- 200gm biskut marie
- 10gm agar-agar serbuk
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 biji telur
- 1/2 buku mentega buttercup
- 6 sudu serbuk koko
- 8 sudu makan milo
- 1/4 sudu teh esen vanilla
Cara-cara menyediakan puding biskut marie adalah :
- Kisarkan susu cair, susu pekat manis, telur, esen vanilla dan tepung kastard.
- Ketepikan adunan pertama.
- Kemudian, bancuh serbuk koko dan milo bersama sedikit air suam (bancuh sehingga adunan tidak berketul) dan ketepikan adunan kedua.
- Masak serbuk agar-agar dan air.
- Kacau sehingga agar-agar larut dan mendidih.
- Tambahkan mentega dan kacau adunan sehingga cair.
- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi (adunan pertama)
- Kacau adunan sehingga sebati menggunakan api yang perlahan kerana adunan akan cepat menjadi pekat.
- Teruskan mengacau adunan tadi, masukkan bancuhan serbuk koko dan milo (adunan kedua) sedikit demi sedikit sehingga habis.
- Kacau adunan sehingga sebati sehingga adunan tidak berketul.
- Kacau adunan sehingga adunan berkilat dan meletup-letup kecil. Ini menandakan puding tadi telah masak dan padamkan api.
- Ambil loyang bersaiz 7×7 dan alas dengan plastik (saiz bergantung pada citarasa masing-masing).
- Lebihkan plastik dibahagian kiri dan kanan supaya puding tadi mudah dikeluarkan dari loyang apabila telah sejuk.
- Masukkan sedikit adunan puding(lapisan koko) dan ratakan ke seluruh loyang.
- Susun biskut marie satu persatu diatas lapisan koko tadi.
- Patahkan sedikit jika ada ruang kosong.
- Tuangkan adunan koko selapis lagi dan susun biskut marie seperti langkah pertama.
- Ulang proses tadi sehingga habis dan pastikan lapisan terakhir puding tadi adalah lapisan koko.
- Sejukkan puding didalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam sebelum anda boleh dinikmati puding biskut marie ini.
Anda juga boleh menambah sebarang hiasan dilapisan atas puding dengan meletakkan badam, cokelat rice atau kacang tabur terpulang kepada citarasa masing-masing. Resepi ini kurang manis, boleh tambahkan gula atau susu pekat bagi yang gemarkan manis.
Post a Comment