RESEPI HOT!

Monday, April 19, 2021

Resepi Ibu Sambal Kicap Sedap

Resepi Ibu Sambal Kicap Sedap
Resepi Ibu Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan yang diperlukan Resepi Ibu Sambal Kicap Sedap:
  • 2 genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih
+ Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, goreng seketika dua bahan di atas. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

Cara Buat:


1. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

2. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.

3. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:

1. Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.

2. Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai.

Resepi Oleh: Afy AL Habibi

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes