RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Telur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Telur. Show all posts

Wednesday, April 28, 2021

RESEPI TELUR BISTIK

RESEPI TELUR BISTIK
RESEPI TELUR BISTIK

Bahan-bahan RESEPI TELUR BISTIK:
  • 3 biji telur
  • Ayam/daging – potong dadu
  • 1/2 biji bawang merah besar – hiris
  • 1 biji bawang merah kecil – cincang halus
  • 2 biji bawang putih – cincang halus
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sayur campuran (@ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu)
  • Gula dan garam secukupnya
CARA-CARA MEMBUATNYA
  1. Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).
  2. Tambahkan sedikit garam.
  3. Goreng telur sehingga garing. Angkat dan letak di dalam pinggan besar.
  4. Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.
  5. Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam separuh masak.
  6. Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  8. Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.
  9. Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.
  10. Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain lagi dah.

Thursday, January 2, 2020

Resepi Gulai Telur Itik Kelantan

Resepi Gulai Telur Itik Kelantan
Resepi Gulai Telur Itik Kelantan

Bahan-bahan:
4 biji telur itik
1 pek santan
1-2 keping asam
Garam
Gula

Bahan Kisar:
4 ulas bawang merah
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu besar ketumbar biji
3 tangkai cili padi

Cara-cara:
Masakkan santan bersama bahan kisar dengan api perlahan sambil terus dikacau sehingga mendidih. Masukkan asam keping, garam dan gula.
Perlahankan api dan pecahkan telur itik satu persatu ke dalam kuah. Kacau perlahan bahagian atas kuah sahaja tanpa menyentuh telur. Besarkan api sedikit dan sentiasa kacau perlahan sehingga telur masak.
Saya rebus telur berasingan. Kalau telur dimasak berasingan, masukkan ke dalam kuah yang telah mendidih. Lihat cara memasak telur berasingan di nota di bawah.
Bila kuah pekat, siap untuk dihidangkan.

Nota:
Telur itik boleh dimasak berasingan dengan api perlahan agar ia tidak pecah. Panaskan air hingga mendidih. Pecahkan telur satu persatu sampai habis. Masak selama 15 minit. Angkat dan tos. Kalau boleh jangan dikacau semasa ia belum benar-benar masak di dalam air. Ini kerana ia akan pecah dan strukturnya tidak menarik.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes