RESEPI HOT!

Wednesday, July 28, 2021

Resepi Ayam Golek JUICY

Resepi Ayam Golek JUICY
Resepi Ayam Golek JUICY

Bahan-Bahan Resepi Ayam Golek JUICY

Bahan-bahan utama
  • 1 senduk minyak zaiton
  • 1 senduk sos tiram
  • 1 senduk sos chicken marinade
  • *senduk bukan sudu teh atau sudu makan.
  • 2 sudu makan lada hitam
  • 5 sudu makan kicap abc
  • 1 sudu makan basil
  • 1 sudu makan oregano
  • Seekor ayam (saiz besar)
  • 3 sudu makan serbuk cili babas
  • Garam,ajinamoto secukupnya
  • 5 sudu makan madu
  • 1 sudu mkn Butter
  • Kentang
  • 1 ulas Bwg besar belah dua
  • 1 labu bwg putih, belah dua jgn buang kulit
*campur kesemua bahan-bahan diatas.

Cara-Cara Penyedian
  1. Basuh ayam bersih. Kemudian lapkan dengan tisu makanan ya. Jangan lap dengan tisu muka nati tisu itu semua melekat pada ayam. Bila sudah betul-betul kering, perap ayam dengan bahan-bahan tadi selama 2 jam. Tidak payah masuk peti sejuk.
  2. Kemudian,panaskan oven dengan suhu paling panas(oven saya jenama cornell 43L)
  3. Kemudian turunkan suhu kepada 180°, api atas bawah,tempoh masa membakar dalam 1jam 40 minit bergantung pada oven masing-masing.
  4. Kalau tidak ada pencucuk macam oven saya, guna besi yang jarang-jarang itu letak di tengah-tengah.
  5. Selepas itu letakkan tray pada lapisan bawah,jangan lupa letak air ke dalam tray, supaya ayam tadi tidak kering, bila di makan lembut dan ‘juicy.
  6. Masukkan bawang, kentang dan air ke dalam tray.
Tips Masakan

*Setiap 10 minit glis ayam dengan bahan perapan,bila ayam dah btukar warna,bolehlah stop glis ayam tu.

*Bila ayam sudah masak, jangan terus keluarkan dari oven. Biarkan ayam dalam oven selama 10 ke 15 minit.

*Fungsi air ialah untuk mengelakkan ayam daripada kering bila dbakar.

*Kentang pula hanya bahan sampingan, manakala bawang untuk hasil aroma.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes