RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Sup Tulang. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sup Tulang. Show all posts

Saturday, May 29, 2021

Resepi Sup Tulang Thai

Resepi Sup Tulang Thai
Resepi Sup Tulang Thai

Bahan – bahan Resepi Sup Tulang Thai:
  • 1kg tulang dan daging lembu (rebus)
  • 1 btg saderi (hiris)
  • 3 helai daun limau purut( buang urat tgh, sbb x nak kuah jdi pahit)
  • 1 labu bawang Holland (hiris)
  • 1 btg serai (ketuk)
  • 1 btg lobak (potong ikut suka)
  • 3 biji kentang (potong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Cili padi (ikut nak ltk berapa)
  • Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga

Bahan Tumbuk:
  • Bawang Putih
  • Bawang Merah
  • Halia
  • Lada hitam
  • Ketumbar
  • Jintan manis
  • Daun ketumbar
  • Lime juice
Cara – cara memasak:
  1. Rebus 1kg tulang dan daging sehingga empuk.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2sdb rempah sup, masak sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland.
  4. Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
  5. Kemudian masukkan tomato, dan garam secukup rasa.
  6. Siap! Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice.

Thursday, December 31, 2020

Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu

Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu
Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu

Bahan-bahan Resepi Sup Tulang Gearbox Lembu
  • 2 tulang gearbox lembu
  • 1 besen tulang-tulang kecil dicampur dengan sedikit lemak, urat dan lain-lain bahagian tulang
  • 2 paket rempah sup - dibancuh dengan air
  • 3-4 kiub ikan bilis
  • 2 paket rempah ratus sup tulang
  • 4-5 inci halia - dihiris nipis2 atau diketuk
  • 1/2 labu bawang putih - dimayang halus
  • 1 biji bawang besar - dimayang halus
  • 2 liter air atau secukupnya
  • 1/3 cawan minyak masak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  1. Cuci bersih, rebus hingga empuk, air rebusan jangan buang, ketepikan.
  2. Dalam kuali besar masukkan tulang yg direbus bersama dengan air dan air rebusan, pasangkan api dapur seperti biasa.
  3. Masukkan halia dan rempah ratus sup tulang, biarkan mendidih menggelegak.
  4. Masukkan kiub ikan bilis.
  5. Ambil kuali lain, panaskan minyak tumis bawang, kemudian masukkan rempah sup, masukkan sesenduk kuah sup kacau bagi rata.
  6. Selepas itu tuang terus ke dalam kuali yang ada tulang, kacau hingga merata dan rasa, jika ada terkurang boleh tambah sedikit garam dan gula.
  7. Sedia dihidang, tabur daun bawang, daun sup, bawang goreng dan pelengkapnya cili kicap. Enak dimakan bersama nasi impit.

Saturday, April 11, 2020

RESEPI SUP TULANG THAI

RESEPI SUP TULANG THAI
RESEPI SUP TULANG THAI

BAHAN - BAHAN RESEPI SUP TULANG THAI :
  • 1 kg tulang dan daging lembu(rebus)
  • 1 batang saderi (hiris)
  • 3 helai daun limau purut ( buang urat tengah, sebab tak nak kuah jadi pahit)
  • 1 labu bawang Holland (hiris)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 1 batang lobak (potong ikut suka)
  • 3 biji kentang (potong)
  • 2 biji tomato (belah 4)
  • Cili padi (ikut rasa ) 
  • Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga
BAHAN TUMBUK :
  • Bawang Putih/merah/halia/lada hitam/ketumbar/jintan manis
  • ** Daun ketumbar dan lime juice 
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Rebus 1 kg tulang dan daging sehingga empuk. 
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk dan masukkan 2 sudu besar rempah sup, , masak sehingga naik bau . 
3. Kemudian masukkan bahan tumis tadi kedalam air rebusan tulang,masukkan 3 sekawan, masukkan lobak, kentang, serai, daun saderi, cili api, bawang Holland. Biarkan mendidih sehingga kentang dan lobak empuk.
4. Kemudian masukkan tomato, dan garam scukup rasa . siap .
5. Boleh tabur dgn daun ketumbar dan perahan lime juice

Monday, March 30, 2020

Resepi Sup Tulang Rusuk

Resepi Sup Tulang Rusuk
Resepi Sup Tulang Rusuk
Ramuan / Bahan Resepi Sup Tulang Rusuk

Bahan A :
1.5 kg tulang lembu (bahagian rusuk dsb)
- dicuci hingga bersih dan toskan
  • 1 inci halia - diketuk
  • 1 sd besar lada hitam - ditumbuk
  • 1 sd teh garam kasar
  • 1 sd besar gula batu (1" persegi)
  • 5 liter air
Bahan B (Tumbuk bersama) :
  • 1 labu bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sd besar jintan manis
  • 1 sd besar lada hitam
  • 5 ulas bawang merah
Bahan c (Rempah Tumis):
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 7 biji cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar - dihiris halus
Bahan lain :
  • 4 biji kentang - potong 2
  • 10 biji cili api - dibelah 2
  • 2 btg lobak merah - hiris kasar
  • 3 biji tomato besar - dibelah 4
  • ¾ cawan minyak
  • 2 bunjut rempah sup tulang
  • 3 sd besar sos tiram
  • 2 sd besar sos ikan
  • 1 sd besar garam (atau secukup rasa)
  • ½ sd teh serbuk perasa
  • 1 biji limau nipis diambil jus

Taburan :
  • 600 gm bawang merah - hiris nipis dan buat bawang goreng, gunakan minyak bawang untuk menumis
  • daun sup dan daun bawang
Cara-cara
Dalam periuk besar masukkan tulang yang telah dibersihkan dan masukkan air, halia, gula batu, garam kasar, lada hitam tumbuk dan halia. Didihkan atas api kecil (bertutup) hingga tulang empuk (seeloknya +-6 jam-tambah air lagi jika perlu) dan stok tinggal sebanyak 2.8 liter sahaja.

Dalam kuali panaskan minyak bawang dan tumis bawang hiris hingga mula kuning, baru masukkan baki bahan C dan kacau. Masukkan bahan B dan tumis hingga garing dan masukkan rempah sup kacau sebentar, masukkan 1 senduk stok dan kacau sebentar dan tuang bahan tumis ini kedalam periuk stok tulang dan kacau, didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan, tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goreng dan kentang didihkan lagi hingga kentang empuk, baru masukkan cili api, 1 sd besar hirisan daun sup dan lobak merah, didihkan 10 minit dan masukkan tomato. Didihkan 5 minit dan padamkan api. Tuang jus limau rata2 dan kacau. Hidangkan bersama taburan.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes