun kesom
Bunga kantan
Bendi
Serai
Lada hitam
Garam

CARA MEMASAKNYA
1. Kisar bahan A dan tumis sehingga pecah minyak.

Tips: Kisar bersama daun kesom tanpa batang untuk lebih sedap.

2. Setelah pecah minyak, masukkan bahan B.

3. Setelah ikan pari masak. Sedia dihidang.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes