RESEPI HOT!

Friday, April 10, 2020

RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP

RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP
RESEPI KUIH KETAYAP SEDAP
BAHAN UNTUK INTI 
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan
  • 1/2 sudu kecil garam
BAHAN UNTUK KULIT
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
  • 1 biji telur
  • 4-5 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • 2-3 titik pewarna hijau (optional)
CARA - CARA MEMBUATNYA

CARA UNTUK INTI
1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
2. Masak di atas api yang perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.

CARA UNTUK KULIT
1. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan, dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
2.Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih hijau. 
3. Kacau sebati menggunakan whisk dan kemudian tapis supaya tiada ketulan. Bancuhan tepung sepatutnya menjadi sedikit cair.
4. Panaskan kuali yg di griskan dengan sedikit minyak. 
5. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat. Ratakan bahagian atas menggunakan sudip jika perlu. 
6. Anggran 3-4 minit di atas kuali.

Angkat dan gulung bersama inti yang sudah disejukkan.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes