Resepi Puding Biskut Marie |
Bahan-Bahan Resepi Puding Biskut Marie:
- 200 gram Roti Marie (Roti Marie = Biskut Marie)
- 10 gram Agar-Agar Serbuk
- 2 1/2 cawan air
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1/2 cawan tepung kastard
- 1 biji telur
- 1/2 buku Buttercup
- 6 sudu besar serbuk koko
- 8 sudu besar Milo
- 1/4 sudu kecil esen vanilla
Cara Penyediaan:
1. Blend susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla, dan tepung kastard. Ketepikan. Bancuh serbuk koko + Milo dgn sedikit air suam. Ketepikan.
2. Masak serbuk agar-agar dengan air hingga serbuk agar-agar larut dan mendidih. Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
3. Masukkan bahan-bahan yang di”blender” dan kacau hingga sebati. Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
4. Masukkan serbuk koko dan Milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
5. Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Lebihkan dibahagian kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan Puding dari loyang nanti.
6. Masukkan adunan puding (lapisan koko). Ratakan keseluruhan loyang. Susun Roti Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yang kosong.
7. Masukkan adunan puding (lapisan koko) lagi. Susun Roti Marie seperti tadi. Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan di atas sekali, mestilah lapisan koko.
8. Sejukkan. Bila sudah sejuk, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
Nota Kaki:
1. Resepi saya ni kurang manis dan saya tak letak gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah susu pekat atau gula.
2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
3. Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yang lutsinar tu pun boleh guna juga.
4. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar atau Nestum di atas Puding jika suka.
Resepi Oleh: Hamidah HA
Post a Comment