RESEPI HOT!

Saturday, May 1, 2021

Resepi Ayam Goreng Ala IKEA

Resepi Ayam Goreng Ala IKEA
Resepi Ayam Goreng Ala IKEA

Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Ala IKEA:
  • 9 keping chicken wing @1 kilo kepak ayam
  • 3 sudu besar SOS tiram
  • 3 sudu besar light soy sauce
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu serbuk perasa knorr@maggi
  • 1½ sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar All purpose seosoning
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar air putih
  • 4 sudu besar topioca starch
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Minyak masak (untuk mengoreng)
Cara perapan:
  1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam,cuci sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak.
  3. Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas tertutup.
  4. Perap paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalaman. Simpan ditempat biasa (bukan tempat beku).
Cara memasak:
  1. Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum mengoreng.
  2. Panaskan minyak, api yang sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi (kalau buih-buih dipermukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas. bermakna suhu dah mencapai tahap 150c.
  3. Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng 3 minit disetiap bahagian. Tambah lagi 3 minit disetiap bahagian (total 6 minit mengoreng ayam).
  4. Angkat dan toskan ayam pada tisu. Biarkan ianya rehat 6 minit dan masukkan semula ayam di dalam kuali.
  5. Masak sehingga garing paling kurang 3-4 minit (tujuannya untuk mendapat texture yang rapuh@rangup diluar dan berjus didalam isi ayam) dan ayam masak dengan sempurna.
Kredit: Nurul Ateekah

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes