RESEPI HOT!
Showing posts with label RESEPI KUIH KETAYAP. Show all posts
Showing posts with label RESEPI KUIH KETAYAP. Show all posts

Thursday, January 28, 2021

Resepi Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap
Resepi Kuih Ketayap

Bahan-bahan Resepi Kuih Ketayap

Inti:
  • 1/2 biji kelapa parut (ambik yang putih je)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sdk sirap ros
  • 1 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1 sudu makan tepung gandum
Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air (blend dengan daun pandan dan tapis)
  • Secubit garam
Nota: air boleh juga diganti dengan santan. Ikut selera masing²

Langkah penyediaan
  1. Untuk inti, masukkan air, gula, daun pandan & sirap ros kedalam kuali. Masak hingga gula larut.
  2. Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau hingga kering airnya. Masukkan 1 sudu makan tepung gandum. Kacau sebati.
  3. Siap. Ketepikan.
  4. Untuk kulit, campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
  5. Panaskan kuali, sapu dengan sedikit minyak. Masukkan 1 senduk adunan dan lenggangkan ke kiri dan kanan supaya membulat dan nipis.
  6. Apabila permukaan dah kering, angkat dan letak inti ditengah kuih, lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.
  7. Sedia untuk dinikmati.
Credit - Azizah Mansor COOKPAD

Friday, April 10, 2020

RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP

RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP
RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP
BAHAN UNTUK INTI 
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
BAHAN UNTUK KULIT
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
  • 1 biji telur
  • 4-5 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 titik pewarna hijau (optional)
CARA - CARA MEMBUATNYA

CARA UNTUK INTI
1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
2. Masak di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.

CARA UNTUK KULIT
1. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
2.Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. 
3. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
4. Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. 
5. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. 
6. Anggran 3-4 minit di atas kuali.

Angkat dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan.
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes