RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Ayam Percik. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam Percik. Show all posts

Sunday, April 12, 2020

RESEPI AYAM PERCIK

RESEPI AYAM PERCIK
RESEPI AYAM PERCIK
BAHAN - BAHAN RESEPI AYAM PERCIK
  • 1.5 kg ayam
  • 50 gm bawang merah | dikisar
  • 10 gm bawang putih | dikisar
  • 10 gm halia | dikisar
  • 10 gm buah keras
  • 30 gm serai | dititik
  • 20 gm tepung ubi | dibancuh dengan sedikit air
  • 40 gm asam jawa | dibancuh dengan sedikit air
  • 5 gm gula
  • 5 gm garam
CARA - CARA MEMASAKNYA
1. Ayam dibelah dua dan dibersihkan.
2. Gaul ayam bersama separuh dari bahanbahan yang telah ditumbuk halus. Perap selama lebih kurang 1 jam
3. Masukkan santan ke dalam periuk dan campurkan sebahagian lagi bahan yang ditumbuk ke dalam santan.
4. Kacau hingga sebati dan jerang atas api sederhana.
5. Apabila mendidih, masukkan serai, air asam jawa, gula dan garam. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung ubi dan kacau perlahan. Angkat kuah apabila telah pekat.
6. Panggang ayam yang telah diperap. Cucur kuah sedikit demi sedikit ketika memanggang.
7. Balik-balikkan ayam supaya kuah melekat pada ayam.
8. Pangganglah ayam hingga masak.
9. Hidangkan bersama salad dan timun. Baki kuah dicucurkan pada ayam yang telah dimasak.

Monday, February 10, 2020

Resepi Ayam Percik Kelantan

Resepi Ayam Percik Kelantan
Resepi Ayam Percik Kelantan
Bahan-Bahan Resepi Ayam Percik Kelantan :
  • 1 ekor ayam – dipotong 4 bahagian

Bahan Perap –
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • garam secukup rasa

Bahan Kuah –
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 – 6 tangkai cili kering
  • 2 pek santan pekat
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya
  • 1/4 keping asam keping – letak sekejap sahaja dan dikeluarkan takut terlebih masam
Cara Memasak:
1. Kisar bahan perap tadi, kemudian perapkan ayam dengan bahan tersebut selama 30 minit. Selepas itu bakar ayam sehingga setengah masak dan bila ingin cepat masak boleh kukus dahulu sebelum dibakar.
2. Sementara ayam dibakar, siapkan kuah dengan cara kisar semua bahan kuah tadi. Kemudian masak bahan tadi dengan api yang perlahan. Bila kuah sudah pekat masukan garam dan gula secukup rasa. Bolehlah diangkat.
3. Bila ayam sudah nampak garing, lumur dengan bahan kuah tadi dan bakar seketika. Ini supaya bahan kuah meresap ke dalam daging ayam. Terbalikan ayam dan dilumur bahan kuah lagi secara berulang-ulang di kedua-dua belah ayam.
4. Akhir sekali, bila ayam sudah nampak garing dan masak bolehlah diangkat. Hidangkan dengan menambah sedikit kuah di atas ayam tadi.

Friday, May 26, 2017

Resepi Ayam Percik Kelantan

Resepi Ayam Percik Kelantan
Resepi Ayam Percik Kelantan
Bahan-bahan Resepi Ayam Percik Kelantan
  • ½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Sedikit garam

Bahan Kuah
  • 1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan ( boleh guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih (kebiasaan orang kelantan tak pakai bawang putih untuk ayam percik/tapi admin suka bawang putih)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu kecil gula
  • 3 batang serai
  • 1 ½ inci halia
  • 1 keping asam gelugur

CARA-CARANYA:


1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata.
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi.

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping.
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes