RESEPI HOT!

Friday, July 30, 2021

Resepi Kek Batik Chocolate Cheese

Resepi Kek Batik Chocolate Cheese
Resepi Kek Batik Chocolate Cheese

Bahan – bahan Resepi Kek Batik Chocolate Cheese:

Bahan lapisan bawah:

  • 2/3 cawan air
  • 1 sk serbuk agar-agar
  • 250g butter
  • 250g susu pekat (lebih kurang 1/2 tin, ikut kemanisan masing2)
  • 125g milo
  • 3 sb serbuk koko
  • 1/2 sk serbuk nescafe
  • Biskut merie
Bahan lapisan atas:
  • Biskut marie
  • 200ml susu segar dipanaskan
  • 250g cheese cream (suhu bilik)
  • 10ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
Cara – cara penyediaan:

Lapisan bawah:
  1. Alas loyang dengan plastik atau alumn foil.
  2. Masak air bersama agar-agar. Kacau sehingga larut dan mendidih.
  3. Masukkan butter, gunakan api paling kecil.
  4. Apabila sudah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan serbuk koko dan gaul tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul, kemudian padamkan api.
  6. Susun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan.
  7. Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat.
  8. Ulangi langkah sehingga adunan habis. Lapisan biskut yang terakhir. Boleh simpan dalam peti.
Lapisan atas:
  1. Satukan cheese dan gula halus, kemudian pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar (10ml) sedikit demi sedikit, jangan sampai adunan terlalu cair.
  3. Pukul lagi sehingga kembang dan sebati, kemudian ketepikan.
  4. Panaskan 200ml susu segar.
  5. Keluarkan loyang berisi kek batik tadi. Percikkan sedikit susu suam-suam panas tadi keatas biskut lapisan atas.
  6. Sapukan adunan cheese menutupi lapisan biskut.
  7. Ambil sekeping-sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suam panas) dan terus susun dalam bekas. Celup 1 saat sahaja.
  8. Sapukan adunan cheese di atasnya dan ratakan.
  9. Boleh kisar lebihan biskut dan taburkan atas lapisan cheese atau ayakkan serbuk milo sahaja.
  10. Simpan semula di dalam peti. Selepas 1-2 jam sudah boleh dipotong.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes