RESEPI HOT!

Saturday, May 1, 2021

Resepi Ikan Tenggiri Berlado

Resepi Ikan Tenggiri Berlado
Resepi Ikan Tenggiri Berlado

Bahan-bahan Resepi Ikan Tenggiri Berlado:
  • Ikan tenggiri (7-8 keping)
  • Cili merah 11 batang*
  • Bawang putih 3 ulas*
  • Bawang besar ½ biji*
  • Tomato 1 buah (belah 4)
  • Serai 1 batang (dikatok)
  • Daun limau purut 2 helai
  • Serbuk belacan 1 sudu kecil
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil
  • Garam (agak2)
  • Gula (jika mahu)
Cara Memasak Ikan Tenggiri Berlado
  1. Kisar atau tumbuk bahan bertanda (*).
  2. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan.
  3. Panaskan minyak dan goreng kan sehingga masak. Apabila sudah masak, angkat dan ketepikan.
  4. Guna minyak yang sama, masukkan bahan kisar tadi bersama serai dan daun limau purut. Tumis sehingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan tomato, serbuk belacan dan bahan lain. Gaul sebati dan perasakan dengan secukup rasa mengikuti citarasa.
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaul semua bahan sehingga sebati dan biarkan seketika.
  7. Angkat dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
Kredit: Nurul Ateekah

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes