RESEPI HOT!

Wednesday, July 28, 2021

Resepi Korean Garlic Cheese Bread

Resepi Korean Garlic Cheese Bread
Resepi Korean Garlic Cheese Bread

Bahan-bahan Resepi Korean Garlic Cheese Bread:

Bahan sos bawang putih:
  • Bawang putih dicincang
  • 100 g mentega
  • 2 sudu besar mayonis
  • 1 biji telur
  • Daun parsley
Bahan inti:
  • 250 g krim keju
  • 2 sudu besar susu pekat
Cara-cara:
  1. Untuk sos bawang putih, cairkan mentega & biarkan sejuk sedikit.
  2. Kemudian, campurkan semua bahan tadi. Jangan campur semasa masih panas, takut telurnya menjadi telur goreng.
  3. Untuk bahan intinya, ambil roti burger dan potong kepada 6 bahagian. Boleh juga guna roti hamburger dan belahkan bahagian tepi (pastikan tidak putus).
  4. Paipkan inti di celah-celah roti yang dibelah.
  5. Sapukan sos bawang putih di atas roti.
  6. Bakar pada suhu 150-160°C selama 10 hingga 15 minit, bergantung kepada oven masing-masing.
  7. Sedia untuk dihidang.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes