RESEPI HOT!
Showing posts with label Resepi Ayam Masak Kurma Berempah. Show all posts
Showing posts with label Resepi Ayam Masak Kurma Berempah. Show all posts

Saturday, April 4, 2020

Resepi Ayam Masak Kurma Berempah Mudah!

Resepi Ayam Masak Kurma Berempah Mudah!
Resepi Ayam Masak Kurma Berempah Mudah!
  • 500gm ekor ayam ayam segar -dipotong-potong.
  • 1cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 peket rempah kurma
  • 1 buah tomato (dibelah empat)
  • 1 biji kentang (dibelah empat)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu besar)
  • 2 biji cili besar (hijau dan merah)
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 4 sudu besar Garam
  • 4 sudu besar gula
Bahan Dikisar:
  • 5 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
Cara Memasak:
1. Masukkan rempah tiga serangkai iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. 
3. Kacau sehingga berbau harum dan kekuningan.
4. Setelah itu, masukkan pula rempah kurma, dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukkan potongan ayam yang sudah dibersihkan, kacau sebati dan biarkan ianya masak seketika.
6. Setelah itu, masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit air asam jawa.
7. Kemudian masukkan santan, dan masaklah sehingga empuk.
8. Biarkan mendidih sehingga masak dan masukkan garam, bawang besar dan juga tomato serta cili besar tadi.

Wednesday, January 29, 2020

Resepi Ayam Masak Kurma Berempah

Resepi Ayam Masak Kurma Berempah
Resepi Ayam Masak Kurma Berempah

Bahan-Bahan:
  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
  • 5 bj kentang (potong ikut suka)
  • 2 biji tomato (potong ikut suka)
  • 3 cwn santan dari 1 biji kelapa parut (kelapa parut kisar dengan 3 cawan air, perah amik santannya)
  • 10biji padi (hiasan)
  • 2 pcs cili merah potong serong (hiasan)
  • 3-4 pcs bunga lawang
  • 1 bj bawang besar (hiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • Sebesar ibu jari halia (hiris)
  • 2 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan Pes –
  • 3 paket kecil rempah kurma
  • 1 sdb serbuk kari ayam/daging
  • 1 sdb rata garam
  • 1/2 sdt bahan perasa (ajinomoto)
  • 1 pcs asam keping
  • 3 tangkai daun kari (amik daun jer)
  • 1/2 cawan air
(Kacau semua bahan ini, jadikan pes)

Cara Masak:
1. Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang, kayu manis dan bahan hiris hingga naik bau.
2. Masukkan pes kurma, tumis hingga betul-betul naik minyak. Masukkan ayam dan kentang, gaul sebati, dan masukkan santan.
3. Bila dah mendidih, kacau-kacau sikit. Dah mendidih ganas, ayam dan kentang pun dah lembut, masukkan tomato dan cili padi/cili merah. Sesuaikan rasa, siap.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes