RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Kuey Teow Goreng. Show all posts
Showing posts with label Resepi Kuey Teow Goreng. Show all posts

Thursday, April 15, 2021

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH
RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH

BAHAN BAHAN RESEPI KUEY TEOW GORENG BASAH
  • 1 Bungkus Kueytiaw
  • Udang/ Kerang / Ayam
  • 1 Biji Telur
  • 2 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 biji cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 Cawan Air
  • Segenggam Taugeh
  • Sedikit hirisan daun kucai
  • Garam / pati ayam.
CARA - CARA MEMBUATNYA
1. Tumiskan 2 biji bawang merah (dihiris), 4 ulas bawang putih (diketuk) dan 2 biji cili
2. Apabila tumisan sudah garing sikit, masukkan 2 sudu cili boh,Tumiskan Seketika,
3. Kemudian masukkan 2 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos cili dan 3 sudu besar kicap manis
4. Masukkan udang dan kerang ( nak letak ayam/daging pun boleh)
5. Masukkan 2 cawan air
6. Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan 1 biji telur (dipukul sedikit dengan garfu)
7. Masukkan 1 bungkus kuey teow,Segenggam taugeh dan Sedikit hirisan daun kucai
8. Perasakan dengan garam & serbuk/kiub pati ayam secukup rasa
9. Kacau rata, siap!

Saturday, April 4, 2020

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang

Resepi Kuey Teow Goreng Kerang
Resepi Kuey Teow Goreng Kerang
Bahan-bahan Resepi Kuey Teow Goreng Kerang:
  • Kuey teow sebungkus
  • Bawang putih ditumbuk kasar.
  • Cili kisar
  • Sos tomato
  • Kicap mee
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Kerang siap direbus n dikopek
  • Tauge
  • Daun Kucai
  • Garam perasa
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali kuey teow, tauge dan daun kucai. Kacau2 sehingga rasa semua ok. Lebihkan sedikit garam sebab kuey teow ni tawar.
  4. Kemudian masukkan kuey teow, daun kucai dan tauge. Kacau2 sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis.
  5. Dah siap boleh la makan bersama keluarga
Tips tak nak bagi kuey teow melekat semasa goreng dan nak kuey teow cantik, korang kena asingkan kuey teow satu persatu semasa basuh tu.

Sunday, February 16, 2020

Resepi Kuey Teow Goreng

Resepi Kuey Teow Goreng
Resepi Kuey Teow Goreng

Bahan-Bahan 
Resepi Kuey Teow Goreng:
  • 1 bungkus kuey teow
  • 3 camca besar minyak masak
  • 200 gram isi ayam/udang
  • 2 fillet fish cake dipotong dadu
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit ikan bilis (20g)
  • segenggam daun kuchai
  • sedikit taugeh
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
Cara Membuat:
1. Tumbuk kasar ikan bilis,bawang besar dan bawang merah. (Anda juga boleh guna mesin pengisar kasar).
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk kasar dan cili kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam/udang dan fish cake.
3. Masukkan kicap dan sos tiram serta sos ikan. Biarkan sehingga kering sedikit dan kemudian masukkan telur, kacau hancur. Masukkan kuey teow dan kacau sehingga sekata.
4. Masukkan sayur taugeh dan kuchai. Garam dan gula secukup rasa. Goreng selama 5-8 minit. Siap dihidang.

Nota: Sos ikan adalah masin. Perlu berhati-hati untuk perasakan garam.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes